Sunday, July 17, 2016

Beli iPhone 6 di BlueCube Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang Tapi Dapat LCD AP

Assalamualaikum semua. Moga semua sehat hendaknya dan masih belum terlambat saya ingin ucapkan selamat hari raya. Dah lama saya tak berceloteh di sini. Tetapi, untuk hari ni, saya terpaksa juga berkongsi pengalaman yang memeranjatkan saya untuk pengetahuan ada supaya lebih berjaga-jaga sebagai seorang pengguna.  

Pada 7 Jan 2015, jam 7.21 petang, saya berkunjung ke BlueCube Aeon Jusco Bukit Tinggi Klang untuk membeli sebuah iPhone 6 16 GB berwarna Gold. Untuk pengetahuan semua, saya tinggal di Tanjong Malim dan mempunyai Kelas di UiTM Shah Alam. Memandangkan saya pernah bekerja disana, saya lebih selesa membelinya di Aeon tersebut. Ketika itu, Iphone 6 dijual seperti goreng pisang. 



Harga yang saya beli ni adalah harga sebelum GST dikenalkan.



Genap setahun saya menggunakan iphone 6 tersebut, iPhone 6 tersebut mempunyai sedikit masalah di skrin. seperti ada garisan-garisan berwarna warni di skrin. Makin hari makin kerap garisan tersebut muncul dan sehingga 3 minggu lepas, skrin iPhone 6 saya langsung gelap gulita. Memandangkan waranti setahun telah tamat lebih kurang 5 bulan, saya membuat keputusan untuk membaiki iPhone 6 tersebut di kedai specialist repair LCD iPhone di Iphix LCD Repair Pertama, Pertama Komplex KL. Ketika Technician mereka membuat pemeriksaan, mereka mengesahkan bahawa memang kena tukar Full LCD. 


Tiba-tiba seorang technician bertanyakan saya adakah saya pernah menukar LCD iphone 6 saya dan saya menjawab, saya tak pernah menghantar iPhone 6 saya kemana mana kedai dan ini pertama kali saya menghantar IPhone 6 tersebut. Lagipun mustahil telefon berjenama Apple yang terkenal diserata dunia mempunyai kualiti yang sangat rendah yang memerlukan saya menghantarnya untuk dibaiki kurang setahun dari tarikh pembelian. 

Ini adalah LCD iPhone 6 saya. menurut technician tersebut, mudah untuk mengesan AP dan Orginal. Beza yang sangat ketara adalah ribon hitam dan lambang Apple di ribon tersebut. Ribon AP kurang tebal berbanding original dan lambang apple dan tulisan-tulisan yang lain diprint ala kadar dan tidak solid seperti yang original. Bila membuat perbandingan, saya yang kurang arif bab gadget ni pun dapat mengenalpasti yang mana satu original dan AP.




Lalu technician tersebut memaklumkan bahawa LCD I Phone saya adalah AP. AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh . Semua pelanggan kedai tersebut mendengarnya dan terkejut dengan perkara tersebut. Saya pula, tengaga mulut. Huh, perasaan geram bercampur baur dengan sedih. 

Saya tak tahu macam mana semua ni boleh berlaku dan sebagai pengguna saya rasa saya tertipu. Jaga-jagalah kawan-kawan. Walaupun BlueCube dipercayai bahawa produk yang ditawarkan original, tetapi kes begini tetap berlaku. Saya tak pasti, apa lagi part yang AP di iPhone 6 saya.

Sekian, terima kasih. Sedih!

2 comments:

Syazwani Mazlan said...

huish... kesiannya... xsangka kedai mcmtu pun buat AP

Hanim Mahali said...

Panjangnya tajuk ... Huu
Lepas ni boleh la share pasal iphone 6 lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...