Tuesday, June 23, 2015

Tips Merialisasikan Majlis Perkahwinan Idaman Dengan Bajet Yang Sederhana

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Diharap semua sehat hendaknya. Hari nie, saya terpanggil untuk berkongsi Persiapan dan bajet majlis perkahwinan saya yang telah berlangsung pada Mac yang lalu untuk sebelah rumah lelaki sahaja. Yelah, sebab saya yang master mindnya kan. So, tahu lah dari A to Z. Baca tajuk macam best kan? dan itulah yang saya akan berkongsi dengan anda-anda semua. Sepanjang plan untuk persiapan Majlis saya, dalam kepala saya berpegang pada slogan yang saya create sendiri. "Biar Simple dan Murah, Janji Tampak Mahal" Gittuew.

Memang tak dinafikan, persiapan awal dapat banyak membantu dari segi pelbagai aspek. Untuk pengetahuan semua, saya mula membuat persiapan seawal Enam Bulan sebelum majlis Berlangsung, yakni bermula pada September tahun lepas. Dalam list, memang banyak kena guna duit tau. Nak siapkan majlis perkahwinan bukan perkara yang murah dan mudah. Yelah, kalau boleh, nak lah mengikut majlis-majlis di dalam tv yang diambil sebagai inspirasi ye tak? Dorang boleh la kan, banyak sponsor n masyuk. Tapi, xpa, usaha tangga kejayaan.

Ok, saya mula dengan menyentuh bab pakaian. Pakaian yang saya kenakan pada majlis ini sangat mudah. Saya mengenakan Suit dan Bow manakala wife saya pula mengenakan dress labuh dengan Vale yang labuh ala-ala princess gitu. Dengan kegigihan mencari kain sendiri, Upah untuk membuat full dress tersebut, ia tidak mencecah RM300 (sekali kain) dan suit yang saya pakai bersepah di mall-mall sekitar KL. Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengenakan sepasang baju sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...