Wednesday, April 22, 2015

Hari Pertama Di Korea

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Diharap sehat hendaknya. Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya nak share berkenaan Trip Honeymoon di Korea.

2 hari selepas bersanding di rumah pengantin perempuan, kami menuju ke KLIA untuk ambil flight ke Seoul Korea. Agak terkejut jugak mak mertua. Tapi tulah, last minit punya rancangan, tak terpikir pulak macam rushing nak honeymoon. Tiket pun dibeli sebulan sebelum berlepas. Kiranya, agak mahal tiket ketika itu ye.


Alhamdulillah, Kami menjejakkan kaki di bumi Korea pada jam 8 lebih macam tu la waktu tempatan. Cuaca ketika kami sampai around 3c. Sejuk kemain sampai ke tulang. Biasa di Malaysia ni, paling sejuk pun 16c. Guna penyaman udara kan. So, kami ambil bus ke Myeongdong sebab guess house kami terletak di sana.

Perjalanan kami ke sana tidaklah sesukar yang disangka. Sebab kami dah tempah siap-siap guess house dari Malaysia. So, siap dapat map n cara naik transport lagi dari Incheon Airport. Sejam perjalanan, kami sampai ke bus stop yang ada dalam peta guess house kami dan berjalan terus ke sana. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...