Wednesday, February 11, 2015

Selamat Tinggal Zaman Bujang

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. harap semua sehat ya. Maaf sebab terabai blog ini buat seketika waktu. Memang penuh sawang dah ni. Yelah, sibuk dengan kehidupan seharian. Belajar + Kerja + Persiapan Kahwin. Haa, rasa macam 24 jam sehari tak cukup tau..

Alhamdulillah, lagi 9 hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang pada usia masih 24 tahun. Ada orang kata terlalu awal untuk kahwin tambahan pulak muka macam budak-budak tambahan dengan perangai lagi dan masih berstatus student. macam mana nak jadi suami orang kan. huhuhu. Insyallah, jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika dah kawen nanti, tau la tukar penampilan. gitu.

Belanja satu gambar

Alhamdulillah sekali lagi, semua persiapan berjalan lancar walaupun awalnya baju nikah yang aku tempah awal sebulan tak muat bila aku ambil minggu lepas, so, terpaksalah p hantar alter balik. Ni bukan sebab aku gemok ok, tapi sebab ada kawan yang sanggup volunteer jadi gym instructor aku sebelum kahwin nie. Pergh, kembang semua muscle2 aku. That why baju tak muat ok. So, stop bergymnasium buat seketika.

Persiapan kahwin aku taklah seteruk pasangan-pasangan yang lain. Atas persetujuan kedua-dua pihak,  kami buat sesimple habis. Tiada hantaran yang membebankan itu. So, taklah terkejar sana kemari nak pergi beli barang2 yang branded letak dalam bakul hantaran yang dihias agak mahal tu. Masa dan wang dapat dijimatkan. serba sederhana majlis kami. So, bagi pihak lelaki, aku just prepare baju nikah jer dan practice akad nikah sambil senyum. hahaha, baru style dalam gambar nanti kan. Actually, terlintas je perkataan akad nikah, aku dah mula nervous.. macam mana tu... jangan pengsan dah.

Persiapan selepas kahwin pulak, alhamdulillah, segalanya jugak berjalan lancar. sekarang nie aku dah start menyewa sebuah rumah sebagai persiapan tinggal bersama bakal isteri. sekarang nie masih tinggal seorang diri la.. sebab belum diijab kabul kan. hihihi. tapi, agak scary balik tetengah malam selepas latihan tenis ke rumah tu. Sebab keadaan agak sunyi dan lampu depan rumah aku mentol hilang. Itu punca sebenar. hahaha Haaa, 2 minggu selepas aku masuk rumah sewa tersebut, allah berikan rezeki untuk aku membeli rumah. tanpa diduga, rezeki kahwin datang satu persatu. So, yang sebaya aku dan lagi muda, kalau dah ada peluang untuk berkahwin, kahwin jer. Percaya dengan rezeki Allah. Kan..

Orite, cukup untuk entry kali ni dulu, aku akan sambung entry selepas aku diijab kabulkan. Insyallah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...