Tuesday, June 23, 2015

Tips Merialisasikan Majlis Perkahwinan Idaman Dengan Bajet Yang Sederhana

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Diharap semua sehat hendaknya. Hari nie, saya terpanggil untuk berkongsi Persiapan dan bajet majlis perkahwinan saya yang telah berlangsung pada Mac yang lalu untuk sebelah rumah lelaki sahaja. Yelah, sebab saya yang master mindnya kan. So, tahu lah dari A to Z. Baca tajuk macam best kan? dan itulah yang saya akan berkongsi dengan anda-anda semua. Sepanjang plan untuk persiapan Majlis saya, dalam kepala saya berpegang pada slogan yang saya create sendiri. "Biar Simple dan Murah, Janji Tampak Mahal" Gittuew.

Memang tak dinafikan, persiapan awal dapat banyak membantu dari segi pelbagai aspek. Untuk pengetahuan semua, saya mula membuat persiapan seawal Enam Bulan sebelum majlis Berlangsung, yakni bermula pada September tahun lepas. Dalam list, memang banyak kena guna duit tau. Nak siapkan majlis perkahwinan bukan perkara yang murah dan mudah. Yelah, kalau boleh, nak lah mengikut majlis-majlis di dalam tv yang diambil sebagai inspirasi ye tak? Dorang boleh la kan, banyak sponsor n masyuk. Tapi, xpa, usaha tangga kejayaan.

Ok, saya mula dengan menyentuh bab pakaian. Pakaian yang saya kenakan pada majlis ini sangat mudah. Saya mengenakan Suit dan Bow manakala wife saya pula mengenakan dress labuh dengan Vale yang labuh ala-ala princess gitu. Dengan kegigihan mencari kain sendiri, Upah untuk membuat full dress tersebut, ia tidak mencecah RM300 (sekali kain) dan suit yang saya pakai bersepah di mall-mall sekitar KL. Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengenakan sepasang baju sahaja.




Seterusnya, bunga di tangan wife saya. Itu adalah fresh flower tau. Kalau kita nak beli atau tempah di butik, saya pasti ia bernilai lebih daripada RM100. Untuk bunga ini, modal kami tidak mencecah RM20.00. Bunga di beli di kedai uncle india di bandar Taiping petang sebelum Majlis. So, nasib baiklah wife jenis kreatif dan innovatif mengubah bunga. itulah hasilnya. Not Bad bukan?


Kita sentuh pulak bab Goodies bag. untuk goodies bag, saya hanya membelanjakan RM4++ sahaja untuk seribu tetamu. beg kertas tersebut dibeli di Mydin dan talinya juga disitu. Cop ini wife saya tempah dalam harga empat puluh lebih gitu. Tak berapa nak ingat dah harganya. isi dalamnya takdalah gempak sangat. just masukkan snack-snack yang sedap di tekak untuk tetamu menjamah dalam perjalanan pulang. Jauh-jauh tetamu yang datang. Terima kasih kawan-kawan sebab memeriahkan majlis. *sobs2, touching sambil lap air mata. Actually, 2 minggu jugak lah saya bertungkus lumus untuk mengecop dan mengikat goodies beg ni. Dah macam cop stem dah.


Seterusnya, Back drop yang awesome itu. Untuk framing belakang yang support walldrop tersebut, saya berbelanja dalam seratus lebih beli sahaja untuk membeli kayu dan playwood. So, abang-abang lah yang menjadi tukang siapkan framenya. Dan gambar di cetak di kedai printing dengan harga tidak cecah RM200. Bila dah ada walldrop ini, pelamin dan sebagainya dah boleh skip. Jimat dan tersangat lah jimat. lagi pun, pelamin agak membazir kerana digunakan hanya untuk sehari semalam sahaja. harganya boleh mencecah RM3000 kalau kita nak fefelling bertemakan garden gittuw. Bila dah buat walldrop ni, saya bercadang bila  berpindah ke rumah baru, ia akan dijadikan walldrop di ruang tamu. Wah, cantekkk wo.






Untuk bunga kereta pulak, saya beria-ria pergi ke kedai bunga tau. walhal, sebelum ni tak pernah nak jejak kaki di kedai bunga. bila dibelek-belek imej di google untuk weeding car, saya mula design di dala kepala dan terus ke kedai bunga beli apa yang patut. Alhamdulillah, boleh tahan la jugak hasil sentuhan diri sendiri di kereta sendiri. hihihi kalau nak beli hiasan kereta di kedai harganya boleh mencecah RM300 ke RM500. tapi, bila anda kreatif dan rajin sikit, harganya hanya RM80.00. wah, kalau berbelanja untuk hias kereta RM300, saya boleh wrap terus kereta dengan fresh flower. hihihi


Baik, seterusnya untuk DJ Wedding, Kek Wedding, and Candy Buffet, saya pau abang-abang saya. Biasalah, Ramai adik beradik, Abang no. 3 spornsor DJ, Abang no.4 sponsor Kek, Abang no 5 Sponsor Candy buffet. Itu la untungnya jadi adik bongsu. hihihihi. Tq abang-abang and kakak-kakak iparku semua. MuahhH Ciked!




Untuk photographer pula, saya mengupah photographer untuk shoot and burn sahaja. Memandangkan saya ada skill untuk mengedit dan menyiapkan album kahwin, di situ saya telah dapat menjimatkan lebih RM2000. gambar photographer ini memang gempak kan?. Tq @faizsalae





Seterusnya, untuk khemah, walaupun kenduri diadakan di kampung, saya memang mengimpikan susunan kemah dan meja yang kemas disamping nampak ala-ala garden gitu. walaupun tak berapa nak garden, tetapi boleh lah di considerkan sebagai ala-ala village in garden. hihihi. kegigihan ballon sepanjang red carpet direalisasikan oleh abang No. 4. Actually, abang no 4 ni la yang banyak membantu. lagi pun, dia yang selalu layan kerenah adik bongsunya ni. sebab tu dia layan ja bila saya nak ada ballon kat walkway. hihihi. Tapi tulah, sebenarnya, susunan kemah dan meja ni yang menampakkan sesebuah majlis wedding nampak kemas atau tidak. kalau kerusi tidak bersarung, ia kurang kemas dan kalau ada, majlis anda nampak mahal ditambah pulak scallop dan lelangit khemas bertatahkan chandelier. red carpet dari depan rumah, sampai ke jalan raya tau. ditambah pula dengan ballon, lagi lah nampak comel majlis tersebut. hihihi. Total untuk 5 khemah arab sederhana dan 1 khemas arab saiz besar sekali dengan decoration bernilai RM3000.00. ini memang x boleh nak elak sebab kita takda kepakaran dan khemas sendiri. kan? Actually, kalau kita kreatif sikit untuk menambah, majlis kita akan lebih berseri contohnya, letak ballon sepanjang walkway, letak bunga atau di atas meja tetamu, fresh flower di buffet station n meja pengantin dan sebagainya.









Untuk jamuan pula, Alhamdulillah, ibu kepada sahabat saya telah menyediakan makanan yang sangat sedap dan mendapat pujian semua tetamu. Tapi, bila dah jadi orang yang dirai, sesuap nasi pun dah rasa kenyang. Seorang RM7.00 untuk nasi putih dan minyak, ayam masak merah, Daging masa itam,  dalca, acar buah, ulam-ulaman dan sambal belacan, buah buahan dan air orange. So, total jemputan adalah 800+200 orang. Total semua sekali RM5600.00. biasalah, bila anak sahabat sendiri kahwin, diskaun sehabis baik diberi. gittuew.



Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, kami suami isteri telah bersetuju barang hantaran masing-masing memberi senaskah Al-quran. Alhamdulillah, untuk itu, kami tidaklah pening kepala nak mencari barang hantaran disamping tidak mengeluarkan duit yang terlalu banyak sebab barang hantaran sinonim dengan barangan yang branded.

Sebenarnya, jika anda ingin merialisasikan majlis perkahwinan idaman dengan bajet yang sederhana, anda perlu rajin dan membuat persiapan awal supaya semua yang dirancang berjalan lancar. rajin, gigih dan kreatif itu adalah kunci kepada bagaimana majlis wedding anda berjalan walaupun mempunyai bajet yang sederhana. saya mengaku saya amat gigih untuk merialisasikan majlis perkahwinan saya seperti yang diimpikan walaupun tidak gah seperti Majlis Perkahwinan Che Ta. *tetiba i wish i can hug your baby Che Ta.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda semua di dalam membuat persediaan perkahwinan. Terima kasih.

4 comments:

Unknown said...

Total tuk smu persiapan bpe?

Atikah Yamani said...

Total tuk smu persiapan bpe?

Muhammadnuraizuddin said...

atikah : kurang RM10K

Zieta Bakar said...

Salam..hai..
Saye Rozita dari D Inah Catering menawarkan pakej perkahwinab serendah RM6.90 seorang serta percuma mkanan pngntin,test food,pghantaran,peralatan,.
Hubungi 012-2949044 atau email kami dinahcatering@yahoo.com

Terima kasih^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...