Wednesday, April 22, 2015

Hari Pertama Di Korea

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Diharap sehat hendaknya. Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya nak share berkenaan Trip Honeymoon di Korea.

2 hari selepas bersanding di rumah pengantin perempuan, kami menuju ke KLIA untuk ambil flight ke Seoul Korea. Agak terkejut jugak mak mertua. Tapi tulah, last minit punya rancangan, tak terpikir pulak macam rushing nak honeymoon. Tiket pun dibeli sebulan sebelum berlepas. Kiranya, agak mahal tiket ketika itu ye.


Alhamdulillah, Kami menjejakkan kaki di bumi Korea pada jam 8 lebih macam tu la waktu tempatan. Cuaca ketika kami sampai around 3c. Sejuk kemain sampai ke tulang. Biasa di Malaysia ni, paling sejuk pun 16c. Guna penyaman udara kan. So, kami ambil bus ke Myeongdong sebab guess house kami terletak di sana.

Perjalanan kami ke sana tidaklah sesukar yang disangka. Sebab kami dah tempah siap-siap guess house dari Malaysia. So, siap dapat map n cara naik transport lagi dari Incheon Airport. Sejam perjalanan, kami sampai ke bus stop yang ada dalam peta guess house kami dan berjalan terus ke sana. 



Wah, agak excited bila dikelilingi orang korea sambil cuaca yang nyaman sejuk menusuk ke tulang. Penat naik flight 6 jam setengah pun hilang masa tu. Tengok keliling, mula berangan macam cerita korea. Gittew. Yang best skali, guess house kami terletak berhampiran dengan Nansan Tower. Wah, tempat yang diimpikan wife selama ni di depan mata. Dapat tengok riaksi wajah wife yang ikhlas excited tu.

Biasalah, bila kata tempat penginapan di kaki bukit, sah-sah la kena panjat bukit sebelum boleh check in. Hazab sungguh nak ke atas tu. Tp takpa, Abam kan sado.. ofer nak dukung wife. So, nampak tak berangan lagi macam dalam drama korea. Tapi tak dukung pun. Yelah, sapa pulak nak tarik beg yang gedabak tu kan.?

video

Lepas Check in, rehat-rehat kejap dalam bilik sebelum pikir nak kemana. Gittew, Nampak tak kami laki bini ni gamble? Dah sampai korea baru decide nak kemana... Kau mampu? memang cari pasal kami ni sebenarnya. Tapi tulah, itu yang sweet sebenarnya. Tengok jam masih awal dalam kul 12 gitu, so baring la kejap sementara tunggu zohor. Lega rasanya tulang belikat aku bila dapat baring.

Golek punya golek, terlajak pulak tidoq sampai jam 2. Kelam kabut solat dan terus keluar tanpa arah. Rugi stay lama-lama dalam hotel. Cewah, Excited lagi skali. Tp sebenarnya aku tak ingatlah aku kuar jam berapa. Malam ke, siang? xpalah, aku tokok tambah sikit bagi sedap entry ok. heh! dah ingat dah kami gi mana.




Kami just stay dalam bilik dan wife mula menunjukkan skill memasaknya. Dalam bilik kami Siap ada dapur tau. Yeah. Makan Time, bayangkan dah berapa lama kami tak makan. So, selepas magrib dalam jam 6.30 petang gitu waktu korea, kami mula berjalan mencuci mata sambil acah-acah shoping di Myeongdong Street. 






video 
Sempat buat Vlog lagi.

So, dekat Myeongdong street nie, kami just shooping barang-barang untuk dimasak seminggu. Yelah, Bekalan dari Malaysia terbawa sikit jer. Kalau tahu, satu bagasi kami dah angkut makanan jer. Sebab imegresen Malaysia dan Korea tak kacau makanan yang kita bawa. Takpa, sehari sebelum kami nak balik, baru shoping kosmetik kat sini. Myeongdong Street ni adalah Syurga Kosmetik tau.

Ok, penat berjalan-jalan cuci mata, kami pun balik beradu. Cewah, honeymoon kan. Kena la banyak berehat.Gittew. Doakan entry hari kedua kami di korea keluar cepat-cepat ok.  Mood nak menaip nie jarang ada tau. hahaha. Kbai, Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...