Wednesday, March 4, 2015

Hai, Saya Suami Orang!

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan, harap semua sehat di sisi keluarga tersayang. Alhamdulillah, hari ni dah 11 hari aku bergelar suami. Start 20 Febuari yang lepas, kehidupan aku sentiasa terisi. Takda lagi rasa keseorangan nak meroyan macam dulu-dulu kalau ada yang tak kena. Kalau hampa follow twitter aku, tahu lah kan. heheheh.

Ok, abaikan bab tu. Alhamdulillah sekali lagi, Proses Ijab dan Qabul #aizuddinlovemelur berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafas, bunga melur yang kupetik, sah menjadi isteri. Gittew, ayat tak boleh puitis lagi. Perasaan nervous sebelum nak akad ni hanya tuhan sahaja yang tahu. Tambah pulak dapat tok kadi yang suka mengusik. Mak aih, sereemmm beb.. tapi, niat tok kadi tu sebenarnya baik, nak hilangkan gemuruh yang terpancar di riak wajah aku ni. itu nawaitu sebenar dia mengusik, rasanya la.. 


Hari keesokkannya 21 Februari 2015, adalah hari persandingan kami di sebelah pihak perempuan, Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ramai sungguh kawan si melur datang tau. Kebas pipi i ni dok senyum. Tapi itulah, hari tersebut merupakan Raja Sehari kan. So, dah artis KPOP mai Malaysia orang nak ambil gambar. Syok jugak rasa gitu skali skala kan. hehehe. janji jangan ada perasaan riak dan takabur.. yetak.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bersusah payah untuk hadir ke majlis kami dan yang telah mendoakan kami suami isteri. Terima kasih semua. Actually, ini baru lepas balik honeymoon. so, penat nak taip. trip honeymoon kiter akan cerita after this ok. hehehe. Kbai. 

Sebelum tu, meh layan video kahwin kiter yang guna phone jer. Nak kelainan sikit katanya. hehehe. Kbai.



4 comments:

Hafiz Hafizol said...

tahniah din.. semoga rumah tangga yang dibina sakinah mawaddah warahmah.. sehingga ke syurga gituuu... :D

Muhammadnuraizuddin said...

HH - tq so much tau.. tq... amin.

[k]o{q}i[n] said...

Congrats Lat... Sori sebab x dpt datang atas sebab2 yang x dapat dielakkan.. Moga bahagian hingga akhir hayat bersama isteri tercinta...

Hanim Mahali said...

Tahniah... Semoga cepat dapat baby. Hehehe...
Maaf tak dapat hadir hari tu. Ada urusan lain yang tak dapat nak elak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...