Thursday, November 6, 2014

Buli Di Sekolah Asrama

Assalamualaikum.


Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. Harap semua sehat hendaknya. Sejak dua menjak ni, memang hot ataupun viral di Facebook mengenai video buli yang berlaku di sekolah berasrama. Ya, memang benda ini adalah realiti di kebanyakan sekolah yang berasrama. Cuma tidak dirakan dimuat naikkan dalam laman sosial seperti video buli tersebut.

Sebenarnya, kes buli ni bukan kisah baru di Malaysia. Ia berlaku dari dulu lagi. Bak kata officemate aku yang berusia abah, "masa saya sekolah asrama dulu, memang selalu kena ragging dengan senior. Basuh Spenda la, Basuh baju la, kalalu tak dituruti arahan, kena belasah". so, sebelum aku lahir lagi memang sinonim dengan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.

Aku juga berpeluang tinggal di asrama masa Sekolah Teknik tahun 2006 hingga 2007. Aku akui, kejadian buli ni memang berlaku walaupun perbezaan umur kami hanya setahun. Ya, Form 5 akan buli, ragging, pau, budak-budak Form 4. tak ketinggalan, aku jugak merasa kena buli. :(

Aku taklah teruk sangat dibuli. Cuma disuruh basuh baju, kasut dan sebagainya. Sebenarnya, ia dah jadi adat sekolah berasrama. Senior akan membuli junior. Apabila menjadi junior, akan dibuli. Bila dah senior, inilah masa untuk membalas dendam.  
 
Bagi aku, orang yang buli secara berkumpulan ni pengecut dan bukanlah anak jantan yang sebenar. Nak dijadikan cerita, ada rakan setingkatan yang berlagak menjadi senior. Yelah, cable besar katanya sebab senior-senior semua backup dia.. Satu hari, dia cuba nak cari pasal dengan aku. Pergh! menyirap otak beb. Bila dengan geng, berlagak macam juara WWE. tak pasal-pasal mendada dan ajak bergaduh. Tapi, bila ajak one by one, x mahu. Inilah tanda jaguh kepada adik2 di rumah sendiri. *tetiba teremosi.

Dari pengamatan aku, budak-budak yang kaki buli ni adalah budak baru nak up yang terpengaruh dengan filem-filem gangsterr dan utamanya nak perhatian ramai kerana kurang kasih sayang dari keluarga. Perasaan nak bebas dan memberontak membuatkan diri rasa bagus dan kuat daripada yang lain. Tapi hakikatnya, jumpa katak pun lari lintang pukang. Cait!

Yang pastinya, kebanyakan mereka-meraka yang kaki buli ni menjadi kuli kepada orang yang mereka buli. inilah dipanggil karma. yelah, malas belajar, asyik fikir nak buli, pukul orang ja dan malas belajar. Doa orang yang diinaya akan dimakbulkan Allah dan mereka tidak redho dengan perbuatan si pembuli. So, buat apa pun x berkat ye tak.?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Adjung di Kolej Universiti Help, satu perempat daripada pembuli berisiko mempunyai rekod jenayah apabila berusia 30 tahun. Agaknya, kenapa mereka ada rekod jenayah,? anda sendiri boleh menilainya.

Kepada adik-adik yang membaca, fikirkan masa depan. Jika terjadi macam budak-budak yang ditangkap membuli seperti video viral di facebook sekarang, masa depan tentunya gelap gulita. Sesalan bukan boleh membaiki keadaan. Tetapi, berfikir sebelum melakukan dapat menyelamatkan keadaan.

Sekian, Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...