Tuesday, June 24, 2014

Jungle Tracking Sungai Chiling

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. Sebelum nak terus menaip dengan laju, saya nak minta maaf sebab membiarkan blog ini bersawang sawangan. Sebenarnya, bukan tiada idea untuk menaip, bukan tiada isu, tetapi kekangan  masa yang berlarutan. Ini pun, seminggu lagi nak final Gittew.

video

Untuk entry kali ni, saya nak berkongsi tempat riadah menarik yang terletak di Hulu Selangor iaitu Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru. yang menariknya, untuk sampai ke Sungai Chiling tersebut, kita perlulah jungle tracking selama plus minus half an hour.


Jungle Tracking tersebut sangat mencabar sebab kita perlu meredah sungai sebanyak 5 kali sebelum sampai ke destinasi. Menarik kan? Selalunya, bila kita jungle tracking di tempat lain, hanya mendapat pengalaman melihat flora dan fauna sahaja disamping menghirup udara yang segar bugar.



Tetapi, berbeza dengan jungle tracking Sungai Chiling ni. Disamping flora dan fauna yang menarik, kicauan burung-burung, warna warni rama-rama dan bunga, kita juga berpeluang untuk merasai kesejukan sungai chiling. Yelah, penat berpeluh, boleh berendam sebentar sebelum menyambung perjalanan ye tak.


Setelah penat berjalan, ia akan terbayar dengan pemandangan memukau air terjun yang tinggi di situ. Kawah air terjun yang jernih seperti memanggil-memanggil pengunjung untuk berendam. berbaloi baloi untuk aktiviti riadah semasa cuti semester ni.


Kalau korang semua nak tahu, sungai yang dilalui dipenuhi dengan ikan-ikan sungai yang jinak-jinak. Sangat banyak dan friendly OK. Tapi, dilarang panggang ikan tu sebab denda akan menanti anda. hahaha

Jungle Tracking Sungai Chiling Syok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...