Sunday, March 30, 2014

Menjana Pendapatan Daripada Musim Panas

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan. Diharap sehat hendaknya disamping keluarga tersayang. Sebelum saya memulakan coretan kali ini, mari kita sama-sama berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370 yang pada ketika ini masih tiada khabar berita. Insyallah, berdoa agar urusan pencarian MH370 dipermudahkan. amin.

Bermula pada bulan Mac, cuaca panas melanda negara kita. Tiada awan, tiada hujan. Keadaan ini telah memberi rasa ketidakselesaan kepada kita. Tetapi keadaan ini juga telah memberi rezeki kepada mereka-mereka yang telah memasang PV Solar di kediaman mereka mahupun bangunan komersial. Dalam keadaan kita sedang merungut, pastinya ada yang sedang bersyukur.


Sepanjang hari, Sinaran mentari menerangi bumi kita. Dengan hal ini, kapasiti maximum dapat dijana oleh PV solar tanpa ada gangguan awan seperti hari kebiasaannya. Menjana Elektrik daripada sumber yang percuma tidak memerlukan modal yang banyak dan berterusan tetapi akan mendapat pendapatan yang berterusan. Untuk menjana pendapatan melalui industri ini, Kita hanya perlu mengeluarkan modal untuk memasang PV Solar di rumah mengikut kemampuan dan kapasiti yang sesuai dengan kediaman kita.

Pada masa kini, kita boleh menambah pendapatan isi rumah kita tanpa melakukan kerja sambilan di luar. Tetapi, hanya memerlukan modal permulaan, dan kita akan menikmati pendapatan secara berterusan setiap bulan. Sebagai contoh, Pemasangan PV Solar untuk 4KW memerlukan kos sekitar RM40,000.00 dan ia mampu untuk memberi pulangan kepada pemasangan PV Solar sebanyak RM550.00 sebulan dengan menjual elektrik yang dijana tadi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

PV solar

Mengikut kiraan saya jika pendapatan daripada PV Solar yang dipasang konsisten iaitu 4KW, pada tahun keenam hingga ketujuh, modal yang dilaburkan oleh pemasang PV Solar akan dicapai dan selepas itu, pemasang akan menikmati keuntungan bersih dan hanya memikirkan tentang maintenance PV Solar tersebut. Alhamdulillah, pada ketika ini, lebih tiga buah bank menawarkan skim pinjaman kepada sesiapa yang berminat untuk memasang PV Solar dikediaman salah satu daripadanya ialah Alliance Bank Bhd.

Disamping dapat menjana pendapatan tambahan bagi isi rumah, terdapat kelebihan lain kepada individu bagi sesiapa yang memasang PV Solar dikediaman mereka. Suhu rumah yang dipasang PV Solar akan berkurangan kerana bumbung dilapisi dengan PV Solar. Selain itu, harga hartanah pemilik rumah akan meningkat dan sudah pastinya keuntungan berlipat kaliganda dalam jangka masa yang panjang.

Walaupun musim panas akan berlalu kelak, tetapi PV Solar masih mampu untuk mejana elektrik semaksimum mungkin mengikut kapasiti yang dipasang kerana kita bertuah negara kita adalah negara yang menerima cahaya matahari yang kosisten sepanjang tahun. Ini kerana negara kita adalah negara yang terletak dengan garisan khatulistiwa. Jadi, ini ialah satu kelebihan kepada negara kita.



Dengan membuat sedikit pelaburan, kita akan menikmati keuntungan yang berterusan disamping membantu kerajaan untuk menjana elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk mengurangkan pencemaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seda.gov.my kerana di sana terdapat info-info yang tepat mengenai TBB dan cara untuk membuat permohonan pemasangan PV Solar di kediaman.

Saturday, March 29, 2014

Kaitan Tenaga Elektrik dengan Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum

Apa khabar orang disana? orang disini sehat alhamdulillah. Haaa, harap korang semua sehat tau. Barulah boleh belajar / kerja dengan cemerlang ye tak? :) dah macam pakar motivasi dah aku dalam entry kali ni. :) Bukan apa, sejak dua menjak nie, cuaca makin tidak menentu, kekadang panas terik, kekadang sejuk hingga  tulang. Risau pulak rasanya, sebab tak semua boleh nak terima cuaca gitu. temasuk diri aku sendiri.. ha, ni la punca aku selema n batuk sebenarnya. uhuuukkk!

Jadi, dari apa yang kita risaukan tadi, jom kita berbincang mengenai perkara tersebut. Ya, isu cuaca. Eh, tapi bila difikir, apa kaitan kita dengan cuaca kan? Itukan ketentuan ilahi. kita tiada kuasa untuk hentikan ujan dan juga salji. Ye, betul tu, tapi kita semua boleh membantu dalam memastikan alam sekitar tidak tercemar. Contohnya, jika banyak asap, gas-gas tercemar dan karbon dioxide di udara, apabila hujan turun, ia akan membawa sama pencemaran itu tadi turun ke bumi . Secara tak langsung, jika sesiapa yang terkena air hujan tersebut, maka akan terkesan kepada kesihatannya. 

Bebalik kepada tajuk entry ini, Pembakaran bahan api fosil yang digali untuk proses penjanaan tenaga elektrik yang kita gunakan akan membebaskan asap pencemaran yang mengandungi berjuta-juta bahan-bahan terampai sebagai contoh karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. ia akan menyebabkan udara menjadi semakin tercemar. Perkara ini diburukkan lagi dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan seperti kilang getah, kilang kelapa sawit dan sebagainya serta kenderaan-kenderaan bermotor di jalan raya. Perkara-perkara ini lah yang akan menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, peningkatan suhu, jerebu dan perubahan iklim yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia. 


sumber gambar : http://www.bisnis-jabar.com/

Lapisan Ozon menjadi nipis dan perubahan suhu di bumi menjadi punca kepada pemanasan global yang memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia termasuk di Malaysia. Seperti yang saya maklumkan tadi, kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas yang tercemar ke udara yang tidak dikawal. Perkara ini diburukkan lagi dengan banyak hutan telah dibalak untuk tujuan komersial dan kepentingan sesuatu pihak. ia akan menyebabkan hutan tidak dapat berfungsi dengan baik sebagai penyerap gas karbon dioksida yang terkandung di dalam udara. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam  udara dan apabila ia banyak di udara, ia akan bertindak untuk menyerap haba. Ia akan menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyumbang kepada pemanasan global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, Tsunami, letusan gunung berapi dan sebagainya. Kita dapat lihat pada masa ini bencana-bencana alam ini kerap terjadi. Ia menandakan bumi kita sedang sakit dengan pencemaran yang kita sendiri lakukan.

Ha, itulah kaitan yang boleh dikatakan penyebab yang kuat kenapa Tenaga Elektrik yang dijana oleh sumber fosil adalah penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekali gus penyumbang kepada bencana alam. Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan oleh kita mahupun kerajaan untuk mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil untuk menjana elektrik terutamanya kerana ia adalah salah satu sumbangan terbesar bagi pembebasan gas-gas tercemar di udara secara tidak langsung menjadi salah-satu punca utama pemanasan global. 

Seperti di dalam entry saya yang lepas-lepas, sumber alternatif adalah sangat disarankan oleh kerajaan untuk dibangunkan bagi mengurangkan atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu kerajaan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia mengenai kepentingan Tenaga Boleh Baharu (TBB) iaitu sebagai alternatif kepada penggunaan bahan api fosil bagi menjana elektrik.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada alam sekitar perlulah sedar tentang pentingnya bayaran 1.6% daripada penggunaan elektrik yang berjumlah lebih RM77.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM67.00 untuk Sabah dan Labuan. Ia akan membantu SEDA dalam memakmurkan alam sekitar negara sekaligus membatu pengurangan pemanasan global.

Thursday, March 27, 2014

Bencana alam satu takdir atau disebabkan kelalaian manusia?

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni, kita digemparkan dengan bencana alam yang teruk dan juga perubahan iklim di seluruh dunia. Adakah perkara ini berlaku disebabkan umur Bumi yang sudah tua? ataupun ia berlaku disebabkan kelalaian kita. 
sumber gambar : devitaswar.blogspot.com

Setelah dikaji mengenai bencana alam yang telah berlaku, banyak pendapat yang telah diketengahkan mengenainya. Ada yang terangkan ini adalah takdir iaitu faktor semula jadi dan ada yang menerangkan ia sebagai balasan kepada kerakusan manusia mengejar kemewahan tanpa mempedulikan alam sekitar.

Ya, kita sebagai manusia biasa tiada kuasa untuk menghalang bencana alam daripada berlaku dan hanya boleh bersiap sedia untuk menghadapinya. Tetapi, setelah bencana alam berlaku, pasti ada nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda kepada penduduk setempat yang menerima kehadiran bencana alam tersebut tak kiralah ribut taufan, banjir, gempa bumi, kemarau dan sebagainya.

sumber gambar : kosmo

Seperti kita selalu dengar daripada orang lama-lama, mencegah lebih baik daripada mengubati. Selalunya ayat ini sinonim dengan kesihatan kita. Tetapi, ayat ini juga sesuai diambil untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Banyak cara kita boleh aplikasikan untuk memelihara alam sekitar. Di dalam entry ini, aku hanya ingin  menyentuh sedikit cara memelihara alam sekitar dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi menggantikan tenaga yang sedia ada. 

Seperti yang kita sedia maklum, apabila kita menggunakan tenaga sedia ada iaitu daripada fosil-fosil yang digali untuk dijadikan bahan pembakar kepada kenderaan dan juga elektrik yang kita guna, ia akan menyebabkan pencemaran udara apabila minyak yang diproses daripada galian tadi itu dijadikan tenaga elektrik.  Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Melalui pembakaran sumber tenaga bahan api fosil, maka akan menghasilkan tenaga haba. Seterusnya, tenaga haba kemudiannya akan bertukar menjadi tenaga kinetik dan daripada tenaga kinetik akan bertukar menjadi tenaga elektrik.

Apabila proses daripada bahan api fosil ditukarkan kepada elektrik, Pembakaran bahan api fosil tersebut di stesen jana kuasa telah menghasilkan berjuta-juta ton gas-gas rumah hijau dan bahan-bahan terampai seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah pencemaran udara, hujan asid, pemanasan global dan sebagainya yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia.

sumber gambar : koransmala.blogspot.com

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar seharusnya menyokong hasrat kerajaan dalam menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang hijau dengan pencemaran yang masima dalam beberapa tahun lagi. Dengan kewujudan Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia), maka plan untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang hijau akan menjadi lebih lancar dan terurus.

Dengan alternatif yang dicadangkan oleh SEDA bagi semua rakyat Malaysia untuk menerima Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebagai gantian kepada bahan api fosil yang mempunyai kesan sampingannya, dan menjana sumber elektrik di kediaman dan bangunan komersial masing-masing, maka tidak mustahil hasrat kerajaan akan berjaya dicapai dengan lancar. 
untuk maklumat lanjut, sila layari www.seda.gov.my kerana terdapat banyak info mengenai Tenaga Boleh Baharu (TBB).



Wednesday, March 26, 2014

Empangan Hydro Penjana Elektrik Yang Effective dan Murah

Assalamualaikum.

Hye semua, bertemu kembali dan diharap anda semua sehat disamping keluarga yang tercinta. Di dalam entry aku sebelum nie, aku banyak menerangkan faedah , cara dan bagaimana menjana elektrik menggunakan Solar iaitu dengan meletakkan PV Solar di atas bumbung kediaman mahupun bangunan komersial.

Di dalam entry hari ini, aku ada buat kelainan sedikit. Dah takmo sentuh bab-bab menjana elektrik menggunakan Solar sebab rasanya aku dah sentuh secara menyeluruh berkenaannya di dalam entry-entry sebelum ni. Jadi, giliran empangan hydro menjadi fokus topik kita pada hari ini.

Mini Hydro di Sungai Perting, Pahang
sumber gambar : www.thegreenmechanics.com

Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil yang akan habis tak lama lagi. Manusia telah menggunakan tenaga hydro untuk dijadikan sebagai tenaga dan menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Caranya ialah orang dulu-dulu menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.

Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya  sungai yang mempunyai aliran deras dan kuat. Aliran sungai yang deras seperti air terjun adalah yang paling sesuai dan membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Ini kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Lagi tinggi sesebuah air terjun tersebut, lagi banyak tenaga yang diperolehi. 

Negara Malaysia mempunyai banyak aliran sungai yang deras. Maka ia membolehkan empangan hidroelektrik dibina di sungai tersebut. Contohnya seperti Empangan Cenderoh di Perak, Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, ia dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.

Empangan Chenderoh, Perak 
Sumber gambar : www.sembangwallet.blogspot.com


Kelebihan Tenaga hidroelektrik ini ialah ia juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Di samping itu, penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai yang dipasang hydro penjana elektrik tersebut. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional iaitu tenaga yang digunakan sekarang seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di  sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen janakuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial di kebanyakan negara termasuk engara kita kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. ia amat bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti negara kita sendiri.  Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

SEDA Malaysia telah menyarankan kepada semua individu dan syarikat di Malaysia bagi menjana elektrik dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) termasuk membina mini hydro di sungai-sungai kecil yang boleh menjana elektrik. Seperti tenaga yang dijana daripada solar, tenaga yang dijana daripada mini hydro ini juga boleh dijual kembali kepada TNB dan mendapat pulangan keuntungan daripada jualan tersebut.

Fit Rate Untuk Small Hydro

Kesedaran rakyat Malaysia mengenai pentingnya pelaksanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia amat penting bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menjadi Negara yang mempunyai pencemaran udara yang paling minima. Kini, tenaga yang dijana oleh empangan hydro masih sedikit nak dibandingkan dengan tenaga yang dijana oleh tenaga konvensional. ia tidak dapat menampung keperluan penduduk Malaysia. Tetapi, dengan wujudnya SEDA Malaysia yang memperkenalkan kepada kita semua berkenaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) iaitu Solar, Mini Hydro, Biomass dan Biogass, maka penggunaan 100% tenaga daripada TBB akan menjadi realiti.

Wednesday, March 19, 2014

Resepi Kuih Masalodeh Bujang Senang daripada Mr. Secretary

Assalamualaikum.

Wah, untuk entry kali ni, aku nak share cara membuat Masalodeh Bujang Senang. Tapi, sebelum tu aku nak terangkan kenapa nama resepi ni special tahap Mr. Chef Korea. Masalodeh Bujang Senang nie bersempena nama kuihnya masalodeh atau orang panggil lodeh. Bujang tu pulak sebab aku nie seorang yang bujang dan senang bermaksud senang nak buat. Gitew!

Baiklah pakcik2, makcik2, (konfident ada golongan tu baca sini), saya nak bagi resepi yang saya baru try ni. Eh, google je ok. but saya terlupa sapa punya resepi turun temurun ni, sebab saya campur aduk segala makneka. Biasalah, itukan tema Mr. Secretary memasak. Campoq saja segala.

1st step, pergi kedai dan beli kacang parpu atau kacang dal di kedai berdekatan. Sebenarnya, aku cari kacang parpu, tapi bila tokey kedai tanya, "adik, kacang dal boleh". aku dah mula confius kat situ. Adakah Kacang Parpu dan Kacang Dal berbeza. Bentuknya saling tak tumpah. Maklumlah, pertama kali beli benda ni.

Bahan-bahan
1. Kacang Dal / Parpu
2. Bawang Besar 
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Daun Kari
6. Cili Kering
7. Cili Hijau (pedas)
8. Halia
9. Garam secukupnya

Next, rendamkan kacang yang kita beli tadi sampai kembang. Kalau nak seharian pun boleh, nak 3 jam pun boleh. Ikut kekuatan gigi anda semua ya. Cara aku rendam 4 jam je. Sebab dah kempunan nak makan kuih ni. So, ginilah kembang semangkuknya.

Kuning sangat kacang tu. Dah kenapa dengan kamera aku ni!

Seterusnya, kisarkan kacang dal yang telah direndam tadi tanpa sedikit pun air. nanti bila digoreng, pecah terbelah pulak masalodeh korang. Ikut arahan tau. hahaha.. Kisar punya kisar, jangan kisar semua. Tinggalkan 1/3 daripada kacang yang direndam tadi dan gaulkan dengan 2/3 kacang yang telah dikisar. Kasi ngam ok.

Nak kisar benda nie, nauzubillah. Kena ada semangat yang tinggi untuk kisah benda alah ni. Tingkatkan kesabaran dan jangan putus semangat. kalau buat kenduri, mau pengsan nak kisar weh.

Selesai kisar kacang dal tadi, masukkan Cili kering, cili hijau, bawang besar, putih, merah, Halia kedalam pengisar. perlu diingat. jangan guna air ok. kisar kering macam tu ja. jangan terlalu halus. Ikut sedap mata mamandang ja ok. Then, selepas selesai, gaulkan dengan kacang dal tadi bersama. Masukkan sekali daun kari dan garam secukup rasa. So, jadilah macam di bawah.

Banyak mana korang nak letak bahan-bahan tu, terpulang mengikut citarasa masing-masing ok. sebab tu aku xda mention. Aku pun main bedal ja sebenarnya.

Selepas selesai diadun segala makneka, bentuk kan bulat-bulat atau bujur-bujur. Selalunya nak bentuk bulat jadi bujur. Hahahah. So, gorengkan dalam minyak yang panas membara dengan api yang sederhana. Kalau terlalu kuat, takut terhangit pulak. 

Ginilah caranya. Nampak tak betapa comelnya bentukan yang aku dah buat. :p

Setelah selesai, hidangkan mengikut kretiviti masing-masing. Kalau nak nampak sedap, hiaslah dengan letakkan bunga ros, daun mint atau sebagainya bagi meningkatkan selesa makan. Tapi, aku nie, 5 biji masuk kuali, angkat-angkat tinggal 4 sebab satu masuk perut. Serius Sedap. Tapi, gini jelah presentation aku untuk Masalodeh Bujang Senang ni. Biasalah, bukan dalam pertandingan Mr. Chef pun. Nie hanyalah Mr. Secretary gitew.

Tadaa~~~~~~~ 
ezotik kan presentation aku. Jangan nak komplain. Yang penting Lazat.

Oklah, cukup dulu untuk entry resepi kali ni. Ini pun 2 bulan lepas punya kuih aku buat nie. Nasib ada save lagi gambar dalam fon. Kahkahkah. Babai







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...