Thursday, September 18, 2014

Percutian Ke Pulau Redang

Assalamualaikum.


Apa khabar semua kawan-kawan diharap semua sehat hendaknya. 2 minggu lepas, sibuk di activity aku di facebook dan instagram berkongsi gambar-gambar percutian Pulau Redang, Terengganu. Yelah, bila dah ada stock gambar yang lawa-lawa, haruslah share sampai seminggu kan. Pagi sekeping, petang sekeping, malam sekeping. Gittew.

Sebelum aku share mengenai percutian aku, aku nak cerita sikit pengalaman pertama aku bercuti di Pulau Redang. Setibanya aku dengan geng-geng kat sana, excited tak terkira sebab tengok air yang jernih biru ya amat sampai boleh kira siput-siput yang ada kat dalam air. Pada mulanya aku tak berapa suka nak ke laut apatah lagi pulau. Sebab fobia dengan ombak laut. Sebab tu sebelum nie, kalau orang ajak ke laut, memang aku mengelak. Kalau korang ak tau, penginapan aku kat Pulau Redang nie pun pilih tempat yang berbukit. hahaha..


 Nak ke tempat tidoq kena panjat batu nie. :(

Kalau korang taip pakej ke Pulau Redang, memang banyak akan papar dalam carian. Harganya semua lebih kurang sahaja dalam RM300 lebih hingga RM500 termasuk penginapan 3 hari 2 malam, ferri ke Pulau Redang, Makan, Minum, dan 3 kali Snorkeling. Kenai pandai cari pakage tau. Actually, penat jugak 3 kali snorkeling nie. So, kami skip snorkeling yang terakhir sebab nak lepak-lepak menikmati deruan angin laut yang bersepui-sepui bahasa. kan..


3 hari, 2 malam aku di sana, memang best. Dah rasa macam bercuti di luar Malaysia walaupun... Bila malam, aku and the geng akan berjalan di tepi pantai sejauh 1KM untuk exercise pergi makan goreng pisang  dan keropok lekor yang awesome. Eloklah tu, penginapan aku di hujung pantai sini, kedai tu hujung pantai sana. Bila berjalan balik, lapaq balik. Suasana tepi pantai bila malam sangat meriah. kira hidup la pulau tu bila malam macam KL. Ops.

Sebelum terlupa, kalau korang nak mudah untuk ke Kuala Terengganu, naik bus je di Hentian Putra, KL macam kami. So, bila balik dari pulau confirm penat nak drive berjam-jam balik KL. Tapi, tak dapatlah nak berjalan-jalan cari songket, keropok lekor bagai kan.. herm.


Ok, macam biasa, penat lah nak taip panjang-panjang walaupun aku nie Secretary. Taip minit mesyuarat pun dah kejang jari hantu aku. Ni nak buat blog pun kena taip panjang-panjang lagi. Kesian kat aku. hihihi. Btw, Thx to Taufiq Helios sebab arrange trip ini dan geng-geng lain sebab menggembirakan aku di sana. Cewah. Kbai. 

Part time ikat tali bot
Kesihatan kena jaga. Jom beryoga
Sunset
Jumpa tali, main lompat-lompat untuk kurangkan kalori
Cantik sungguh pantai dia. Best!
Ini kedai cenderamata dia. Klu gi sana, wajib singgah ok.


6 comments:

Encik Nas said...

aku pon da penah g pulau redang.. redang kalong resort.. ok la... yg ni resort ape bro sado aizuddin?

Muhammadnuraizuddin said...

En. Nas = owh, aku gi laguna beach resort.. tapi sebelah dia. tak tau nama resort tu. hihih.

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

kek_la said...

Ok..xsabar nak pegi. Tengs for ur info :-)

kek_la said...

Ok..xsabar nak pegi. Tengs for ur info :-)

Black Yellow said...

Slm..sy seorg runner pekej bercuti kt pulau redang
Sesiape yg berminat nk ke pulau redang bleh call or whatsup no ini..0179799773 atau lawat fb page sy kt.
Blackyellowholiday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...