Friday, August 8, 2014

Hari Raya Mr. Secretary 2014

Assalamualaikum semua pembaca blog Mr. Secretary. Diharap sehat hendaknya. pejam celik, pejam celik, kita dah berada di 11 syawal dah. Kiranya, raya ke 11 la kan. Bak kata orang kita, Raya pun sebulan jugak macam berpuasa. Tak gituw.

Dalam entry kali nie, saya nak share kemeriahan hari raya Mr. Secretary dari raya pertama hinggalah raya ke 7. Yelah, saya raya ke 8 dah kena masuk office. Mesyuarat bersusun menunggu turn untuk bersidang.

sebelum tu, nak show off baju raya seperti tahun-tahun yang lepas. So ini tahun 2014 punya. Sedap dipakai dan memakai. Aummm

Syukur Alhamdulillah raya tahun nie mak saya bertambah sehat dan cergas. Jadi, bolehlah kami sekeluarga membuat aktiviti ziarah menziarahi saudara mara kami di Kampung. Selepas zohor raya pertama, kami sekeluarga bergerak ke kampung dengan 6 buah kereta. Mana taknya, parent saya ada enam orang anak dan semua anak-anak dah berkereta sendiri. masing-masing sudah beristeri. Tapi, bukan bagi aku sebab masih bujang trang tang tang. yeaaah

Actually, kami tak berhari raya di kampung dah 4 tahun sejak mak kemalangan. Haa, raya tahun nie mak memang beria sangat nak jumpa adik beradik dia. Sejak puasa pertama lagi dah buat plan nak balik kampung. Oklah, ni nak belanja sikit family potrait yang kami ambil di Pantai Teluk Senangin, Perak. Kerlass!


Susah jugak nak kawan anak-anak saudara aku untuk ambil gambar. Pergh, lari sana, lari sini.. Semua pakat nak terjun dalam laut. Tapi kesian, sorang pun tak dapat menjejak kaki ke air laut sebab kami nak sambung raya lagi masa tu... *krik..krik


Mereka berdualah hero dan heroin saya. 

Dari Hujung : Pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam

Haaa, macam gambar majalah sekolah kan. Ya, adik beradik aku semuanya lelaki. dan muka masing-masing tak sama kan.

Selesai raya pertama di kampung, raya kedua disambung beraya dengan Sahabat-sahabat taiping. Ada yang sempat berselfie, dan ada yang tak sempat. Alhamdulillah, kawan-kawan masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Yang masih belum habis belajar pun ada. salah seorang daripadanya ada pemilik blog ni sendiri. kalau tak mention pun korang semua tau kan. hihihi

Aktiviti raya kami bermula lepas zohor sampailah 2 ke 3 pagi. Beraya sampai pagi ke rumah orang weh. Memang bersemangat waja lah kami beraya. siap ber photoshoot bagai lagi tau. kata orang, biar ia menjadi kenangan yang terindah. 30 tahun lagi, bole throwback kan. ihihihi


Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang datang beraya umah aku na.Walaupun spagetty aku tak seberapa. Sory sebab gambar yang kita ambil malam tu entah hilang ke memori kad yang mana. xleh nak share kat sini..raya ketiga pulak beraya belah rumah orang rumah. hihihih. Gitew, beraya dengan cik tunang pulak. yelah, asyik ngan kawan-kawan je kan. Meh nak kenalkan dia. Tarraaa~

untuk tahun nie, tak sempat nak beraya dengan geng-geng blogger macam tahun-tahun lepas. Kekangan masa dan kesibukan hari raya adalah penyebab x beraya dengan depa. Tapi, Tq so much Taufiq Helios si kaki melancong sbab sudi mai beraya rumah saya dan makan spagetty yang tak seberapa tu. ihihihi. 

Bila dah mula bertugas nie, hari raya masih disambung tahu. Officemate di tanjong malim silih berganti buat open house. Kena jaga perut nie. kalau tak, mengandung 3 bulan aku nanti. hahah. oklah kawan-kawan. cukup setakat ni yer. Selamat hari raya semua. Kbai.







3 comments:

Hafiz Hafizol said...

Smart baju raya .. \0/

luqman zakaria said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)

Muhammadnuraizuddin said...

Hafiz Hafizol - hihihhi. Sponsor diri sendiri.. hihih

LUqman Zakaria - Selamat hari raya juga na...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...