Thursday, July 10, 2014

Mr. Secretary di dalam Astro Primadona Ogos ini

Assalamualaikum.

Apa khabar semua kawan-kawan semua. Diharap kita sehat hendaknya. Sebelum aku berceloteh lebih panjang, jom kita sama-sama doakan keselamatan saudara kita di Palestine, Syria, Iraq, Rohingya dan seluruh dunia. Makin hari, saudara kita makin ditindas. Paling tidak, kita sentiasa doakan keselamatan mereka. Amin.


Muka syok baru lepas goreng kertas jawapan selama 3 jam

Minggu lepas aku telah berhempas pulas menjawab exam bagi semester ni. Biasalah student kan.  2,3 hari sebelum exam tu la baru nak berhempas pulas study yedak. Tapi aku lagi best. sebab aku study sehari sebelum exam. Gittew. 


Nikmat merdeka selepas exam sangatlah syok. Seperti melepaskan dumble 10 kilo di atas bahu. Itu baru habis exam kan, kalau habis study, aku taktaulah feeling macam mana. Tapi itu lambat lagi. Berangan ja yang mampu buat masa ni.


Hari ini barulah aku berkesempatan untuk update berkenaan slot aku di Primadona pada bulan 8 ni. Ha, aku gitau siap-siap ok. Pastikan hampa semua tengok ya episod Primadona tu nanti. Aku akan wawarkan bila exactly tarikh episod yang aku ada tu.


Episod Mr. Secretary kononya

Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca Mr. Secretary? diharap semua sehat hendaknya. Haaa, Hari ni Mr. Secretary nak bercerita tentang pengalaman Mr. Secretary telah ditemuramah oleh Team Primadona. Herm, Bunyi macam menarik kan.? tapi itulah, Mr. Secretary pun macam tak berapa nak percaya sebab diberi peluang untuk ditemuramah. Actually, ketika Mr. Secretary menaip nie, Kamera dok ada atas dan bawah, kiri dan kawan. Kan.... Yelah, nak buat pengembaran Mr. Secretary. Kiter tak baje glamor tau. Tapi dah rezeki kan. ihihihi. Ok, Berbalik pada tajuk entry, saya 


Bersama Krew Primadona

Inilah ayat yang aku taip semasa tengah shooting. Ha, terketar-ketar aku menaip tau sebab nervous. Biasalah, kita bukannya retis yang selalui kena shoot guna kamera besar melainkan kamera Samsung S3. kahkahkah. nampak tak kat ayat tu, taip pun tak habis..

Alhamdulillah, aku diberi  peluang untuk muncul di kaca tv buat pertama kalinya. Selain dapat mempromosikan blog yang tak seberapa ini, aku dapat juga pengalaman menjadi seorang retis walaupun hanya dua hari.hahha  Ya, slotnya hanya 6 minit, tapi shootingnya dua hari beb. Aku taktaulah berapa tahun dorang shooting kalau buat drama sampai seratus tiga ploh episod. *pengsan.

Oklah geng, bulan lapan dah dekat kan. Sebab tu aku takmo terlepas  update teaser entry untuk  rancangan Primadona tu. Tapi, jangan pulak hampa pikir aku gi studio depa. Harapanlahhh.. Btw, aku nak ucapkan selamat berpuasa. Moga kita semua dapat mengawal hawa nafsu dan meningkatkan aset pahala kita. Insyallah. Doakan saudara-saudara kita di luar sana ok. Assalamualaikum.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...