Thursday, May 8, 2014

Resepi Orang Bujang Buat Jeruk Mangga Dan Kerabu Mangga

Assalamualaikum.

Apa khabar semua kawan-kawan. Diharap semua sehat hendaknya ye. :) sehingga sekarang, MH370 masih tiada khabar berita. Apa pun, marilah kita berdoa agar MH370 ditemui.

Baiklah, berbalik pada tajuk entry nie, aku nak bercerita mengenai buah pelam atau pun orang bandar panggil buah mangga. alah, yang masam-masam tu. kahkahkah, jangan buat lawak kata tak kenai buah ok. Sekarang nie, memang musim dia. Pergi mana pun dok nampak buah pelam tergantung di pokok.

Begitu jugak lah di rumah aku. Ada sepokok pelam yang hidupnya awal daripada aku. So, memang setiap musim pelam, rajin ke toilet. hihihi. Bila pokok tua, memang besarlah kan pokok tu. jadi, buahnya pun beribu-ribu. silap-silap menjangkau seratus ribu. Gitteww~

Ini bukti aku gigih kait sendiri buah pelam yang tinggi nauzubillah

Bila dah kait banyak-banyak ni kan, aku pun blur nak buat apa. dapat dua baldi besar tau. Itu pun aku macam malas-malas nak kait dah. Penat sebab mendongak kelangit sambil pegang galah yang panjang berjela dan berat. Naik Bicep aku. klu korang nak nampak taf, mai rumah aku tolong kait buah pelam. Lol

So, aku buat keputusan dan mendengan nasihat abah aku untuk bawak balik Ke Tanjong Malim. Bagi kepada kawan-kawan yang sudi katanya. Herm, tapi, dok berbaki satu plastik lagi weh.. x habis banyak lagi tu. Kalau nak diratah bersama kicap masin, memang kembong perut la jawabnya.

Bak kata officemate aku, Buah pelam jangan diperam, Buat jeruk senang dan tak membazir. Siap nanti, mai bawak office makan sama.. Amboi.. cadangan hampa bagi, memang bernas. Tapi, pekena kat hampa. hahaha. So, aku pun buat la jeruk di malam hari sambil memaksa housemate tolong kupaskan pelam. Redho je dorang aku tengok. ihihih.

langkah pertama, timbang buah dulu. hahaha

langkah kedua, kita kekah sama dia...

nampak tak muka redho yang belakang tu. Grrr. Rosak gambar lah weh!

Tarraaa!!! siap dah bubuh dalam balang, So nex step please!

Taburkan gula secukup rasa dengan muka lega sebab siap kupas. Harus diingat, jangan letak air. 
ini resepi turun temurun orang kampung tau. tak ada pengawit bagai. So, healthy food la namanya nie. 
Ia seswai dimakan sambil menonton drama jam 7.00 malam di TB3.

Ok, harini genap 3 hari jeruk pelam nie diperam. Untuk tempahan, sila whattapp saya. *kau ingat aku nak jual? penat tau buat. So, makan sendiri lagi puass. lalalala. Ok, bila siap semua bagai, rupanya ada 5 biji lagi yang tertinggal tak dikupas. Kalau dikupas, memang tak cukup dalam balang nie. So, aku pun capai handfone.

Bukak google, dan cari resepi kerabu mangga yang lazat dan simpel. hehehe, nak resepi semuanya simple kan. Yelah, mudah untuk orang bujang macam aku buat. pakai apa yang ada dalam rumah je. tak gituw awak? ihihih nah aku tayang sikit gambarnya. sekali hadap habis tahu.. nampaknya setakat nie, resepi yang pertama kali aku cuba x menghampakan. Curlass~

Nasib baik aku sempat snap gambar. Kalau tak, Xde bukti. Lol

resepi :
1. Mangga Muda
2. Ikan bilis goreng rangup
3. cili hijau pedas / cabai melaka
4. bawang besar / merah
5. minyak ikan 
6. gula

Cara buat: hampa semua masukkan sekali dalam satu bekas sambil menyanyi lagi Pelamin Anganku Musnah.  Gaulkan dan tarraaaaa~ Siap!

cukup dulu setakat nie entry jeruk dan kerabu mangga, kalau nak resepi detail, takyah ngada-ngada mintak kat aku. Tapi kat google je. bejuta result searching. ihiih. Okbai. Waktu rehat pun dah nak habis. Out dulu. Selamat mecuba. Eh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...