Wednesday, May 7, 2014

Contoh Surat Berhenti Kerja / Letak Jawatan

Assalamualaikum. 

Apa khabar semua kawan-kawan. Diharap semua sehat hendaknya. Ok, dalam entry kali ni, saya ingin berkongsi contoh surat berhenti kerja / letak jawatan. Semenjak sehari dua ni, ramai pulak yan request contoh surat ni. Musim berhenti kerja ni. hihihi.Diharap ia dapat membantu kawan-kawan yang ingin mencari contoh surat meletakkan jawatan yang menjaga hati. :p



Aizuddin Aman Damai
Lrg 3, Taman Bakti Permai,
56300 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan

Melalui:

Yg. Bhg. Tn. Haji Abu Bakar
Pengarah Teknologi Maklumat,
Damai Holding Sdn. Bhd.                                                                                                 7 Mei 2014
_______________________________________________________________________________________

Yg. Bhg. Dato’ Khalid Malid
Pengarah Urusan,
Damai Holding Sdn. Bhd

Yg. Bhg. Dato’

Peletakan Jawatan Sebagai Juruteknik Komputer Ft17

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Aizuddin Aman Damai, Juruteknik Komputer Ft17 akan meletak jawatan dengan satu (1) bulan notis. Hari terakhir bertugas pada 7 Jun 2014.

2.         Untuk makluman Yg. Bhg. Dato’, peletakan jawatan ini adalah kerana saya ingin mengusahakan perniagaan keluarga di kampung.

3.         Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat kerana memberi peluang kepada saya bekerja di syarikat ini. Saya akan pastikan semua kerja dan tugasan diselesaikan dengan lancar sebelum 7 Jun 2014.

4.         Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Yg. Bhg. Dato’ sepanjang saya berkhidmat di syarikat ini amat saya hargai.


Yang benar,

 Aizuddin

(AIZUDDIN AMAN DAMAI)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...