Tuesday, April 22, 2014

Tenaga Elektrik daripada Sampah Sarap

Assalamualaikum

Apa khabar semua kawan. diharap sihat hendaknya. Seperti di dalam entry sebelum ini, saya telah ceritakan bahan sisa tumbuhan seperti hampas kelapa sawit dan sebagainya dapat menghasilkan elektrik apabila diproses mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia dikenali sebagai Biomass. Tahukah anda bahawa Biomass bukan sahaja boleh menggunakan sisa tumbuhan tetapi, sampah sarap atau dikenali sebagai bahan sisa pepejal juga boleh menghasilkan elektrik.

sumber gambar : jalanjalancaripasal-gejalasosial.blogspot.com

Memperkenalkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) khususnya biomass di Malaysia adalah salah satu alternatif bagi menangani masalah kekurangan tempat pelupusan sampah. Disamping itu, sampah-sampah tersebut dapat digunakan dan diproses menjadi tenaga elektrik dan ia sangat menguntungkan selain daripada menjalankan proses kitar semula.

Contoh sampah sarap yang boleh diproses untuk dijadikan elektrik ialah  kertas, kadbod, skrap, makanan, rumput yang dipotong, produk kulit, daun dan kayu serta plastik dan lain-lain. Jika saya senaraikan, memang bermuka-muka surat jadinya entry ini. :) Senang cerita, apa sahaja sampah yang boleh dibakar, boleh dijadikan bahan untuk diproses bagi menjadikannya sebagai tenaga elektrik.

Di Malaysia, sampah telah menjadi masalah besar kepada negara kita. Ini kerana kawasan pelupusan sampah tidak mencukupi bagi menampung sampah-sampah yang dibuang oleh kita setiap hari. Hal ini telah membimbangkan kerajaan kita kerana dalam kiraan, pada beberapa tahun lagi, tempat pelupusan sampah yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung sampah sarap dan kerajaan perlu mencari tempat pelupusan sampah yang baru.

Disamping alternatif kerajaan memberi kesedaran melalui iklan kesedaran di kaca televisyen, surat khabar dan majalah kepada rakyat Malaysia bagi mengurangkan pembuangan sampah, sebelum ini kerajaan juga telah menggalakkan rakyatnya untuk menjalankan aktiviti kitar semula iaitu dengan mengasingkan bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik. Alternatif ini memberi kesan yang positif dan pembuangan sampah dari tahun ke tahun dapat dikurangkan. Tetapi, pembuangan sampah sarap di Malaysia masih di tahap yang membimbangkan.

Dengan teknologi masa kini, sampah sarap yang dibuang oleh kita boleh dijadikan sumber elektrik sebenarnya. Di negara-negara maju, Biomass telah terkenal dan menjadi salah satu sumber elektrik negara mereka. Malaysia adalah negara yang berpotensi di dalam hal Ini.

Untuk makluman, proses penjanaan elektrik daripada sampah atau dikenali sebagai Biomass ialah sampah akan dibakar sehingga menghasilkan haba / panas. Kemudian, panas atau haba yang terhasil daripada pembakaran tersebut akan digunakan bagi mengubah air menjadi wap melalui proses boiler. Seterusnya, wap yang mempunyai tekanan tinggi tadi digunakan untuk memutar bilah turbin dan turbin tersebut disambung ke generator. Dan akhir sekali, generator akan menghasilkan tenaga.

Begitulah secara ringkas penerangan mengenai prosesnya. untuk mengetahui proses Biomass tersebut dengan terperinci, sila layari www.seda.gov.my . Walaupun pembakaran yang dilakukan oleh proses Biomass ini menghasilkan pencemaran kepada udara, tetapi pencemaran yang terjadi daripada proses ini tidaklah setinggi pencemaran daripada pembakaran bahan api daripada fosil bagi menghasilkan elektrik.

sumber : 
http://ladfeamir.com/
http://santosorising.blogspot.com/
http://ksi.danamonpeduli.org/



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...