Saturday, April 26, 2014

Sisa buangan pertanian diproses untuk menjana elektrik (biomass)

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary? diharap semuanya sehat hendaknya disamping keluarga tersayang. Baiklah, Seperti entry-entry yang lepas, saya dah menyentuh mengenai bagaimana elektrik dijana menggunakan cahaya matahari dan mini hidro. Untuk entry kali ini, saya nak bercerita dan berkongsi kepada anda semua tentang bagaimana sisa buangan pertanian diproses untuk menjana elektrik pula. Dalam istilah yang lebih tepat lagi, adalah Biomass.

Sebelum saya mengulas panjang mengenai Biomass, saya nak share sedikit mengenai cerita ketika saya masih kecil sebagai pembuka cerita. Di kawasan perkampungan saya, memang terdapat banyak lombong-lombong buatan. Pada setiap hari, lebih daripada 20 trip lori-lori daripada kilang memproses kelapa sawit masuk ke perkampungan saya untuk membuang sisa-sisa kelapa sawit yang telah diproses.

sumber gambar : banyumasnews.com 

Pada zaman tersebut, ia adalah perkara biasa sesebuah kilang membuang sisa-sisa proses di lombong dan seumpama dengannya. Hinggakan hasil buangan tersebut boleh menutupi 1/5 kawasan lombong yang besar. Bayangkanlah berapa banyak hasil buangan tersebut.

Kini, Biomass adalah salah satu daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang diperkenalkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia. Jadi, hasil buangan sisa-sisa kilang seperti Kilang memproses kelapa sawit, padi dan sebagainya boleh dimanfaatkan sebagai bahan buangan tersebut untuk ditukar menjadi tenaga elektrik disamping dapat menjana elektrik untuk operasi kilang mereka.

Biomas merujuk kepada proses pengubahsuaian daripada organisma hidup iaitu tumbuhan. Ia diambil daripada bahagian tumbuhan yang tidak digunakan sebagai bahan utama untuk Biomas seperti sisa pelepah, hampas padi dan sebagainya. Biomas adalah karbon yang terdiri daripada campuran molekul organik yang mengandungi nitrogen, hidrogen, oksigen dan atom lain.

salah satu contoh bagaimana Biomas menghasilkan tenaga elektrik
sumber gambar : biomassallowaytownshipschool.volasite.com  

Tenaga elektrik terhasil melalui proses Biomas dijana menggunakan tenaga stim semasa proses pembakaran sisa-sisa buangan seperti pelepah, hampas dan sabut tumbuhan. Seterusnya, tenaga stim tersebut dikumpul dan akan memutar turbin stim dan menyebabkan penghasilan tenaga elektrik secara berterusan sehingga generator dihentikan. Kemudian, tenaga elektrik yang dihasilkan disambung ke grid elektrik yang berhampiran.


SEDA Malaysia akan memastikan setiap pengusaha projek biomas menerima bayaran berdasarkan kontrak selama 16 tahun yang telah ditetapkan melalui mekanisma Program Feed in Tariff (FiT). Seperti dalam entry-entry saya sebelum ini, Kuota FiT adalah daripada surcaj 1.6% yang dikenakan kepada pengguna dimana pengguna elektrik yang melebihi RM77.00 ringgit setiap bulan bagi Semenanjung dan RM69.00 bagi Sabah dan Labuan. 

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila layari www.seda.gov.my . Insyallah, disana anda akan mendapat info-info yang diperlukan mengenai perkara ini. Terima kasih.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...