Wednesday, April 30, 2014

Malaysia Bakal Mempunyai Peta Angin

Assalamualaikum


Apa khabar kawan-kawan. Diharap sihat hendaknya. Setelah beberapa entry saya sebelum ini menerangkan berkenaan Tenaga Boleh Baharu (TBB), diharap ia dapat membantu kawan-kawan dalam menambah ilmu pengetahuan  di samping memberi kesedaran mengenai kepentingan TBB dan menyokong usaha keras SEDA Malaysia dalam program tersebut.


Di dalam entry-entry yang lepas juga, saya telah menerangkan secara terperinci bagaimana kita boleh Menjana elektrik daripada Tenaga Solar PV, Biomass, Biogas dan hydro kecil dengan bimbingan SEDA Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, pada hujung 2014, Malaysia bakal mempunyai Peta  Angin sendiri. Jadi, TBB yang berpotensi di Malaysia seperti di dalam gambar di atas akan bertambah iaitu Peta Angin.

sumber gambar : http://green.kompasiana.com

Memetik petikan dalam Utusan Online bertarikh 9 Oktober 2013, Malaysia dijangka memiliki peta angin sendiri menjelang hujung tahun 2014 bagi membolehkan ia diguna pakai sebagai penggerak kepada usaha mengembangkan sumber tenaga alternatif pada masa depan. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), Datin Badriyah Abd. Malek berkata, geran untuk membangunkan projek kajian itu telah diperolehi daripada kerajaan pusat sejak tahun 2012. 

Geran bernilai lebih RM3 juta itu dibahagi kepada dua bahagian yang masing-masing diusahakan secara bersama diantara SEDA dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam tempoh kajian selama dua tahun.

Beberapa lokasi sumber angin untuk dibangunkan di negara ini telah dikenal pasti termasuk di Kudat, Langkawi, Mersing, Kuala Terengganu dan Kemaman. Lokasi lain yang turut dikenal pasti adalah di Chuping Perlis dan Setiu serta beberapa lokasi yang masih dalam pemerhatian di Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak. Dengan adanya peta angin yang lengkap, Malaysia akan wujud wind farm (ladang angin) yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, angin adalah udara yang bergerak. Sebenarnya, Ia terjadi oleh pemanasan permukaan bumi yang tidak sama dengan matahari. Kita semua sedia maklum bahawa permukaan bumi ini terdiri daripada pelbagai jenis muka bumi dan air. Oleh itu, ia akan menyerap haba cahaya mahatari pada kadar yang berbeza-beza. 

sumber gambar : http://dtualang-ps.blogspot.com

Angin akan bertiup (tenaga kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin dan bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambung pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke trasformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.

Kuasa angin telah digunakan beratus-ratus tahun yang lalu oleh petani bagi membantu kerja seharian mereka seperti mengepam air dari telaga air. Manusia telah menggunakan kuasa angin sekurang-kurangnya selama 5,500 bagi menggerakkan kapal dan bot layar. Kincir angin telah digunakan bagi pengairan pertanian dan mengisar bijiran sejak abad ke-7 SM di Apa yang kini Afganistan, India, Iran dan Pakistan.

Dengan adanya teknologi moden masa kini, ia digunakan sebagai sumber bagi menjana elektrik. Ladang angin adalah sekumpulan turbin angin di kawasan yang sama yang digunakan bagi menghasilkan kuasa elektrik. Ladang angin yang besar mungkin terdiri daripada beberapa ratus turbin angin individual, dan melitupi kawasan sehingga beberapa ratus batu persegi, tetapi tanah antara turbin masih boleh digunakan bagi pertanian atau tujuan yang lain. Ladang angin juga boleh terletak di luar kawasan pantai.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...