Wednesday, April 16, 2014

Jom Bantu Kurangkan Pencemaran

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. harap semua sehat hendaknya. Di dalam entry-entry yang lepas, saya banyak menceritakan mengenai Tenaga Boleh Baharu (TBB) iaitu projek yang dikendalikan oleh SEDA Malaysia. TBB adalah  sebagai alternative kepada Malaysia untuk menggantikan sumber tidak boleh diperbaharui. Sumber ini tidak menyumbang kepada pencemaran udara.


Seperti anda semua sedia maklum, SEDA Malaysia telah menawarkan kepada sesiapa sahaja di Malaysia yang berminat menyertai projek TBB ini bagi merialisasikan hasrat kerajaan untuk menggunakan TBB sebagai sumber tenaga utama di Malaysia. Kita sebagai rakyat sangat beruntung kerana kerajaan kita sedar akan kepentingan pemeliharaan alam sekitar bagi menjamin rakyatnya sehat dan cergas serta bebas untuk menjalankan aktiviti riadah di mana sahaja.

Bagi kita yang tidak mampu untuk menjalankan projek TBB ini, kita masih lagi boleh membantu Malaysia megenai perkara ini. Dengan mempunyai kesedaran akan pentingnya penjagaan alam sekitar, secara tidak langsung kita akan peka dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. 

Perkara pertama sekali ialah kita perlu menyokong kerajaan dalam projek TBB ini. Ini kerana ia sangat bermanfaat kepada kita semua. Bayaran surcaj sebanyak 1.6 peratus kepada pengguna elektrik di mana yang melebihi RM77.00 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM69.00 bagi Sabah dan Labuan. Tujuan adalah untuk membantu kerajaan bagi merialisasikan projek ini. Ini kerana wang tersebut adalah sebagai dana kepada KWTBB yang diselia oleh SEDA Malaysia. Dana tersebut akan diberi kepada individu atau pun organisasi yang menjual semula tenaga yang dijana kepada TNB.



Kita juga perlu berkongsi kenderaan atau menaik pengangkutan awam ke tempat kerja, kelas atau ke mana sahaja bagi mengurangkan pembakaran bahan api. Ini adalah antara langkah yang terbaik bagi mengurangkan kesesakan jalan raya seterusnya dapat mengurangkan pengeluaran gas karbon monoksida ke udara melalui asap yang keluar dari kenderaan. Berkongsi kenderaan atau menaiki pengangkutan awam mampu menjimatkan perbelanjaan harian kita disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Jika kita berada di rumah mahupun tidak, kita perlu memastikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak diguna di off dan on apabila perlu menggunakannya sahaja. Disamping dapat menjimatkan elektrik rumah, kita juga tidak perlu membayar surcaj 16% kerana seperti saya beritahu di atas tadi, surcaj 1.6% hanya dikenakan kepada pengguna elektrik dimana bil mereka melebih RM77.00 ringgi sebulan bagi Semenanjung dan RM69.00 sebulan bagi Sabah dan Labuan.

Dari sekolah rendah, kita dididik untuk tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Apabila kita membuang sampah dimerata tempat, ia akan menjejaskan pemandangan kawasan sekitar disamping adanya bau yang kurang menyenangkan. Ini akan merosakkan imej Malaysia kerana Malaysia adalah antara negara yang menerima kunjungan pelancong asing tertinggi di dunia. Justeru itu, ekonomi setempat dan negara juga akan berkembang.


Disamping kesedaran rakyat terhadap TBB, kesedaran mengenai kitar semula juga perlu diterap kepada rakyat Malaysia. Ia akan dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal di tempat pelupusan sampah disamping memberi faedah kepada  industri yang terlibat. Melalui proses tertentu, sampah yang dikitar semula akan diproses semula untuk digunakan semula seperti kaca, kertas dan aluminium.

Selain itu, kita perlulah mengelakkan melakukan pembakaran terbuka. Dengan faktor cuaca yang tidak menentu, pembakaran terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu di tahap serius, pemanasan global dan sebagainya. Kesan daripada pembakaran terbuka amatlah bahaya. Ini kerana kualiti udara akan menjadi semakin teruk disamping berlakunya ujan asid.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan sebagai watak yang kecil bagi membantu kerajaan untuk memelihara alam sekitar. Walaupun sumbangan kita kecil, tetapi ia sangat membantu pencemaran alam sekitar. Jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran sedemikian, Malaysia akan menjadi negara yang nyaman dan digemari pelancong asing untuk bertandang ke sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai TBB, sila layari www.seda.gov.my




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...