Sunday, March 30, 2014

Menjana Pendapatan Daripada Musim Panas

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan. Diharap sehat hendaknya disamping keluarga tersayang. Sebelum saya memulakan coretan kali ini, mari kita sama-sama berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370 yang pada ketika ini masih tiada khabar berita. Insyallah, berdoa agar urusan pencarian MH370 dipermudahkan. amin.

Bermula pada bulan Mac, cuaca panas melanda negara kita. Tiada awan, tiada hujan. Keadaan ini telah memberi rasa ketidakselesaan kepada kita. Tetapi keadaan ini juga telah memberi rezeki kepada mereka-mereka yang telah memasang PV Solar di kediaman mereka mahupun bangunan komersial. Dalam keadaan kita sedang merungut, pastinya ada yang sedang bersyukur.


Sepanjang hari, Sinaran mentari menerangi bumi kita. Dengan hal ini, kapasiti maximum dapat dijana oleh PV solar tanpa ada gangguan awan seperti hari kebiasaannya. Menjana Elektrik daripada sumber yang percuma tidak memerlukan modal yang banyak dan berterusan tetapi akan mendapat pendapatan yang berterusan. Untuk menjana pendapatan melalui industri ini, Kita hanya perlu mengeluarkan modal untuk memasang PV Solar di rumah mengikut kemampuan dan kapasiti yang sesuai dengan kediaman kita.

Pada masa kini, kita boleh menambah pendapatan isi rumah kita tanpa melakukan kerja sambilan di luar. Tetapi, hanya memerlukan modal permulaan, dan kita akan menikmati pendapatan secara berterusan setiap bulan. Sebagai contoh, Pemasangan PV Solar untuk 4KW memerlukan kos sekitar RM40,000.00 dan ia mampu untuk memberi pulangan kepada pemasangan PV Solar sebanyak RM550.00 sebulan dengan menjual elektrik yang dijana tadi kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

PV solar

Mengikut kiraan saya jika pendapatan daripada PV Solar yang dipasang konsisten iaitu 4KW, pada tahun keenam hingga ketujuh, modal yang dilaburkan oleh pemasang PV Solar akan dicapai dan selepas itu, pemasang akan menikmati keuntungan bersih dan hanya memikirkan tentang maintenance PV Solar tersebut. Alhamdulillah, pada ketika ini, lebih tiga buah bank menawarkan skim pinjaman kepada sesiapa yang berminat untuk memasang PV Solar dikediaman salah satu daripadanya ialah Alliance Bank Bhd.

Disamping dapat menjana pendapatan tambahan bagi isi rumah, terdapat kelebihan lain kepada individu bagi sesiapa yang memasang PV Solar dikediaman mereka. Suhu rumah yang dipasang PV Solar akan berkurangan kerana bumbung dilapisi dengan PV Solar. Selain itu, harga hartanah pemilik rumah akan meningkat dan sudah pastinya keuntungan berlipat kaliganda dalam jangka masa yang panjang.

Walaupun musim panas akan berlalu kelak, tetapi PV Solar masih mampu untuk mejana elektrik semaksimum mungkin mengikut kapasiti yang dipasang kerana kita bertuah negara kita adalah negara yang menerima cahaya matahari yang kosisten sepanjang tahun. Ini kerana negara kita adalah negara yang terletak dengan garisan khatulistiwa. Jadi, ini ialah satu kelebihan kepada negara kita.



Dengan membuat sedikit pelaburan, kita akan menikmati keuntungan yang berterusan disamping membantu kerajaan untuk menjana elektrik daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk mengurangkan pencemaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seda.gov.my kerana di sana terdapat info-info yang tepat mengenai TBB dan cara untuk membuat permohonan pemasangan PV Solar di kediaman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...