Saturday, March 29, 2014

Kaitan Tenaga Elektrik dengan Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum

Apa khabar orang disana? orang disini sehat alhamdulillah. Haaa, harap korang semua sehat tau. Barulah boleh belajar / kerja dengan cemerlang ye tak? :) dah macam pakar motivasi dah aku dalam entry kali ni. :) Bukan apa, sejak dua menjak nie, cuaca makin tidak menentu, kekadang panas terik, kekadang sejuk hingga  tulang. Risau pulak rasanya, sebab tak semua boleh nak terima cuaca gitu. temasuk diri aku sendiri.. ha, ni la punca aku selema n batuk sebenarnya. uhuuukkk!

Jadi, dari apa yang kita risaukan tadi, jom kita berbincang mengenai perkara tersebut. Ya, isu cuaca. Eh, tapi bila difikir, apa kaitan kita dengan cuaca kan? Itukan ketentuan ilahi. kita tiada kuasa untuk hentikan ujan dan juga salji. Ye, betul tu, tapi kita semua boleh membantu dalam memastikan alam sekitar tidak tercemar. Contohnya, jika banyak asap, gas-gas tercemar dan karbon dioxide di udara, apabila hujan turun, ia akan membawa sama pencemaran itu tadi turun ke bumi . Secara tak langsung, jika sesiapa yang terkena air hujan tersebut, maka akan terkesan kepada kesihatannya. 

Bebalik kepada tajuk entry ini, Pembakaran bahan api fosil yang digali untuk proses penjanaan tenaga elektrik yang kita gunakan akan membebaskan asap pencemaran yang mengandungi berjuta-juta bahan-bahan terampai sebagai contoh karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. ia akan menyebabkan udara menjadi semakin tercemar. Perkara ini diburukkan lagi dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan seperti kilang getah, kilang kelapa sawit dan sebagainya serta kenderaan-kenderaan bermotor di jalan raya. Perkara-perkara ini lah yang akan menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, peningkatan suhu, jerebu dan perubahan iklim yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia. 


sumber gambar : http://www.bisnis-jabar.com/

Lapisan Ozon menjadi nipis dan perubahan suhu di bumi menjadi punca kepada pemanasan global yang memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia termasuk di Malaysia. Seperti yang saya maklumkan tadi, kenaikan suhu bumi berlaku disebabkan oleh pembebasan gas-gas yang tercemar ke udara yang tidak dikawal. Perkara ini diburukkan lagi dengan banyak hutan telah dibalak untuk tujuan komersial dan kepentingan sesuatu pihak. ia akan menyebabkan hutan tidak dapat berfungsi dengan baik sebagai penyerap gas karbon dioksida yang terkandung di dalam udara. Maka, kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat dalam  udara dan apabila ia banyak di udara, ia akan bertindak untuk menyerap haba. Ia akan menyebabkan haba tidak dapat terbebas ke udara lalu menyebabkan suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyumbang kepada pemanasan global ini. Kesannya adalah, permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam seperti gempa bumi, Tsunami, letusan gunung berapi dan sebagainya. Kita dapat lihat pada masa ini bencana-bencana alam ini kerap terjadi. Ia menandakan bumi kita sedang sakit dengan pencemaran yang kita sendiri lakukan.

Ha, itulah kaitan yang boleh dikatakan penyebab yang kuat kenapa Tenaga Elektrik yang dijana oleh sumber fosil adalah penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekali gus penyumbang kepada bencana alam. Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu dilakukan oleh kita mahupun kerajaan untuk mengurangkan kesan negatif akibat daripada penggunaan bahan api fosil untuk menjana elektrik terutamanya kerana ia adalah salah satu sumbangan terbesar bagi pembebasan gas-gas tercemar di udara secara tidak langsung menjadi salah-satu punca utama pemanasan global. 

Seperti di dalam entry saya yang lepas-lepas, sumber alternatif adalah sangat disarankan oleh kerajaan untuk dibangunkan bagi mengurangkan atau menggantikan bahan api fosil yang boleh memudaratkan alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu kerajaan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia mengenai kepentingan Tenaga Boleh Baharu (TBB) iaitu sebagai alternatif kepada penggunaan bahan api fosil bagi menjana elektrik.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada alam sekitar perlulah sedar tentang pentingnya bayaran 1.6% daripada penggunaan elektrik yang berjumlah lebih RM77.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM67.00 untuk Sabah dan Labuan. Ia akan membantu SEDA dalam memakmurkan alam sekitar negara sekaligus membatu pengurangan pemanasan global.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...