Wednesday, March 26, 2014

Empangan Hydro Penjana Elektrik Yang Effective dan Murah

Assalamualaikum.

Hye semua, bertemu kembali dan diharap anda semua sehat disamping keluarga yang tercinta. Di dalam entry aku sebelum nie, aku banyak menerangkan faedah , cara dan bagaimana menjana elektrik menggunakan Solar iaitu dengan meletakkan PV Solar di atas bumbung kediaman mahupun bangunan komersial.

Di dalam entry hari ini, aku ada buat kelainan sedikit. Dah takmo sentuh bab-bab menjana elektrik menggunakan Solar sebab rasanya aku dah sentuh secara menyeluruh berkenaannya di dalam entry-entry sebelum ni. Jadi, giliran empangan hydro menjadi fokus topik kita pada hari ini.

Mini Hydro di Sungai Perting, Pahang
sumber gambar : www.thegreenmechanics.com

Tenaga hidro juga merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun untuk menggantikan bahan api fosil yang akan habis tak lama lagi. Manusia telah menggunakan tenaga hydro untuk dijadikan sebagai tenaga dan menjalankan kehidupan sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Caranya ialah orang dulu-dulu menggunakan air bagi memusingkan roda pedal untuk mengisar gandum.

Tenaga ini dapat dijalankan jika terdapatnya  sungai yang mempunyai aliran deras dan kuat. Aliran sungai yang deras seperti air terjun adalah yang paling sesuai dan membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan. Ini kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Lagi tinggi sesebuah air terjun tersebut, lagi banyak tenaga yang diperolehi. 

Negara Malaysia mempunyai banyak aliran sungai yang deras. Maka ia membolehkan empangan hidroelektrik dibina di sungai tersebut. Contohnya seperti Empangan Cenderoh di Perak, Empangan Bakun di Sarawak, Empangan Kenyir di Terengganu dan lain-lain. Maka, ia dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini penting kepada seluruh penduduk di dunia termasuklah Malaysia dalam pembekalan tenaga elektrik.

Empangan Chenderoh, Perak 
Sumber gambar : www.sembangwallet.blogspot.com


Kelebihan Tenaga hidroelektrik ini ialah ia juga bersih dan tidak mencemarkan udara. Di samping itu, penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai yang dipasang hydro penjana elektrik tersebut. Hal ini berbeza pula dengan tenaga konvensional iaitu tenaga yang digunakan sekarang seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara di  sekeliling ketika proses pembakarannya di stesen janakuasa. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial di kebanyakan negara termasuk engara kita kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.

Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. ia amat bersesuaian dengan keadaan kewangan negara-negara membangun seperti negara kita sendiri.  Melalui penjanaan hidroelektrik ini, ia mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

SEDA Malaysia telah menyarankan kepada semua individu dan syarikat di Malaysia bagi menjana elektrik dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) termasuk membina mini hydro di sungai-sungai kecil yang boleh menjana elektrik. Seperti tenaga yang dijana daripada solar, tenaga yang dijana daripada mini hydro ini juga boleh dijual kembali kepada TNB dan mendapat pulangan keuntungan daripada jualan tersebut.

Fit Rate Untuk Small Hydro

Kesedaran rakyat Malaysia mengenai pentingnya pelaksanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia amat penting bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menjadi Negara yang mempunyai pencemaran udara yang paling minima. Kini, tenaga yang dijana oleh empangan hydro masih sedikit nak dibandingkan dengan tenaga yang dijana oleh tenaga konvensional. ia tidak dapat menampung keperluan penduduk Malaysia. Tetapi, dengan wujudnya SEDA Malaysia yang memperkenalkan kepada kita semua berkenaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) iaitu Solar, Mini Hydro, Biomass dan Biogass, maka penggunaan 100% tenaga daripada TBB akan menjadi realiti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...