Thursday, March 27, 2014

Bencana alam satu takdir atau disebabkan kelalaian manusia?

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni, kita digemparkan dengan bencana alam yang teruk dan juga perubahan iklim di seluruh dunia. Adakah perkara ini berlaku disebabkan umur Bumi yang sudah tua? ataupun ia berlaku disebabkan kelalaian kita. 
sumber gambar : devitaswar.blogspot.com

Setelah dikaji mengenai bencana alam yang telah berlaku, banyak pendapat yang telah diketengahkan mengenainya. Ada yang terangkan ini adalah takdir iaitu faktor semula jadi dan ada yang menerangkan ia sebagai balasan kepada kerakusan manusia mengejar kemewahan tanpa mempedulikan alam sekitar.

Ya, kita sebagai manusia biasa tiada kuasa untuk menghalang bencana alam daripada berlaku dan hanya boleh bersiap sedia untuk menghadapinya. Tetapi, setelah bencana alam berlaku, pasti ada nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda kepada penduduk setempat yang menerima kehadiran bencana alam tersebut tak kiralah ribut taufan, banjir, gempa bumi, kemarau dan sebagainya.

sumber gambar : kosmo

Seperti kita selalu dengar daripada orang lama-lama, mencegah lebih baik daripada mengubati. Selalunya ayat ini sinonim dengan kesihatan kita. Tetapi, ayat ini juga sesuai diambil untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Banyak cara kita boleh aplikasikan untuk memelihara alam sekitar. Di dalam entry ini, aku hanya ingin  menyentuh sedikit cara memelihara alam sekitar dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi menggantikan tenaga yang sedia ada. 

Seperti yang kita sedia maklum, apabila kita menggunakan tenaga sedia ada iaitu daripada fosil-fosil yang digali untuk dijadikan bahan pembakar kepada kenderaan dan juga elektrik yang kita guna, ia akan menyebabkan pencemaran udara apabila minyak yang diproses daripada galian tadi itu dijadikan tenaga elektrik.  Tenaga elektrik dijana apabila sumber-sumber tenaga ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain melalui proses-proses tertentu. Melalui pembakaran sumber tenaga bahan api fosil, maka akan menghasilkan tenaga haba. Seterusnya, tenaga haba kemudiannya akan bertukar menjadi tenaga kinetik dan daripada tenaga kinetik akan bertukar menjadi tenaga elektrik.

Apabila proses daripada bahan api fosil ditukarkan kepada elektrik, Pembakaran bahan api fosil tersebut di stesen jana kuasa telah menghasilkan berjuta-juta ton gas-gas rumah hijau dan bahan-bahan terampai seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah pencemaran udara, hujan asid, pemanasan global dan sebagainya yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia.

sumber gambar : koransmala.blogspot.com

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar seharusnya menyokong hasrat kerajaan dalam menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang hijau dengan pencemaran yang masima dalam beberapa tahun lagi. Dengan kewujudan Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia), maka plan untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang hijau akan menjadi lebih lancar dan terurus.

Dengan alternatif yang dicadangkan oleh SEDA bagi semua rakyat Malaysia untuk menerima Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebagai gantian kepada bahan api fosil yang mempunyai kesan sampingannya, dan menjana sumber elektrik di kediaman dan bangunan komersial masing-masing, maka tidak mustahil hasrat kerajaan akan berjaya dicapai dengan lancar. 
untuk maklumat lanjut, sila layari www.seda.gov.my kerana terdapat banyak info mengenai Tenaga Boleh Baharu (TBB).



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...