Friday, February 14, 2014

Tarif Elektrik Baru 2014 Menyedarkan Pengguna Tentang Penjimatan Elektrik

Assalamualaikum.

Permulaan tahun 2014 memang merisaukan kita semua. Mana taknya, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mula dikurangkan subsidi oleh kerajaan. Begitu juga keperluan asas kita. Seperti yang kita semua sedia maklum, Tarif Elektrik Baru 2014 juga terlibat.


Sebelum ini, pengguna dikenakan surcaj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) sebanyak 1 % daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah kita iaitu kepada bil elektrik yang melebihi RM77.00. Pada tahun ini, 1% ini telah dinaikkan kepada 1.6% untuk membuka lebih banyak kuota dan memberi peluang bagi mereka yang berminat untuk memohon FiT yang diuruskan oleh SEDA.

Bagi aku, kenaikan tarik elektrik ini memotivasikan diri aku sendiri sebenarnya. Motivasi untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Ha, Jika kita pandai menjimatkan penggunaan elektrik, insyallah jumlah penggunaan elektrik kita mesti dibawah RM77.00. Alhamdulillah, setakat ni, bil elektrik rumah aku dibawah RM77.00. So, secara tidak langsung aku tidak dikenakan 1.6 % itu tadi.

Sebenarnya, jika kita pulang ke rumah dan membuka pintu, kita dapat lihat bahawa banyak barangan elektrik seharian kita yang tidak digunakan ditinggalkan dalam keadaan suiznya on. Jadi untuk menjimatkan elektrik dirumah kita, langkah pertama ialah off kan semua perkakasan elektrik yang tidak digunakan seperti, Phone Charger, Televisyen, komputer yang ditinggalkan dalam keadaan sleep mode dan terakhir radio.

Langkah seterusnya pula ialah elakkan menggunakan penyaman udara diwaktu yang tidak diperlukan. Contohnya pada waktu pagi. Penyaman udara adalah alatan elektrik yang menggunakan kapasiti elektrik yang agak tinggi. Disamping itu, dengan selaraskan suhu penyaman udara kepada suhu selesa, ia dapat menjimatkan penggunaan elektrik daripada kita laraskan suhunya kepada paling masima (16 darjah celcius). kita juga perlu pastikan penapis udara untuk penyaman udara dalam keadaan bersih bagi memastikan penyaman udara tidak menggunakan elektrik yang lebih untuk bekerja.

Selain itu, diwaktu siang dan diwaktu ketiadaan kita dirumah, pastikan lampu ditutup kesemuanya. Selain itu, bagi memastikan pencahayaan yang cukup di dalam rumah tanpa menggunakan lampu di waktu siang, kita boleh membuka langsir tingkap dan pintu bagi membantu pencahayaan masuk ke dalam rumah. Tapi, kalau diwaktu panas terik, janganlah buka langsir tu sebesar-besarnya sebab haba akan mudah masuk ke dalam rumah. 

Pemilihan peralatan elektrik juga membantu kita untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. sebagai contoh penggunaan lampu kalimantang dan juga lampu yang menjimatkan elektrik iaitu LED. Barulah kita boleh gelarkan diri kita sebagai pengguna bijak. tak gitu? ihihihi. Disamping tu, kita juga boleh memilih peralatan elektrik seperti peti sejuk yang mempunyai label tenaga sebagai indikator untuk menilai kadar prestasi pengunaan elektrik. So, Kita boleh membuat perbezaan semasa memilih peti ais tersebut. Bila berkata mengenai peti sejuk, untuk lebih menjimatkan elektrik, elakkan penyimpanan makanan yang masih dalam keadaan panas ke dalam peti sejuk sebab peti sejuk akan lebih bekerja keras untuk menyejukkan makanan dan secara tidak langsung penggunaan elektrik juga tinggi.

Sebenarnya, banyak alternatif lain bagi menggantikan penggunaan peralatan elektrik yang berada di rumah seperti barang dapur, pencukur misai elektrik dan heater memasak air. kita boleh memasak air menggunakan dapur gas kerana ia lebih murah berbanding dengan menggunakan elektrik. 


Baiklah, cukup setakat ini dulu pada hari ini, di entry yang lain aku akan terangkan pula bagaimana caranya untuk membuat permohonan FiT. Ha, sebab banyak manfaat yang kita dan negara kita dapat disamping memelihara alam sekitar negara Malaysia yang tercinta.


Untuk maklumat lanjut mengenai FiT, sila layari www.seda.gov.my


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...