Saturday, February 15, 2014

Saya Mahu Mohon FiT

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca. Diharap semua sehat hendaknya. Untuk entry kali nie, aku nak berkongsi mengenai tajuk kita pada hari ini. Pada beberapa hari yang lepas, ada dikalangan pembaca menghantar message tanyakan bagaimana nak membuat permohonan Fit in Tariff FiT. Sebenarnya, aku bukanlah arif mengenai perkara ini. Tetapi, berbekalkan ilmu yang diberikan oleh SEDA dalam bengkel yang aku sertai dulu, Insyallaah aku akan menjawab. Tetapi, apa pun kena refer dengan SEDA jugak sebab merekalah yang arif mengenai perkara ini.

Seperti kita semua sedia maklum FiT ni ringkasan untuk Feed in Tariff dimana Elektrik yang dijana oleh Tenaga Boleh Baharu (TBB) oleh individu mahupun pemaju bebas dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan.

Apabila ada sesuatu yang menguntungkan, pasti ia akan menjadi tarikan kepada semua disamping mempunyai faedah yang lain iaitu dapat memelihara alam sekitar seperti tujuan asal FiT ini diwujudkan sekaligus membantu perkembangan ekonomi negara kita. Oleh itu, beberapa teknologi Tenaga Boleh Baharu (TBB) ditawarkan oleh kerajaan kepada sesiapa yang berminat untuk mengjalankannya seperti Biomass, Biogass, Hidro, dan solar. 

Solar adalah teknologi Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang paling popular dan sangat mesra pengguna disamping ia amat efektif di Malaysia. Selain itu, ianya tidak memerlukan modal yang tinggi seperti Biomass atau Biogas dan sesuai untuk individu. 



Contoh Surat Permohonan

Jika anda berminat untuk memohon FiT, langkah pertama anda perlulah memeriksa kelayakan dan ketersediaan kuota. Jika anda layak dan ada kuota, anda perlulah menyediakan dokumen yang diperlukan dan seterusnya perlu memohon Feed in Approval melalui online system (e-FiT) di www.seda.gov.my 


Apabila selesai memohon, anda perlu menandatangani Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) dengan Distribution Licensee (DL). REPPA adalah kontrak bekal dan beli dimana kadar FiT dan tempoh kontrak akan diumumkan secara bertulis dan DL pula ialah syarikat berlesen dalam mengagihkan elektrik seperti TNB.

Kemudian, anda perlu menghantar satu salinan kontrak REPPA kepada SEDA dan satu salinan lagi kepada Suruhanjaya Tenaga dan seterusnya membuat permohonan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga. 

Seterusnya anda perlu menandatangani perjanjian dan memenuhi semua syarat. Kontraktor yang terpilih akan menjalankan pemasangan Solar PV. Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan lesen kepada pemohon dan sesi menguji cuba akan dilakukan oleh pihak yang ada sijil kelayakan ISPQ.

Apabila selesai semua diatas, pemohon perlu membuat semakan untuk mendapatkan pengesahan daripada SEDA mengenai tarikh perlaksanaan FiT. Seterusnya  pemohon akan melaksanakan FiT dan mendapat bayaran oleh TNB kepada pemohon.

rujukan : www.seda.gov.my

SEDA membuat pemilihan melalui Sistem online e-FiT yang memperuntukkan dahulu kuota sebaik sahaja
sistem mengesahkan semua keperluan telah dipenuhi. Ini juga dilakukan pada dasar siapa cepat dia dapat. Selepas permohonan diterima oleh sistem online e-Fit, pentadbir FiT di SEDA Malaysia akan memastikan bahawa semua dokumen yang diperlukan telah dimuat naik ke dalam sistem online e-FiT dan pembayaran yuran telah dibuat. 

Pemohon yang berjaya akan diberikan sijil berdasarkan Seksyen 7(2) Akta TBB 2011 yang membolehkannya / syarikat untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memenuhi sasaran pencapaian yang telah dinyatakan semasa proses permohonan. Jadi disini kita dapat lihat bahawa pemilihan dibuat adalah secara telus. :)


Baiklah, cukup dulu untuk entry kali nie. kalau nak dapatkan maklumat lanjut, bolehlah layari www.seda.gov.my . Ada banyak info mengenai perkara ini disana. 

2 comments:

Anonymous said...


*Pastikan barang2 solar module,inverter dan balance of system anda berkualti sebab General Warranty dr Syarikat Agent cuma 1 tahun sedangkan perjanjian TNB berlangsung 21Tahun.

Muhammadnuraizuddin said...

saya sangat menyokong dengan komen awak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...