Friday, February 28, 2014

Rumusan Lawatan : World Solar Valley Tour Media and Blogger

Assalamualaikum.

Salam penghujung Februari semua pembaca yang dikasihi Allah sekalian. Rasa Februari nie berlalu dengan pantas ye tak? mana taknya, Februari ada 28 hari ja. Jadi, memang pendek Februari berbanding bulan-bulan yang lain. Untuk entry kali nie, aku nak berkongsi kesimpulan daripada lawatan yang aku sertai bulan lepas yang bertajuk World Solar Valley Tour Media and Blogger untuk memberi pendedahan kepada blogger yang menyertainya tentang penggunaan PV Solar di rumah mahupun di bangunan komersial bagi menjana elektrik daripada cahaya matahari.

Seperti dalam entry yang lepas berkenaan lawatan ini iaitu Lawatan Blogger Ke Cooltek House, Lawatan Blogger ke AUO Sunpower Sdn Bhd dan Lawatan Blogger ke Kumpulan Melaka Berhad , banyak pengetahuan yang baru kami perolehi. Memang mengkagumkan bagaimana ketiga-tiga tempat ini menggunakan PV Solar untuk menjana elektrik bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan atau digunakan untuk operasi di bangunan mereka sendiri.

Kesimpulan untuk lawatan pertama kami, kami melawat Cooltek House dimana rumah ini sangat mesra alam dan juga dicipta sangat sistematik. pemiliknya iaitu Stephanie Mary Bacon sangat ramah. Kehadiran kami disambut begitu mesra oleh beliau. Rumah ini adalah contoh terbaik sebagai rumah yang menggunakan PV Solar untuk menjana Elektrik daripada cahaya matahari di Malaysia.

Inilah rumah yang digelar Cooltek House

Dengan penerangan daripada tuan rumah ini, kami peserta lawatan mengetahui banyak perkara yang boleh diaplikasikan dirumah bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan penggunaan yang minima. Di Malaysia, penggunaan penghawa dingin amat diperlukan kerana cuaca di negara kita agak panas dan sudah pasti penggunaan tenaga elektrik juga tinggi dengan penggunaan penghawa dingin tersebut. Jadi, dengan pembinaan rumah yang dirancang untuk menggunakan tenaga elektrik yang minima seperti rumah beliau, pasti tenaga yang digunakan di rumah-rumah kediaman di Malaysia akan berkurangan dan boleh dikatakan jimat elektrik.

Kesimpulan untuk lawatan kedua kami pula ialah melawat AUO Sunpower Sdn Bhd. AUO merupakan kilang pengeluar PV Solar dan di export ke seluruh dunia. Sebagai pengeluar PV Solar yang terbaik didunia, AUO Sunpower Sdn. Bhd. mengaplikasikan penggunaan PV Solar di bangunan perindustrian mereka sebagai model ataupun contoh kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk pemasangan PV Solar di bangunan perindustrian ataupun komersial mereka. Di AUO Sunpower Sdn. Bhd. PV Solar dipasang di parkir kenderaan pekerja dan juga di atas bumbung bangunan pentadbiran mereka.

Ini adalah hadapan bangunan pentadbiran AUO Sunpower Sdn.Bhd.

Jika semua bangunan perindustrian atau komersial di Malaysia menggunakan PV Solar untuk menjana elektrik seperti AUO Sdn. Bhd, maka hasrat kerajaan untuk sama tandingan dengan negara maju dalam penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi menggantikan sumber tenaga yang bakal habis dalam beberapa tahun lagi akan menjadi kenyataan. Jadi, pentingnya kesedaran kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk menjana elektrik sendiri untuk kegunaan pejabat mahupun operasi mereka.

Kesimpulan untuk tempat terakhir dalam lawatan kami ialah melawat Ladang Solar iaitu milik Kumpulan Melaka Berhad. Sebelum ni aku pernah dengar ladang jagung je. Tetapi kini, bagi menjana elektrik dalam kapasiti yang besar, Ladang Solar telah diwujudkan di atas dataran tanah yang luas seperti ladang-ladang tanaman sayur dan sebagainya.


Ladang Solar seluas 7,248.43 hektar

Dengan adanya banyak ladang solar seperti ini, maka tidak mustahil tenaga yang digunakan di Malaysia hanya bersumberkan matahari bukan lagi fosil yang akan habis dalam masa beberapa tahun lagi. Ladang solar ini amat penting untuk merialisasikan hasrat kerajaan Negeri Melaka untuk mejadi negeri hijau menjelang tahun 2020. Ladang Solar menjana tenaga elektrik dalam kapasiti yang besar berbanding dengan memasang PV Solar di rumah mahupun bangunan pengkomersialan.

Justeru itu, dengan adanya kesedaran daripada individu, syarikat-syarikat dan juga kerajaan negeri dalam kepentingan penggunaan tenaga boleh baharu, maka hasrat kerajaan untuk sebaris dengan negara-negara yang maju dalam perkara ini akan tercapai disamping Malaysia akan menjadi negara yang hijau dan nyaman disamping akan menjadi role model kepada negara-negara yang membangun dalam penggunaan Tenaga Boleh Baharu.

Terima kasih kepada SEDA kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai lawatan ini. Ia memberi impak yang positif kepada kami mengenai pentingnya Malaysia untuk melaksanakan penjanaan tenaga daripada Tenaga Boleh Baharu dan pentingnya surcaj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) kepada kita. Alhamdulillah, kini saya boleh berkongsi kepada semua di dalam blog ini sebagai medium menyampaikan maklumat untuk kesedaran kita semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tenaga Boleh Baharu, sila layari www.seda.gov.my kerana disana pasti anda akan mendapat maklumat yang lengkap mengenai Tenaga Boleh Baharu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...