Thursday, February 13, 2014

Penerangan Mengenai Kenaikan Surcaj 1.6% Untuk Pengguna Elektrik

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Harap semuanya sehat hendaknya. Alhamdulillah, aku berkesempatan lagi untu update blog walaupun tercungap-cungap menguruskan rutin harian yang kian sibuk. Nasib baik sekarang nie sedang cuti semester, so student life ditinggalkan untuk dua bulan nie.:)

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry untuk hari nie, pada Januari 2014, telah bermula kenaikan bagi bayaran Kumpulan Wang Tenaga boleh Baharu (KWTBB) kepada pengguna elektrik yang melebihi 300kwt ataupun RM77.00 sebulan. Kenaikan tersebut sebanyak 0.6 % dan menjadikan jumlah bayaran yang dikenakan untuk KWTBB ialah 1.6%.

Seperti dalam entry-entry aku sebelum ni yang menerangkan tujuan bayaran tambahan untuk TBB, ia adalah bertujuan untuk membuka quota bagi orang yang berminat untuk melabur dalam projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti memasang Solar PV dirumah dan sebagainya disamping bertujuan untuk mempromosi dan membangunkan projek mengenai inisiatif kerajaan dalam Tenaga Boleh Baharu (TBB).


Tujuan kerajaan melaksanakan TBB ini adalah untuk mencapai jaminan tenaga dan mencapai autonomi negara disamping membantu dalam penjagaan alam sekitar.

Malaysia kaya dengan sumber asli seperti fosil untuk bahan api dan bergantung kepada sumber-sumber tersebut. Walau bagaimanapun, sumber ini akan berkurangan dari hari ke hari dan akan habis kelak. Jadi, dengan melaksanakan inesiatif TBB, Insyallah, ia adalah satu jaminan tenaga bagi generasi yang akan datang.

Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia secara optimum amat penting bagi tempoh jangka masa yang panjang bagi negara. Peningkatan penggunaan sumber TBB akan menyumbang kepada autonomi tenaga disamping mewujudkan ekonomi yang lebih stabil.

Para saintis di seluruh dunia telah mengenalpasti kaitan antara pelepasan Gas Rumah Hijau dengan perubahan iklim dunia. Oleh Itu, Perdana Menteri kita iaitu Datuk Sri Najib Razak telah menyatakan komitmen Malaysia untuk memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan Gas rumah Hijau sebanyak 40% di sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim pada bulan Disember 2009 yang lalu. Hasrat murni Malaysia sedikit sebanyak dapat memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

Jadi, disamping kesedaran rakyat Malaysia untuk menjaga alam sekitar dengan berkongsi kereta ke tempat kerja, menggunakan pengangkutan awam, tidak membuat pembakaran secara terbuka dan sebagainya, dengan menyumbang 1.6% daripada bayaran elektrik kita kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB), ia banyak membantu dalam proses pembangunan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia yang diuruskan oleh Sustanable Energy Development Authority (SEDA) dalam mempromosikan dan membangunkan Projek Tenaga Boleh Baharu di Malaysia dengan jayanya.



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seda.gov.my . Banyak info berkenaan Tenaga Boleh Baharu di laman web SEDA. Sekian untuk perkongsian. Wslm.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...