Thursday, February 6, 2014

Mr. Secretary di Novelkan Dalam Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr. Secretary

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, bertemu lagi kita di dalam entry nie. Haa, untuk entry kali ni, ia akan berunsur promosi. Haip! sebelum korang nak tekan X, aku nak bagitau ini bukan promo beli barang atau MLM ok. Ini adalah sebuah entry mempromosikan seorang penulis novel muda yang berbakat besar di dalam bidang penulisan negara gituew. Pergh! besar aku tampal gambar novel kat atas nie. Tapi kan, Cover novel ni sangat awesome. Selera semua orang nak membacanya.

Ok, berbalik pada tajuk entry nie, aku nak bercerita bagaimana Mr. Secretary boleh terlibat dalam penulisan Fatrim Syah. Sebenarnya bukan Mr. Secretary dinovelkan tetapi ada watak Mr. Secretary dalam novel tersebut. Pada beberapa bulan lepas, Fatrim Syah telah menghantar message melalui facebook kepada aku  mengenai penulisannya yang bertajuk Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr. Secretary.


Katanya beliau terkejut dengan kewujudan Mr. Secretary di dunia riality. Sebab beliau hanya merekakan watak lelaki yang bernama Adam sebagai setiausaha gituew. Actually, beliau hanya  menaip Mr. Secretary di Google dan sah-sah blog www.nuraizuddin.com akan mengungguli carta carian keyword tersebut. Nampak sangat tak sengajakan. hihihi. Sebelum aku kenalkan penulisnya, aku nak share sinopsis novel Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr. Secretary yang hangat dipasaran ketika ini.


Dua insan, dua jiwa, dua karekter yang berbeza bagaikan langit dan bumi bertemu di bawah satu bumbung. Khalisah mengambil Adam sebagai setiausahanya hanya untuk mempermainkan Adam. Adam pula rela dalam terpaksa menerima jawatan itu memandangkan kesukarannya mencari kerja. Pada mulanya Adam terima saja Khalisah mengarahkan itu ini kerana dia faham skop tugasnya. Tapi lama kelamaan Cik Bos itu semakin melampau!



"Kenapa Cik Bos selalu kenakan saya? Apa salah saya pada Cik Bos?" - ADAM

"Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya." - KHALISAH

Aril, teman lelaki Khalisah kurang senang dengan kehadiran Adam di sisi Khalisah. Ada rahsia besar yang disimpannya mengenai identiti sebenar Adam dan apabila rahsia itu terbongkar, Adam hampir tidak dapat menerimanya. Malah, ia turut bersangkut paut dengan Danish, kanak-kanak yang dijaganya sejak bayi lagi. 

Bila Mr Secretary bakal berkahwin dengan orang lain, masihkah Cik Bos ego dengan perasaan yang mulai menjentik tangkai hatinya? Dan... apakah rahsia Adam itu?

Ha, menarik bukan? aku pun tak sabar nak dapatkan novel ni weh. Sebenarnya, watak Mr. Secretary bermula bila Adam jadi Secretary. Tapi, bukanlah bermaksud itu adalah hal reality Mr. Secretary yang real ni kan.. ihihih. Aku just tolong terangkan skop kerja Mr. Secretary di pejabat dan suasana Mr. Secretary di pejabat bila bosnya adalah wanita kepada penulis. Untuk pengetahuan, kebetulan aku pernah menjadi Secretary kepada seorang bos wanita di Klang selama setahun sebelum aku dapat tawaran bekerja dengan kerajaan. So, memang kenalah wataknya ye tak? :p

Btw, Fatrim Syah juga adalah penulis bagi novel Geng Karipap (Fajar Pakeer), Asrama (fixi), antologi Cerpen Fobia (Roman Buku), Antologi Cerpen Untuk Separa Thuan, Aku naik Saksi dan Maut Sebelum Ajal (Buku Hitam Press). aku nak share biodata penulis yang berbakat nie. Btw, Tq Ayim sebab belanja novel Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr. Secretary sebuah. :)


Nama Pena : Fatrim Syah

Asal : Kuala Penyu, Sabah

Tarikh Lahir : 5 May

Sekarang : Masih belajar di UiTM Puncak Perdana Shah Alam 9Ijazah Penulisan Kreatif)

facebook : https://www.facebook.com/fatrimsyah

Blog : http://pearlpett.blogspot.com

Jadi kawan-kawan, jangan lupa dapatkan novel Gaun Cik Boss, Tuxedo Mr. Secretary ok di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kepada penggemar-penggemar novel, ikuti penulisan beliau kerana idea dalam penulisan beliau sangat fresh!

1 comment:

maisarah sarah said...

dah beli ritu tapi belum baca lagi.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...