Wednesday, January 15, 2014

Upload gambar dikatakan Show Off

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. barulah aku berkesempatan untuk update blog Mr. Secretary ni yang sekian lama sendu. Yeah, Actually, final exam untuk this semester telah berjaya diharungi dengan penuh ketekunan dan juga kesabaran. Mana taknya, penyakit study sehari sebelum exam kini kembali. Bila mula semester, kemain lagi tanam azam untuk bertukar last minit study ke mood study berpanjangan. Tapi, itu hanyalah impian.

Baiklah, dalam entry kali nie, meh kita berkongsi hidup. Eh! maksud aku berkongsi cerita di dalam kehidupan. Yelah, masih tak terlewat lagi aku nak gulung cerita Mr. Secretary 2013 kan? Walhal, dah tengah Januari baru nak up cerita. kalau masak kari ayam, kira dah berdikari dah ayam tu. Gituew.

Sekali lagi Alhamdulillah. Segala pujian kepada Allah. Kerana dengan perkenannya, banyak perkara yang ingin aku baiki dapat dilakukan. Daripada dalaman, hinggalah ke luaran. Dulunya suka bahan orang,  dan sekarang dah redho dibahan. Dapat menerima kekurangan diri sendiri dan Allah memberi dan membuka rezeki kepada aku. Ingat, yang penting, kita berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Allah pasti akan makbulkan.

Terdetik difikiran aku ketika ini, bila membaca komen daripada pengguna-pengguna laman sosial. Ada yang positif dan ada yang negetif. Kadang-kadang, macam tu jugak berlaku dekat aku. kadang2, kena troll sampai tersembam di bumi. Ceh, Metafora kau! kalau aku, bila orang update status dan keluar di timeline, klu ok, aku like. kalau tidak, aku scroll lelaju je timeline tu. buat-buat tak nampak. Baru la x terniat nak bahan kan. aku terniat ja ok! bukanya membahan. hewhewhew

Bagi pendapat aku la kan, orang yang mengupload gambar pergi melancong, beli barang baru, makanan, itu bukan untuk menunjuk. Mereka sekadar mahu berkongsi di laman sosial kepada kenalan. Sebab itu juga nawaitu aku bila aku upload gambar di facebook mahupun instagram. tapi, kadang-kadang orang akan beranggapan sebagai mahu Show Off. Tapi, lain orang, lain pandangan dan pendapatnya. Sebagai contoh:

Banyak kenangan aku ngan dia
Tapi xpa, sebab yang beli kereta nie office mate jugak. Katanya, dibeli untuk wifenya. Sebab dah lama usya the pink mafia nie. Berkenan katanya. Harap owner baru caring macam mana aku caring kat dia sebelum nie. :(

Rezeki Tahun Baru
Dok berfikir nak tukar kereta dari awal tahun lagi. Tapi dok tahan sebab nak tunggu kereta yang berkenan di hati. Tapi, Preve ni pun dah cukup berkenan dah aku. Alhamdulillah, on 31 Disember 2013 secara rasminya dapat jugak aku kereta nie. Sebulan tunggu tau. Sampai nak nangis dok suruh kluarkan cepat. Xda kenderaan lain dah selain moto.


Ha, Gambor nie sebagai contoh. aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar berkongsi kegembiraan ini dengan kawan-kawan. Tapi, Wallahualam. orang berbagai ragam, apa lagi fikiran kan. Btw, officially, aku bukan lagi Pink Guy anymore, dah bertukar kepada Red Guy. Eh, macam tajuk movie ja. Babai The Pink Mafia, Welcome Preveria. :p

Semua orang mahu kehadapan. Begitu jugak aku. Takmo ketinggalan dibelakang. Maksudnya, takmo asyik kena tinggal je bila berkonvoi dengan kawan-kawan. Kancil aku cc 660 je. ihihihi. Kbai.


4 comments:

Fynaz Shamz said...

betul tu .. kadang2 kita post gambar something bukan tujuan nk menayang, tp sbg pnduan atau lokasi utk kengkawan.. nice entry .. salam kenal. jemput singgah :)

http://fynazshamz.blogspot.com

Muhammadnuraizuddin said...

fynaz shamz. : tq.. :)

KorN said...

sebab tu lah jugak aku malas nak upload gmbr dgn kete, takut dikatakan show off..

tapi pedulikkan kata orang, kete kita.. ye dok..?

Muhammadnuraizuddin said...

saleh - kan. uhuhu. biasalah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...