Friday, January 31, 2014

Lawatan Blogger ke Kumpulan Melaka Berhad

Assalamualaikum.

Ha, kembali lagi di blog Mr. Secretary. Yeah harap semua pembaca sehat ceria ya. Untuk entry kali nie, aku masih nak ceritakan mengenai lawatan World Solar Valley Tour Media and Blogger . Ini adalah part 3 dan part terakhir untuk aku cerita mengenai lawatan nie. Yelah, kami melawat 3 buah tempat je dalam lawatan nie. :)

Seperti entry-entry sebelum nie, aku dah cerita mengenai pengalaman yang awesome part 1 dan part 2 iaitu di Cooltek House dan juga AUO SunPower Sdn. Bhd. Untuk lawatan terakhir ini, ada kelainan sedikit dan lagi Awesome mengenai PV Solar. Dalam lawatan ini, kami berpeluang untuk melawat Solar Farm yang dimiliki oleh Kumpulan Melaka Berhad. Jadi, PV Solar bukan semata-mata dipasang di bumbung kediaman dan juga bumbung-bumbung pejabat mahupun kilang, tetapi ia juga boleh dipasang di atas tanah yang dipanggil Solar Farm.

Mesti korang pelik kan. Selalunya PV Solar ni dok ada di atas bumbung je. Hihihi. Pada asalnya, aku pun pelik. Tapi bila tiba di Solar Farm Kumpulan Melaka Berhad, aku agak terkejut dan juga teruja melihat Solar Farm tersebut. Besarnya kawasan dan juga banyaknya PV Solar. Awesome sangat-sangat weh! Sebenarnya ada negera-negara lain yang giat membangunkan Solar Farm seperti ini kerana kesedaran bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada.

Ujang pun turut terlibat


 Ha, inilah Solar Farm yang dimiliki oleh Kumpulan Melaka Berhad. Baiklah, izinkan aku bercerita sedikit mengani Solar Farm ni ok.?

Kerajaan Negeri Melakamenjadi yang pertama di negara ini membina dan mengendalikan Solar Farm  sendiri yang berharga RM46 juta. Ia adalah selaras dengan misinya untuk menjadi negeri Teknologi hijau pada tahun 2020.  Ia dibina seluas 7,248.43 hektar tanah di kawasan Rembia Industrial. Solar Farm ini dijayakan dengan adanya 3 fasa iaitu fasa 1 yang menjana 1.3MW yang siap pada Disember lepas, Fasa 2 menjana 1.22MW yang siap pada Januari dan Fasa 3 yang menjana  2.48MW siap pada Februari.



Kami diberi penerangan mengenai cara pengendalian Solar Farm ini dan juga jumlah pendapatan mereka setiap tahun dan bila ia dapat merialisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka. Kami diberitahu bahawa Solar Farm ini menjana 5MW iaitu dengan FiT Rate (RM/kWh) 0.9016 dan 0.9016.


Ini adalah gambar Transfomer untuk PV Solar Ini. 


Mereka berdua adalah juruteknik yang bertanggungjawab untuk memastikan semua PV Solar berada di dalam keadaaan baik. disamping itu, semua operasi PV Solar dipantau menggunakan Sistem Khas dimana dapat mengesan jika ada PV Solar yang bermasalah. PV Solar ini dikendalikan hanya dengan beberapa orang staf sahaja termasuk jurutera.

Setelah 21 tahun Solar Farm ini beroperasi, keuntungan yang diperolehi oleh Kumpulan Melaka Berhad adalah sebanyak RM73 Million. Wah, banyak sungguh keuntungan daripada operasi ini. Jika semua negeri membina Solar Farm seperti Kumpulan Melaka Berhad ini, pastinya Bumi Malaysia akan menjadi lebih hijau disamping dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang sedia ada. Pastinya, kepada sesiapa yang memasang PV Solar ini, maka keuntungan dalam jangka masa panjang pasti lumayan.

SEDA memainkan peranan penting di dalam mengusaha menjayakan hasrat ini. Dengan sokongan daripada Individu, Perindustrian dan  juga kerajaan negeri, maka kehidupan generasi yang akan datang pastinya lebih selesa dengan keadaan alam sekitar yang terjaga. Apabila tenaga sedia ada sudah tiada, Kerajaan Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi situasi ini. Kesedaran kita amatlah penting bagi menyokong perkara ini dengan menyumbang dana bagi Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) melalui potongan 1.6% yang dikenakan kepada kita pengguna tenaga elektrik TNC - tidak lebih RM77 atau 300k atau Pengguna SESB - tidak melebihi RM69 atau 300Kwh.

















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...