Monday, January 20, 2014

Lawatan Blogger Ke Cooltek House

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Harap semuanya sehat hendaknya disamping keluarga yang tersayang. Amin. Untuk entry kali ini, saya nak bercerita pengalaman yang sangat-sangat berguna kepada kita bagi memelihara bumi Allah ini. Alhamdulillah, SEDA sepertimana yang aku ceritakan dalam entry yang lepas [click here] memberi peluang kepada Mr. Secretary menyertai SEDA dalam lawatan Media dan Blogger ke bangunan-bangunan yang memanfaatkan tenaga daripada Sinaran Matahari.

Wah ayat aku.... RASMI ok. hahaha. Seawal sesudah subuh aku bergerak ke KL Sentral menaiki train sebab kami para blogger dan media diarahkan berkumpul di sana untuk menaiki bus ke destinasi lawatan. Lawatan kami bertajuk World Solar Valley Tour Media and Blogger iaitu menuju ke 3 tempat yang berasingan di dalam negeri Melaka. Wah, agak jauh sebenarnya perjalanan kami. Tempat-tempat tersebut adalah tempat dimana penggunaan PV Solar bagi menjana elektrik diaplikasikan.

Lawatan pertama kami adalah di Cooltek House yang dimiliki oleh Stephanie Mary Bacon iaitu berasal dari Germany. Beliau ramah tamah dan cool seperti nama yang diberi kepada kediamannya. Cooltek House telah direka bentuk untuk menggunakan penghawa dingin berterusan dan Bangunan yang tertutup. ia mencegah kehilangan udara berhawa dingin ke luar. Rumah ini dibina begitu sistematik dan sangat mesra alam.


Pemilik rumah Cooltek iaitu Pn. Stephanie Mary Bacon. Layanan yang diberikan sangat mesra.


Ini adalah hiasan dalaman rumahnya. Sangat Simple seperti rumah-rumah Inggeris. Gambar diatas adalah Mendiang suaminya yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. rumah ini sebenarnya direka dan dicipta oleh mereka berdua.

Rumah ini boleh dikatakan rumah yang begitu mesra pengguna dan sangat brilliant. Gambar diatas sekali adalah lubang saluran habuk yang disambung daripada vacuum. dan dua gambar dikanan adalah gambar penyerap haba yang dijana daripada peralatan elektrik. 

Ini adalah pemandangan dari luar dan dalam rumah beliau. Rekabentuk rumah ini seperti rumah Inggeris di negara asalnya. Jika kita lihat, tingkap rumah ini adalah tetap dan tidak boleh dibuka. Tingkap ini direka untuk menghalang penyerapan haba dari luar rumah. Rumah-rumah di barat menggunakan tingkap jenis ini juga adalah untuk menghalang kesejukan dari luar masuk ke dalam semasa musim sejuk.

Beliau memberikan penerangan dengan begitu jelas dan detail. Banyak benda baru mengenai Sistem PV Solar ini yang kami dapat. Setiap alatan mesra alam yang digunakan di dalam rumahnya diberi penerangan. Sebenarnya, beliau mempunyai kepakaran yang mendalam dalam perkara ini.

Media dari seluruh negara telah tertarik dengan pasangan yang membina rumah ini. Bukan sekadar surat khabar, malah majalah dari dalam dan luar negara juga tertarik dengan binaan rumah ini.

Berbalik kepada lawatan ini, tujuannya adalah untuk memberi penerangan yang jelas dengan Cooltek House dijadikan sebagai contoh kepada Renewable Energy yang dipasang oleh individu di kediaman mereka. PV Solar di rumah beliau dipasang pada Total Installed Capacity ialah 4.8kw dan net export capacity juga adalah jumlah kwh yang sama. 

Beliau melabur hampir RM50 ribu untuk pemasangan ini kerana bagi setiap PV Solar berkapasiti 1Kilowatt  ialah bersamaan hampir RM10 ribu. Jumlah elektrik yang dijana oleh PV solar ialah hampir RM700 sebulan.  Dalam kurang 10 tahun, pendapatan beliau akan melebihi modal yang dilaburkan untuk pemasangan PV Solar ini. Menarik kan?




Ini ialah lokasi dimana temat PV Solar dipasang oleh beliau. Kecondongan bumbung juga adalah minima iaitu dalam 15 darjah kecondongan. Ini adalah untuk memastikan PV Solar yang dipasang di atas bumbung mendapat tahap tenaga yang masima. Cahaya matahari akan ditukarkan menjadi tenaga Elektrik.


Ini adalah rekabentuk rumah dan dimana arah cahaya matahari diterima. Seperti di dalam gambar ini, tingkap seperti di atas tadi dibina supaya tidak bertentangan cahaya matahari bagi mengelakkan penerimaan cahaya yang berlebihan masuk ke rumah. pembinaannya sangat sistematik.

Banyak faedahnya dengan pemasangan PV Solar di rumah. ini adalah kerana kita boleh membantu dalam pengurangan pemanasan global di samping menjana pendapat. Rakyat Germen pun menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk sama-sama membantu dalam mengurangkan pemanasan global. Inikan kita sebagai rakyat Malaysia kan. Untuk pengetahuan, Charge 1.6% dikenakan bagi pengguna elektrik yang bil. mereka melebihi RM77.00 ringgit adalah untuk membayar kepada mereka yang menjana elektrik dan diberi semula kepada TNB yang diuruskan SEDA.

SEDA ditubuhkan adalah untuk menggalakkan dan menjadi tempat rujukan kepada rakyat Malaysia berkenaan Tenaga Boleh Diperbaharui seperti Solar, Biomass, Biogass dan Hidro Kecil disamping menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai hasrat kerajaan untuk menjadi Negara yang mesra alam.

Untuk individu di Malaysia, Solar adalah yang paling sesuai kerana negara Malaysia terletak hampir dengan garisan khatulistiwa. Jadi, daripada membazirkan cahaya tersebut, baik kita installkan PV Solar di atas bumbung rumah. Barulah bermanfaat. Yetak? :)

Baiklah, cukup dulu setakat entry mengenai lawatan World Solar Valley Tour Media and Blogger. Insyaallah, Entry seterusnya aku akan bercerita mengenai tempat kedua dalam lawatan kami. Babai.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...