Tuesday, January 28, 2014

Lawatan Blogger ke AUO Sunpower Sdn Bhd

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog Mr. Secretary. Diharap sehat-sehat belaka ye. Untuk entry kali nie, aku nak bercerita pula part kedua dalam lawatan Melaka World Solar Valley Tour Media and Blogger pada sabtu lepas yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.  Wah, siap ada part kan? sudah semestinya lawatan nie sangat panjang ceritanya sebab pengalaman yang aku dapat dalam lawatan ini sangat bermanfaat dikongsi kepada anda semua.

Pada entry yang lepas [click here] aku telah menceritakan bagaimana sebuah rumah yang dikenali sebagai cooltek house yang dimiliki oleh Stephanie Mary Bacon yang berasal dari Germany. Seterusnya, destinasi kedua lawatan kami pada hari tersebut ialah AUO Sunpower Sdn. Bhd. yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Selepas selesai lawatan di Cooltek House dan makan tengahari. Kami menuju ke AUO Sunpower Sdn. Bhd.


Baiklah. Serba sedikit berkenaan AUO Sunpower Sdn. Bhd. Tak kenal maka tak cinta kan. hihihihi Ia telah ditubuhkan pada September 2001 oleh gabungan Acer Display Technology, Inc., dan Unipac Optoeletronics Corporation. Pada Oktober 2006, AUO bergabung pula dengan Quanta Display Inc untuk mewujudkan pengeluar TFT-LCD yang lebih besar dengan lebih daripada 17% daripada bersaiz besar di pasaran dunia.


Pada lawatan ini, kami dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana rupanya PV Solar dan komponen-komponen yang digunapakai. Sebagai Syarikat yang mengeluarkan produk PV Solar bertaraf antarabangsa, AUO telah mengaplikasikan penggunaan PV Solar di pejabat dan bumbung ruangan letak kenderaan pekerja mereka sebagai contoh penggunaan PV Solar di bangunan-bangunan perindustrian dan komersial.


 Di dalam lawatan ini, kami diberi penerangan yang terperinci berkenaan fungsi PV Solar dan juga bagaimana PV Solar yang mereka keluarkan menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari. Di pejabat utama AUO Sunpower Sdn. Bhd. mereka menggunakan elektrik yang dijana sendiri oleh mereka menggunakan PV Solar dimana diletakkan di atas bangunan pejabat mereka. Manakala di pejabat operasi iaitu di kilang, mereka menggunakan tenaga PV solar yang diletakkan di atas parking kereta pekerja mereka. AUO Sunpower Sdn. Bhd. tidak menggunakan tenaga elektrik yang dijana untuk operasi kilang kerana jumlah pengunaan elektrik untuk operasi tidak mampu ditampung oleh tenaga yang dijana.


Walau bagaimanapun, penggunaan elektrik di AUO Sunpower Sdn. Bhd dapat dijimatkan dengan adanya PV Solar yang mereka install di bangunan mereka. Dibawah adalah gambar Solar Cell Product yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Baiklah, untuk masuk ke kawasan AUO Sunpower, kami memerlukan Visitor kad. Yelah, kemana sahaja bila dinamakan kawasan persendirian, mestilah memerlukan kad visitor kan.


Inilah dia PV Solar yang aku ceritakan tadi. di sini, aku sempat menyentuh dan bergambar PV Solar. itulah rupa hadapan dan belakang PV solar yang belum dipasang di atas bumbung. Mahal tau harganya. Nak pegang pun takut-takut sebenarnya. Hahahah. 

AUO Sunpower Sdn. Bhd. adalah contoh yang terbaik untuk pemasangan PV Solar dibangunan komersial ataupun kilang. Disamping ia dapat menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan kilang, ia juga boleh menjana pendapatan kepada sesiapa yang memasangnya disamping dapat memelihara Alam yang kian tua ini.

Biasalah, kita sedia maklum bahawa industri perindustrian sangat memerlukan tenaga yang tinggi bagi menjalankan operasi mereka. Ada yang sampai 24 tanpa henti. Bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang digunakan.

Sekarang nie, baru lah saya sedar betapa pentingnya Surcaj 1.6% yang dikenakan kepada pengguna elektiktrik yang melebihi RM77.00 sebulan untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Kita semua sedia maklum bahawa Individu dan juga syarikat boleh memasang PV Solar bagi menyokong hasrat SEDA khususnya dan kerajaan amnya bagi memelihara Alam sekitar. Jika semua mengaplikasikan perkara ini di bangunan mereka, maka tidak mustahil jika hasrat kerajaan mengenai perkara ini dapat dipenuhi dengan jayanya dan negara kita menjadi negara contoh kepada negara-negara yang lain. Insyaallah.

Terima kasih SEDA kerana memberi peluang untuk saya menimba ilmu dan menambah pengetahuan mengenai PV Solar. Terima kasih..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...