Tuesday, January 21, 2014

ISES 2014

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. diharap semua sehat sesihatnya. Untuk entry kali nie, saya nak wawarkan kepada anda semua mengenai persidangan yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia bertajuk The International Sustainable Energy Summit 2014 atau ringkasannya ISES 2014.


Seperti yang kita dapat lihat di dalam poster di atas, persidangan ini akan diadakan pada 18 dan 19 Mac 2014 bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa. Ia adalah kali kedua dianjurkan oleh SEDA dan bertujuan untuk berkongsi amalan baik disamping membantu industri tempatan dan juga luar negara mengenal pasti acara-cara yang sesuai bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan teknologi mengenai Tenaga Boleh Baharu kepada rakyat Malaysia.


ISES 2014 juga akan menjadi platform terbaik bagi pengguna dan pemilik industri Tenaga Boleh Baharu di Malaysia untuk bertemu, berkongsi, berbincang serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam isu-isu berkaitan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia. Topik utama bagi persidangan ini ialah,
  1. International Case Studies on Sustainable Energy Policies
  2. Financing Sustainable Energy Project
  3. Sustainable Energy Technologies
  4. Renewable Resources
  5. Energy Efficiency
Wah, menarik juga isu-isu dalam persidangan ni kan. kepada yang berminat, sila [click here] untuk pendaftaran. Untuk makluman, terdapat ramai barisan penal yang terkenal daripada pelbagai negara dan salah seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia iaitu Datuk Loo Took Gee.


Bagi sebarang pertanyaan, anda semua boleh menghubungi :

ISES 2014 Secretariat
Sustainable Energy Development Authority Malaysia
Galeria PjH
Level 9, Jalan P4W
Persiaran Perdana Presint 4
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : +603 88705835 / 010 2582885
Faks : +603 88705900
Email : ises@seda.gov.my / hazel.ises@gmail.com / ises14.seda@gmail.com

Banyak info-info yang bermanfaat boleh diperolehi daripada persidangan ini. Jadi daftarlah sekarang sementara masih dibuka. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...