Monday, July 29, 2013

Contoh Surat Lawatan Kerja

Assalamualaikum kawan-kawan. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjukkan contoh surat Mengadakan Lawatan Kerja.  Harap ia dapat membantu kawan-kawan terutamanya yang minta contoh kepada saya tempoh hari. Saya bukannya pandai sangat buat surat, insyallah, saya tolong mana yang boleh. Nanti, mengedit bagi cantik la ye. :) Selamat berposa. Tak sabar nak beraya nie. hikhikhik

(letter head)

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.
Ketua Menteri Melaka
Pejabat Ketua Menteri
Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450, Melaka                                                                                             1 Ogos 2013

YAB Datuk,

LAWATAN KERJA KE PEJABAT MENTERI MELAKA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Nuraizuddin.com akan mengadakan Lawatan Kerja Ke Pejabat Menteri Melaka seperti butiran berikut:

Tarikh              :          1 November 2013
            Masa                :          10.00 pagi 
            Tempat            :           Pejabat Menteri Melaka

Wednesday, July 24, 2013

Kasih Seorang Abah, Kasih Seorang Suami

Assalamualaikum...

Wah, dah 15 puasa dah hari nie. Pejam celik, pejam celik, separuh ramadhan dan berlalu. Tapi, amal yang kita lakukan, hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu. sama-samalah kita renungkan sejenak adakah kita sudah berpuas hati dengan amal kita? ataupun perlu dilipat gandakan. tepuk dada, tanyalah selera.

Ok, dalam ramadhan nie, aku dapat semangat untuk update blog lebih dari biasa. Wah, semangat kau.. kalau tak percaya, ce tengok kat status update blog aku, bulan nie, dah 3 kali aku update. Kalau sebelum nie, paling tinggi pun 2 post sahaja yang boleh dibanggakan. Kalau malas, sepost sepost bahasa ja aku post new entry kan. Ye dak? untung la jugak, musim musim perayaan nie aku cuti semester. So, hilang beban sebagai seorang student untuk seketika. Yeyyy.. *bulan sembilan, nahas kau. Masuk sem baru. 

berbalik pada tajuk entry nie, hampa semua perasan tak yang sejak dua menjak nie, aku rajin dok update pasal kerenah abah aku. Bagi siapa yang follow instagram aku, dia tahu lah aktiviti aku yang beria-ria update gambar sambil caption yang panjang berjela. Siap aku kena sound ngan member ofis lagi, "nasib baik aku nak tau benda apa dalam gambar tu, kalau tak, haram aku nak baca" wahahahha. Biasalah bro, aku nie kalau bercerita, benda boleh habis dalam masa 5 minit, aku gorengkan sampai dekat sejam. Sama jugaklah menaip ni haa... Mr. Secretary katakan. Dok menaip sampai muntah kat pejabat tu. herm.. 

Jap..jap.. sebagai sulingan, bila aku dah cerita bab goreng menggoreng nie kan, dalam last paper untuk final exam semester lepas, aku memang tak well dalam subjek tu. Apa yang dibelajar entah. Cuma, aku mentelaah bagai orang gila menghafal sorang-sorang dalam masa 2 hari. Sampai officemate aku kena paksa dengar aku bercerita apa yang aku hafal. Kahkahkah. Sory na, bukan apa, that is the way how to study last minutes. Dalam menjawab kertas soalan, aku punya goreng, sampai tergoreng ke subjek lain. Can you imagine that dari Consumer Behavior in Sport ke Physiology of Sport. Weh, jauh beza tu kedua-dua subjet nie. Bagaikan Pantai dan Muara... *ala-ala muara hati by Dato CT Nuhaliza gitueww..

Kisah abah menjadi Chef

Weekend yang lepas, macam biasa, aku tumpang member aku balik ke taiping, bukan malas nak drive, tapi memandangkan kereta aku dah tua, masa perjalanan pun akan seperti kura2. Bila da tumpang kereta member yg pastinya bukan kereta tua, kemungkinan nak bebuka di rumah tu agak tinggi. 

Sesampai aku dibrumah, aku pun memberi salam dengan excited. Kelihatan abah sedang melipat baju dan kain2 batik mak yang baru diangkat dari ampaian sementara menunggu azan berkumandang di tv. Abah pun jawan. "Wslm lat". Tanpa membuang masa yang ada. Aku letakkan beg depan pintu dan menerpa ke bilik. Di cium pipi mak.. dahi mak.. "adik balik?" Soal mak lemah. Sambil senyum, aku meluru ke dapur siap apa yg patut untuk bebuka. Baki tinggal 5 minit lagi. 

Aku pun hidang la air and errr....er....errrrr..... abah!!!!!!!!!!!!! Apa benda ni abah.... pelik , huduh rupanya.... apa yg abah masak nie.... haa... abah ku jawab "resepi terbaru... special untuk hang hari ni"nak tau sedap ke dak, rasa masa bebuka nanti...lalalala" ok fine. Abah aku nak berahsia la pulak.. nak dikatakan tempe, bukan.. murtabak, bukan.. roti canai, jauh sekali..m hentam saja la labu..... 

Allahuakbar allahhuakbar,,, yeyyy da azan.. aku melahap air dulu dan disusuli kuih aeperti di dalam gambar nie... lepas tu, aku gelak macam jin ahmad albab... kahlahkahkah... abah, ni cucoq kan? Segala mak neka suma ada ni.. hot dog la, ikan bilis ka, taugeh la... abah campoq aemua kan.. awat rupa dia lagu ni abah??? Dengan sluber abah aku menjawab... "aku lempaq ja semua dalam kuali... malas nak jemput2.. sedap kan?kan? Kan???" Herm, dasar lelaki buat kerja.. (~,~)


Kisah Abah Takutkan Anaknya
Kekretifan abah kesayangan aku teserlah.. abah aku berjaya buat hantu ppcong di sebelah rumah aku. Bukan nak takutkan pencuri... bukan nak takutkan jiran... tapi nak takutkan anak bongsu dia ni. Yang suka merayau menjadi kuturayau di lewat-lewat malam. Abah bukannya takut anaknya bercampir dengan orang2 yang liar dan ketidak ketauanhala di luar sana.. sebab abah kenai semua kawan2 aku.. tetapi alasan yang kukuh membuatkan dia tergerak hati untuk buat pocong untuk aku ialah......... dia malas nak buka pintu memalam bila aku ketuk nak masuk rumah... abah.. abah.. dari aku kecik, sampai dah penuh berbulu, dia still layan aku macam aku pakai pampers lagi. Hahahhahaa. Btw, lat sayang abah.


Itulah abah. Kasihnya sekarang kepada anak-anak dicurahkan sepenuhnya walaupun semuanya dah berkeluarga. Kecuali aku na.. Apatah lagi kepada isterinya yang tercinta. Sebenarnya, aku sendiri tak menyangka abah aku akan berubah sedemikian rupa selepas mak ditimpa kemalangan. Dulunya dia panas baran, cepat naik angin dan sebagainya, menyebabkan anak-anak sendiri takut mendekatinya. Termasuk aku.

Selepas peristiwa tersebut, kami adik beradik buntu memikirkan siapa yang akan menjaga mak aku dengan baik. Kerana abang-abang masing-masing mempunyai keluarga. Aku pulak, masih menuntuk ilmu di IPT. Dengan kuasa Allah, dipemudahkan segalanya. Selepas dua bulan, mak dibenarkan keluar wad. Tetapi, mak tidak dapat berjalan akibat kecederaan serius di langgar lori. Abah mengambil keputusan untuk menjaga mak aku seorang diri di kampung. Ya, memang tinggal mereka berdua sebelum nie. Anak-anak masing-masing dah berhijrah ke bandar. 

Allah maha esa, Abah menjaga mak dengan baik. hinggakan tiada siapa menyangka abah akan berubah begitu rupa. Sedangkan jiran juga terkejut. Segala kerja mak diambil alih tugasnya. Membasuh, memasak, mengemas dan macam-macam lagi. Mak aku yang tak mampu berdikari dijaga rapi abah. Dimandikan mak, Disuapkan mak, Dipotong kuku mak,. Sukar menjumpai suami bekorban sebegitu rupa. Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu menjadi suami yang terbaik kelak..

Abah mampu menjaga mak seorang diri. Tapi, sekarang umur abah dah mencecah 61 tahun. Biasalah, bila dah berumur nie, macam penyakit datang. sakit sendi, sakit urat, macam-macam lagi lah. Bahkan dia sebenarnya ada masalah jantung sejak tahun 1998. Walaupun macam tu, abah tetap menjaga mak dengan baik. Abah adalah suami dan bapa terbaik di dunia

Aku teringat satu dialog semasa abah menukar lampin pakai buang mak, "Haiihs, bila la baby nie nak besaq. bila la baby nie boleh berjalan." mak aku memandang sayuBagi aku inilah dialog paling romantik, puitis yang pernah aku dengar. lebih romantik dari dialog di dalam drama setia hujung nyawa. 

Tujuan aku share cerita nie bukanlah mahu simpati ataupun apa-apa, cuma mahu jadikan iktibar kepada kawan-kawan semua. Allah maha besar, Allah dah merancang segalanya. Manusia boleh berubah dengan sekelip mata tanpa diduga.. Dengan izin Allah.








Friday, July 19, 2013

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Bowling

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan. Amacam puasa? harap semua ok na. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjuk sikit Contoh Kertas Kerja Pertandingan Bowling. ahaha. lately nie Mr. Secretary asyik dok cerita dia pandai masak ja kan. Cis~Yelah, orang dah terra masak katakan. Ok, lepas raya nanti, mesti ramai nak buat pertandingan bowling di jabatan or company kan? macam di jabatan aku jugak lew... ihihihi. Ok, harap, kertas kerja pertandingan blowling nie dapat membantu na. Check this out..



Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadan. Mak n Abah aku dapat Tukang Masak

Assalamualaikum.

Apa khabaq kawan2.. harap semua sehat hendaknya. Alhamdulillah, hari nie dah 8 hari kita berpuasa. bermaksud, dah 8 hari kita berjaya menahan lapar dan dahaga di siang hari. Dan puasa ke lapan nie lah baru pintu hati aku terbuka untuk mengupdate blog. Kalau tidak, dok buzy kemain baca blog-blog orang lain sampaikan blog sendiri bersawang. 

Alhamdulillah, puasa kali nie aku rasa lebih ngam sikit. Sebab aku dah pandai masak. yeyyy. So, aku jadi chef la kat rumah sewa aku nie. yang paling baru, aku berjaya masak Spegetti yang bermutu tinggi lagi lazat. Wah, bunyi pun dan kebabom.. rasanya, boleh la. Jangan nak bandingkan spegetti aku dengan spegetti di Hotel 5 star ok. Sebab sah-sah spegetti aku 10 henggit ja bahan-bahanya. So, terhad la kan. Bak kata housemate aku, Boleh la. no Bad jugak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...