Monday, February 25, 2013

Sambal Belacan Pucuk Ubi Kayu yang x jadi

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan. harap semua sehat hendaknya la na. dalam entry nie, aku bukannya nak berkongsi menu resepi sambal belacan pucuk ubi kayu nie. Tapi, cerita sikit pengalaman pertama aku buat sambal belacan n  rebus pucuk ubi kayu. Seperti minggu-minggu lepas, aku balik ke Taiping untuk bersama keluarga tersayang. 


Dalam jam 11 pagi lebih kurang, seperti kebiasaannya mak aku akan tanya juadah apa yang ada untuk dimakan tengah hari walaupun dia hanya menjamah dua, tiga suap. Biasalah, kerja abah aku, masak nasi n beli lauk pauk di kedai. Katanya, mudah dan tidak membazir. Sebab kalau masak, selalunya tak akan habis n akhirnya, basi dan dibuang.

Kali nie, mak aku pulak bersuara. request nak makan pucuk ubi kayu n dicicah sambal belacan. Huh, garu kepala abah aku. X apa, meh aku yang cari pucuk ubi kayu yang ada di belakang rumah n meh aku sendiri yang tumbuk sambal belacan. Aku sendiri yagn offer diri nak buat semua tu. Untuk pengetahuan korang, itulah kali pertama aku nak rebus pucuk ubi kayu n tumbuk sambal belacan. Tapi, kenalah mak aku guide n bagi resepinya. berlari kedepan, kedapur aku dibuatnya tahu. hahaha.

Sejam jugak lah baru siap semuanya. Yang penting, memang mata aku pedih sebab cilinya terpercik ke mata. lagi pulak, aku kesat pulak dengan tangan. Memang A+ la jawabnya. lol. Tapi, demi memenuhi kehendak mak, seronok rasanya menyelerakkan dapur rumah. Rasa nak try buat gulai tempoyak pulak. hahaha. Kompom jadi "Gulai X Ketahuan Hala". resepi baru tu.

Bila dihidang, pelik pulak rasa sambal belacannya. Serius lain. X rasa macam kat kedai, n jauh sekali rasa macam mak aku buat. Aku pun tak tau rasa apa sebenarnya. Belacan terlebih kot? entah. yang penting, mak aku kata sedap.... *nak jaga hati anak bongsu dia lettew. hahaha. Pucuk ubinya pulak boleh dimakan daunnya sahaja. Sebab x empuk habis aku rebus. Huh~ jadi lah untuk 1st time kan. Nanti boleh la try lagi. lalalala

Thursday, February 21, 2013

Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa Pelajar Separuh Masa

Assalamualaikum.

Bagi pelajar-pelajar IPT, mesti ramai yang telah menerima Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa  termasuklah aku sendiri. Beria aku ke UITM Shah Alam untuk membuat tuntuan. untuk makluman ada, pelajar separuh masa juga layak untuk menerima Baucer buku nie and anda automatiknya tidak layak untuk BR1M. ihihih. Alhamdulillah, pelajar separuh masa juga mendapat kebaikan macam pelajar sepenuh masa. Orang menghulur, kita menerima. Orang memberi, kita merasa. Tak gitew.

Sebelum berbelanja membeli buku, aku pun usya-usya la forum-forum yang ada membincangkan tentang kebaikan / keburukan Baucer Buku 1 Malaysia dan Kad Diskaun Siswa. Macam biasalah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada yang berpuas hati dengan cenderahati dari kerajaan nie, dan ada juga tidak. Seronok juga bila membaca perbalahan manusia-manusia di internet nie. macam-macam hujah dikeluarkan.

Sunday, February 17, 2013

Terpengaruh Laman Sosial Baru

Assalamualaikum.

Selamat pagi, selamat hari minggu. selamat selamanya kepada kawan-kawan semua. untuk entry kali nie, jom kita bercakap mengenai TERPENGARUH. haaaa, bila kita sembang mengenai tepengaruh nie, mesti ada yang membayangkan rakan sebaya yang terpengaruh dengan gejala x elok, terpengaruh dengan hasutan syaitan lah, dan banyak lagi.



Actually, terpengaruh yang nak dibicarakan hari nie bukanlah terpengaruh dengan semua benda tu. Tetapi, terpengaruh dengan Laman Sosial. biasalah, bila semua orang ada facebook, mesti kita nak buat facebook, bila semua orang ada twitter, kita gedik nak bertwitter jugak. Nie sekarang, bila semua orang dok Instagram gambaq-gambaq, aku sendiri pun tergedik nak berinstagram. Walaupun memang xtau apa kebaikannya yang good-good. sebab itu dinamakan terpengaruh. Orang layan, Hang pun layan.

Disebabkan aku selalu kena troll dengan housemate n officemate sebab menjadi Blackberry User yang setia, aku dah mula stress. ahahah. kononnya, tiada lagi orang guna fon yang ada keypad. apabila dicerca pada tahun 2013, aku mula angkat dada dengan bangga mengatakan BB pun ada yang touchscreen sepenuhnya. klu tak percaya please google BB10. kan.

Tapi, bila dibaca spec2 yang diberi, ego aku mengalah dan jatuh tersungkur di medan sosial. BB10 tiada Instagram. Sebab instagram hanya untuk fon Android kalau tak silap. Huh, buat penat ja selama nie aku tunggu. So, tanpa membuang masa, aku pun mengorak langkah ke kedai telefon dan officially bergelar sebagai SAMSUNG USER. Kbai.


Don't forget to follow my Instagram. TEKAN SINI

Sunday, February 10, 2013

Pencukur Elektronik berbulu

Assalamualaikum.

"Di laman sesawang pun ada sawang. yalah, kalau blog dah lama tak update, memang bersawang dan beranai-anai la jawabnya. and sejak dua menjak nie, bila blog tak di update, beribu-ribu spamming masuk. Huh"  

masuk-masuk blog, terus bermonolog. biasalah, penyakit malas update datang lagi. Disamping buzy dek kerja n pelajaran. Cewah, poyo je ayat kan. ok, berbalik pada tajuk entry hari nie, saja ja nak gosip-gosip dengan hampa semua pasal pencukur electronik. Memang mudah untuk guna benda alah tu and sangat membantu untuk kita (laki-laki) yang digelar manusia berbulu macam aku nie.

Minggu lepas, terbuka hati aku untuk p cari benda alah tu. Kononnya dah fedap nak pakai pencukur pakai buang tu. menambahkan sisa buangan pepejal kat dunia nie. lagi pun, agak renyah bila guna. So, disamping aku p shopping barang-barang dapur, berialah aku mencari pencukur electronik tu. Tapi, sangat hampeh and terinaya ketika tu. Sebab, bila aku ambil salah satu kotak n buka untuk dibelek-belek, ada bulu-bulu melekat di celah-celah mata pencukur dia. Mak aih! pesyen nie pun ada.

Then, aku buka kotak yang lain, Mungkin ada orang tukar ambil yang baru.and ada juga bulu melekat di mata pisau yang lain. Siap ada bulu yang beruban. Serius kotor. Aku tak rasa customer yang try benda tu. sebab, memang kena charge sebelum diguna. Huh, so, siapa lagi la yang guna kan. siapa la yang bijak sangat tu kan. (=_=")



Diharap pihak tertentu dapat menjaga kepuasan hati pelanggan dan jangan jual barang-barang secondhand.   hahaha. Dan kita sebagai pengguna perlu berhati-hati bila membeli. Korang bayangkan kalau aku tak buka kotak tu and terus beli. 2,3 kali jugak pikir sebelum guna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...