Friday, December 13, 2013

Kumpulan Saya Juara Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di TV5

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. harap sehat hendaknya. Ya, ku akui yang bulan disember nie agak sibuk dengan kehidupan seharian. Kerja, Kelas, Bersukan, Aktiviti luar, Balik kampung, berblog... arghhh! banyak rupanya yang aku lakukan dalam masa yang sama. Ini yang terlintas dalam kepala masa menaip nie. yang tak terlintas, tak ditaip lagi. Ce bayang

Ok, ada satu aktiviti menarik yang aku nak share ngan korang semua. Semalam, telah berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif peringkat universiti. Nama kumpulan aku ialah SUPERB. Meletop nama. Haa, kami mulakan penyelidikan untuk projek ni dari bulan Mac hinggalah terhasilnya produk dan dibentangkan pada semalam di Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif tersebut. Hampir 9 bulan uolss.

Pada mulanya kumpulan kami semuanya ahli2 baru. Memang blur nak buat projek. nak pikir projek. memang bergaduh mulut lah sesama sendiri dok menolak menerima idea2 dan pandangan. Herm, tetapi, itulah kemanisan yang diperolehi kerana di situ terjalinnya persahabatan dan juga kerjasama kerana kami semua di berlainan unit.

Banyak kenangan pahit dan manis kami. Kadang-kadang pernah rasa down dah give up sebab banyak kekangan-kekangan yang kami hadapi. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya hingga ke garisan penamat. Itu sudah membanggakan Jabatan kami. Walaupun rezeki tidak menyebelahi kami, Tetapi kami berpuas hati kerana kami berjaya membuat persembahan yang baik semasa konvensyen tersebut. Alhamdulillah. Bagi aku, semua yang berjaya menamatkan projek masing-masing, adalah juara kau!


Gambar Sebelum Persembahan. Senyum lebar cover nervous. hahaha



Biasalah. Aku kalau bab2 menjadi pengacara nie, memang laju. Haaaa. Ada gaya tak? hok oloorhh





Inilah Gambar semasa persembahan kami. Dok bersantai dengan bergaya kan.



Ini lah dia seorang bernama ABUL. Dia nie power bab2 IT. memang suka camwhore kami nie.




Abang Long. Dia dapat tempat Kedua. Tahniah na. Balik rumah, jangan nak membahan aku sebab kalah pulak. hahahha.


Kami membuat projek mengenai masalah pengemaskinian buku rawatan staf universiti. Kami berjaya membuat penambahbaikan dengan membuat sistem online dan buku rawatan tak perlu digunakan lagi. Hebat kan. Haa, so, memang paper less la. Tak payah p ke klinik panel bawak buku rawatan gitueww.

Aktiviti macam nie sangat menyeronokkan. Sebab kita berfikir dan mengerah otak untuk berfikir. Yelah, selama ini otak asyik bertepu je kan. Tak digunakan. kan.. barulah kita boleh berinovatif dan kreatif. Baru PM sayang. Muah muah muah flying kiss.

Sebenarnya, semasa kami membuat persembahan, kami membuat situasi seperti di dalam rancangan TV. So, kami namakan rancangan Bual Bicara Inovasi yang dihoskan oleh aku sendiri di TV 5. Eh, ada ke TV 5? haa, itu yang kami berani petik tu sebab tak da lagi nama stesen tv 5. Kumpulan SUPERB ni telah berjaya menjadi johan KIK peringkat IPTA dan rancangan bual bicara inovasi ini menjemput kumpulan SUPERB untuk berkongsi kejayaan. Feeling juara sangat kan. huhuhu

Cukup dulu untuk entry nie na. Sambung nanti. Kbai..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...