Friday, December 6, 2013

Kenapa Melaksanakan Inisiatif Tenaga Boleh Baharu

Assalamualaikum

Apa khabar semua kawan-kawan. Diharap sehat hendaknya ya. Bulan Disember nie, aku macam bersemangat nak update mengenai Tenaga boleh baharu. Mungkin sebab tahap kepekaan aku terhadap alam sekitar kot. Haaa, nampak tak tanggungjawab sebagai seorang Malaysian yang sayangkan negara. Ok, agak skema bahasa aku kali ni. Abaikan~

Sebenarnya Malaysia kaya dengan sumber asli bahan api fosil dan bergantung kepada sumber-sumber tersebut untuk menjana tenaga. Walau bagaimanapun, sumber bahan api fosil di negara ini semakin berkurangan dari masa ke semasa. Gas asli hanya tinggal untuk tempoh 20 tahun sahaja dan sekarang Malaysia dah mengimport arang batu tahu.



Ok, ini ilmiah sikit. Menurut kajian oleh Vermont Law School, Institute for Energy & The Environment, USA (2012 ), Malaysia berada di kedudukan teratas dikalangan 118 negara dari segi peningkatan jaminan tenaga dari tahun 1990-2010 . Faktor-faktor utama yang mendorong Malaysia mencapai kedudukan ini ialah kelulusan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Negara oleh Kabinet pada April 2010 dan komitmen Kerajaan kearah pelaksanaan tarif galakan di negara nie. Walaupun ia merupakan pencapaian yang baik, usaha berterusan kena dibuat bagi memastikan peningkatan jaminan tenaga yang berterusan. 

Macam dalam entry aku sebelum ni, peningkatan caj kutipan sebanyak 0.6% yang dikenakan ke atas bil elektrik bagi kutipan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) merupakan salah satu daripada langkah yang diambil bagi mencapai jaminan tenaga tersebut. Ha, sekarang dah clear dah kan? ihihihi

Selaras dengan tema belanjawan 2014 dalam mencapai ekonomi yang berdaya tahan dan pengurangan kebergantungan terhadap bahan api yang kita import merupakan salah satu daripada langkah untuk mencapai
autonomi tenaga dan bebas daripada ketidaktentuan harga tenaga dunia. Ini bukan aku cakap ok, tapi mendiang Dr. Hermann Scheer.


Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang adalah amat penting bagi negara kita tau. Peningkatan penggunaan sumber boleh baharu menyumbangkan kepada autonomi tenaga dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan .

Saintis telah mengenal pasti kaitan antara pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dengan perubahan iklim. Perubahan iklim menyebabkan fenomena alam sekitar yang lebih extreme.Sejak kebelakangan ni, perubahan iklim banyak menyebabkan bencana alam seperti taufan haiyan yang menbadai filiphina. Kita boleh lihat juga dalam negara kita sendiri. Pahang dilanda banjir besar. Sedih bila tengok rumah-rumah saudara kita tinggal bumbung ja. yang lain semuanya tenggelam. Mari kita doakan mereka.


Oleh itu, Perdana Menteri telah menyatakan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG sebanyak 40% berbanding Indeks KDNK menjelang tahun 2020 di sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada bulan Disember 2009. Memahami risiko perubahan iklim dan kesannya terhadap kehidupan rakyat, Perdana Menteri telah menyatakan pendirian jelas bahawa Malaysia akan menjadi sebahagian daripada negara yang berusaha untuk membantu mengurangkan perubahan iklim.

Alhamdulillah. Harap dengan langkah yang kerajaan kita ambil, sedikit sebanyak dapat menpositifkan iklim kita ni. Nak cerita sikit, dulunya di Taiping Perak cuacanya sejuk berembun. Siap dapat nama jolokan Little New Zealand. Tapi sekarang, panasnya macam Fadang Fasir la.. Untuk makluman, Taiping is my hometown. ihiih. Eh, sebelum tu, aku dapat maklumat ni semuanya dari SEDA Terima kasih SEDA diatas maklumat ini. Sayang SEDA . ihihihi . Ok cukup untuk entry kali nie. Insyallah aku akan update lagi mengenai benda nie ok. Babai..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...