Monday, December 16, 2013

Apa itu SEDA dan Fungsi

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu~

Amboi-amboi. panjangnya hg bagi salam. tak pernah-pernah bagi salam panjang sekilomiter nie. :) sambil aku merenung ke jendela, jari jemari runcingku laju menaip. Kepala ku mencari idea di mana hendak ku mulakan. last-last, ini lah perenggan pemulaan entry aku. Gittew..

Sekarang ni ramai blogger-blogger yang update fasal Tenaga Boleh Diperbaharui. Tapi, tak ramai tahu siapa yang menjalankan perkara tersebut. ye tak? Ingat tak entry aku bulan lepas? haaa, aku ada bagi tahu yang handle benda ni bukanlah TNB tetapi SEDA. 

SEDA sebenarnya ialah Sustainable Energy Development Authority Malaysia. SEDA adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Mampan Pembangunan Tenaga 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme tarif galakan yang diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725]. Untuk mengetahui fungsi SEDA Tekan Sini.

Secara ringkasnya, SEDA adalah pihak yang menguruskan RE Fund dan juga bertangungjawab untuk membayar premium tarif tersebut kepada pembekal atau RE Developer yang membekalkan tenaga yang boleh diperbaharui (RE) kepada TNB setiap bulan.

Korang mesti garu kepala kan sebab tak paham apa tu RE Fund. hihihi. Pada mulanya aku pun tak paham, tapi, lepas dibaca dan distudy, meh aku cerita sikit kat hampa. Seperti entry aku yang lepas, RE tu sebenarnya stand for Renewal Energy macam solar, biomass and etc. RE Fund nie Charge 1% daripada bil elektrik yang dikenakan kepada Bil Elektrik lebih RM77.00. So, dengan charge 1% tu, SEDA akan membayar balik wang tersebut kepada RE Developer dengan konsep seperti berikut:


Ha, sebenarnya, charge 1% tu dapat balik kepada pengguna. tapi, siapa yang dapat wang yang dilaburkan pengguna? itulah yang dinamakan sebagai RE Developers. Maksudnya kepada sesiapa yang menjana tenaga dan memulangkan / menjualnya kepada TNB, beliau akan dibayar mengikut kiraan yang telah ditetapkan oleh SEDA.

Baiklah, di Malaysia, yang paling popular sekali adalah tenaga solar. Yelah, dengan menggunakan sistem solar, kita mudah untuk mendapatkan tenaga menggunakan cahaya matahari. Yelah, kalau menggunakan sistem hydro, sungai mana kita nak buat empangan kan. Ia kurang sesuai gittew.


Nampak tak ada apa di atas bumbung rumah banglo nie? itulah lah dinamakan Solar Photovoltaic. ia mendapatkan sumber tenaga dari cahaya matahari. Cool kan? Dengan membuat installation Solar photovoltaic nie, anda akan dapat membantu kerajaan di dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui. Dapat pahala tau sebab membantu menyelamatkan alam sekitar dan membantu dalam usaha pengurangan pemanasan global. 

Jadi, daripada membazir ruang di atas bumbung, baik kita manfaatnya kan. dapat reward pahala lagi. :) nak tau lebih lanjut pasal solar phtovoltaic, tekan sini  . aku tak berapa kuat  ilmu di dada pasal sistem solar nie, so, rujuk link yang aku dah bagi ye. Semuanya boleh diketahui daripada SEDA malaysia.

Sekian dulu untuk entry kali nie. Kita jumpa dalam next entry ok. aku nak belajar macam mana install Solar Photovoltaic nie. dah macam profesor aku dok buat research. Then, aku boleh cerita kat korang ye.Babai.


4 comments:

Cik Ros said...

Ada jugak dengar pasal tenaga solar ni. Panel solar ni perlu dicuci setahun sekali untuk bersihkan habuk yang melekat pada panel tu.

Muhammadnuraizuddin said...

Cik Ros - owh, tak tahu pulak saya. Baru nak searching2 . ihih. tq for d info ya

Anonymous said...

Nak pasang GCPV ni kena amik Agent privider yg sah and company yg betul2 solid/lama.
jangan main amik contraktor asal murah je,coz Pemilik akan ada perjanjian mati setem 21tahun ngn TNB.
kot2 nak murah,amik lak barang china,lepas 7/8 tahun,sistem down,5/6 bulan elektrik tak jana,masak la kena saman dgn TNB b'coz gagal menyediakan tenaga ikut perjanjian.

Muhammadnuraizuddin said...

Tq for d info sir.. appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...