Friday, November 29, 2013

Kenapa Bil Elektrik Ada Charge 1% !!! Kenapa!!!!

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan harap sehat hendaknya la na. Kita dah nak menuju ke tahun baru nie kan. Diharap kita semua akan bukak azam yang baru untuk tahun baru nanti. Haaa, dah boleh pikir dah sekrang kan. Nak target apa pulak tahun hadapan. yang tak tercapai tahun nie, try lagi tahun depan. Kalau tak dapat lagi, try ja sampai dapat. Kira itu style aku la. :)


Ok.. Berbalik pada tajuk entry nie. Haaa, bualan hangat masa sekarang nie kan. Aku pun pelik jugak la kan. Tiba-tiba dalam bil elektrik rumah aku ada charge 1% dari bil elektrik rumah. Yelah, sebelum ni tak ada. Jadi, bila sekarang semuanya tanya En. Google, aku pun try la search apa sebenarnya charge 1% ni. Takkan ada hidden charge kot.

Yelah, bila di google, memang banyak maklumat yang aku terima. Rupa-rupanya tak semua orang dikenakan charge 1%. Pengguna bil elektrik di atas RM77.00 ringgit sahaja yang dikenakan charge tersebut. Patutlah, sebelum nie, rumah aku tak berapa ramai sangat yang duduk. Tapi sekarang, kami dah 4 orang. So, memanglah bil elektrik lebih RM77.00 ringgit. Biasalah, hidup bujang memang macam tu, Jam 2 ke 3 pagi baru lelap. Sah-sah elektrik pun melambong. Yetak.

Mula-mula tu memanglah aku pun rasa tak puas hati sebab dikenakan Charge 1% nie. Tapi, bila kita tahu dan study hal sebenar, bagus jugak kenapa kita dikenakan Charge 1%. Charge 1% nie adalah sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan tarif galakan (FiT).

Aik, sumbangan nie untuk sapa sebenarnya? weh, bertambah pening aku. Takpa, aku google lagi. So, sekarang barulah aku tahu. Kalau di Malaysia, tenaga boleh diperbaharu ni macam Solar, Biomass, biogass dan hidro kecil. Tenaga boleh diperbaharui nie sangat penting tau bagi menukar sumber tenaga yang ada sekarang. Yelah, minyak dah nak habiskan. Dijangka, beberapa tahun je lagi minyak-minyak dunia nak habis. So, kalau takda pembaharuan, tak berjalanlah kereta kita semua weh. berjalan kaki la kalau nak pergi memana.


Sebelum nie, aku tahu solar je. Yelah, masa sekolah dulu kan kita belajar sistem solar kan. Nak buat elektrik daripada matahari. Sekarang nie, banyak barang-barang elektrik kita menggunakan tenaga solar. dan dah ada kereta pun yang dicipta menggunakan tenaga solar. Cuma tak dikomersialkan lagi ja. aku pun dok tunggu jugak sebenarnya. Tak payah bayar duit minyak dah. ihihihih

Bagus juga bila negara kita nie dah maju kedepan untuk mencari tenaga baru nie. Yelah, kita semua tau kan, yang tenaga yang kita gunakan sekarang nie mengakibatkan pemanasan global Atmosphere kita makin nipis. Abis kulit-kulit muka kita semua terkena pancaran UV. Euuuuu.. Terbako muka teman.

Korang pernah dengar tak Sustainable Energy Development Authorityatau ringkasannya SEDA? Ha, kalau nak tau, SEDA lah organisasi yang bertanggungjawab untuk Tenaga boleh diperbaharu ni. Charge 1% nie disalurkan kepada SEDA lah. dengan pendapatan daripada 1% tadi, SEDA akan memulangkan wang tersebut kepada Malaysian yang menyumbangkan tenaga kepada TNB. Dorang bayar balik wooo. So, siapa yang install sistem solar di rumahnya, buat hidro depan sungai rumah ka, dan dapat bagi balik elektrik kepada TNB, mereka akan dibayar. Nak tau lebih lanjut, lawat http://seda.gov.my/ semua maklumat ada di sana.


Oklah, cukup dulu entry pasal Charge elektrik 1% ni. Haa, nanti aku sambung ok. Banyak benda-benda yang menarik yang kita perlu tahu dan untuk menambahkan pengetahuan kita. Lagipun, bagus juga kan dikenakan charge 1% kepada bil elektrik atas RM77.00. Barulah kita beringat. Bila keluar bilik, baru kita akan tutup lampu. Jimat elektrik. Tak gitue.. Babai.


2 comments:

Sue said...

Baru sue tahu...hihi...sebelum ini tidak tahu lagi 1% tu

Muhammadnuraizuddin said...

Sue - haaa, saya pun baru tahu nie. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...