Tuesday, November 26, 2013

Contoh Surat Pengesahan Jawatan

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, sempat jugak aku nak menjawab soalan daripada seorang pembaca blog Mr. Secretary. Ha, dia dok cari contoh surat pengesahan jawatan. Baiklah, ni contohnya cik Izan. Harap ia dapat membantu. :) ini contoh surat pengesahan jawatan yang saya terima dulu. :) tapi, anda mungkin boleh buat penambahbaikan untuk menyesuaikannya syarikat anda. 


(letter Head)


(no rujukan)
(Tarikh)



Nama   : Mior Aizuddin bin Mior Din
No. K/P : 90553023634
Jawatan : Setiausaha Pejabat

Tuan,

PENGESAHAN DALAM JAWATAN

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa berdasarkan laporan dan perakuan Ketua Jabatan tuan, maka denga ini Syarikat bersetuju tuan disahkan dalam jawatan mulai 13 Mai 2013.

2.   Adalah diharapkan dengan pengesahan ini tuan akan melipatgandakan iltizam bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ke tahap yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

"Komited Bekerja Berjaya"



(Khalid Jamadi Rahmati)
Pengarah,
Syarikat Berjaya Sungguh Sdn. Bhd.

2 comments:

Nur Nadihah said...

salam,

Boleh tak buat entry contoh SKT Secretary.. tq

izan said...

Thank you so much mr.secretary :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...