Friday, November 15, 2013

Ambil Berkat Perkahwinan. Gatai Sungguh!

Assalamualaikum semua..

Wah, lamanya aku tak hupdate blog.. dekat sebulan weh. biasalah, alasan yang sama akan aku bagi, sebab aku buzy body. haaa, tu sebabnya, buzy body dengan keadaan sekeliling aku. pada waktu dan saat ni baru ada masa untuk update. Itu pun jenuh jeling kiri kanan, depan belakang cari idea nak update apa. Herm, jawapan senang, refer instagram. Baru boleh dapat idea. Yetak...

Dalam bulan nie, dua orang classmate masa diploma dulu kawen. Wah, terasa aku dah berumur sekarang nie. Kawan-kawan ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, rezeki depa kahwin awal. Lagi pun depa nie perempuan. Senang. Terima hantarang ja kan.  Sebab lelaki yang kena cari duit hantaran dan sah-sah duit selepas kenduri pun. Kompon nak masuk rumah baru, kalau dok rumah bujang jugak, tak tau la pesyen apa tu..


Tahniah Elni





Tahniah Nanad

Kan aku kata, ambil gambar pun dekan instagram ja.
kerja aku p kenduri orang dok ambil berkat ja. hihihhi

Aku nie rajin jugak lah riki-riki harga barang-barang hantaran and tanya pengantin berapa wang depa habis. Rata-rata kata 20K - 30K. Huh, banyak betoi duit habis untuk kawen nie kan. So, sebab tu kita yang muda remaja nie kena kumpul dari sekarang. Kalau on the spot nak kawen, memang kena meminjam di bank dulu la jawabnya. Anak dah sekolah nanti pun dok bayar duit kenduri kawen lagi. Huuu, aku takmo lagu tu.. Nak kumpul duit dari sekarang. *lepas nie aku makan maggie ja. hahahah

Nampak tak ayat aku kat atas tu macam aku pun dah tak lama nak mendirikan rumah tangga. Gatai sungguh no.. Haip!biaq la. janji dah baligh bak kata ustaz aku masa sekolah rendah dulu. Haaa, kira aku berpegang pada kata-kata ustaz aku la kan. tak gituw..

Oiii, aku update blog nie bukan cerita aku nak kawen ka hapa. cuma nak share aktiviti aku dalam bulan lepas ja. X salah kan. Owh, sebelum terlupa, Bahagian Sumber Manusia tempat aku kerja ada buat family day. Wah, meriah uoolss. Buat tepi kolam. Jam 12 dok beremdam lagi dalam kolam. Kalau keluar dari kolam dak jadi gagak hitam yang berkilat, tak sah la kan.. Sun Block pun tak berguna. Hitam melegam jugak aku nie. Huh


Aku bubuh gambar sekeping nie dulu ye untuk family Day Bahagian Sumber Manusia tempat aku bekerja nie. yelah, nak dijadikan modal untuk update next entry. haaa, nanti aku cerita apa aktiviti yang aku buat kat sana. Senang kalau korang nak jadikan contoh untuk game family day korang. ihihiih. Kbai.. Salam..



1 comment:

[k]o{q}i[n] said...

Kawen je la Lat.. Asyik meroyan je aku tengok ang ni.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...