Saturday, October 12, 2013

sekadar update katanya

Assalamuaikum.


Makan ja. sebab tension pikir nak update apa

Biasalah, bila dah jadi blogger, ketandusan idea untuk update blog memang menjadi penghalang. Itu yang terjadi kat aku. Kalau nak update pasal diri sendiri, takut readers menyampah pulak kan. Katanya syok sendiri. Update benda yang terberfaedah dan berilmiah. Haaa, ada ja orang nak troll kan. 

Tapi, kalau dibiarkan blog ni bersawang tanpa diupdate, rugi pulak dok bayar duit domain tahun by tahun. Bukannya sekupang dua. Duit iklan kat blog pun tak semegah mana. So, daripada membazir, biaq aku update walaupun pasal diri sendiri.kan..

Bila tengok kat history, nampaknya sebulan sekali baru aku update nie.memang lama tak update. Dari update hal cerita raya puasa, sampai sekarang dah nak raya haji.Sekarang nie aku dok musim ke UITM Shah Alam. Kelas di hujung minggu. Assignment berlungguk weh. even sekarang nie, aku di cc, kononnya aku nak buat assignment la kan. Sebab kat umah aku di taiping nie takda internet. So, terpaksa la ke CC. Sesampai sini, Hareeemm bawak beg. So, itu yang aku tak tau nak buat apa sampai update blog nie. Boleh gitew.?

Sem ni macam sem-sem yang sebelumnya. Aku ambil 4 subjek. Sebab malas nak bebankan kepala dan masa. Yang seronoknya, sem nie aku ambil bahasa arab level 1. Memang menarik. Belajar bahasa baru kan. meh test sikit.. KAIFA HALUKA? ALHAMDULILLAH, ANA BILQOIR. Wah, terra dak? ayat ni ja yang aku ingat. lain, habis semua lupa. Biasalah, otak orang berumur. Klu budak2,  mungkin mudah nak ingat.

Tapi nasib baik office mate aku ada yang terra speaking arab. So, dok berguru la aku dengan dia. Siap aku tulis dalam buku untuk rujukan lagi. Biasalah, member aku tu memang graduan daripada UIA. Gila tak terra arab. Kalau tak, tak grad la kan. sekarang nie, sehari satu ayat dia bagi aku. Haa.. bagus kan dia? boleh buat calon suami. Tapi, untuk makluman, dia dah ada anak 3. Lebih kurang la kot.

Tapi, aku rasa sedikit rugi la sem nie. sebab untuk masuk belajar arab, aku kena pergi ke kampus lain sebab fakulti aku hanya 3 orang ja ambil arab level 1 sem ni. Nak taknak, kena pergi sana la. abis kelas kul 4 kat fakulti, then, kul 4 start kelas arab di Intekma. Ha, memang kul 5 setengah baru aku masuk kelas arab. No Choices. Hadap je la din..

Itu pengalaman baru. xpalah, bekorban dulu kan. untuk masa depan katanya. Btway, dah nak raya haji ni kan? so, aku nak jemput hampa semua mai la rumah aku walaupun aku tahu hampa tak akan datang. hahaha. ingat tahun nie aku nak masak yang simple-simple je. agaknya nak buat bihun goreng ja. Senang. lagipun, raya kedua aku dah nak kena balik ke UPSI. menjalankan tanggungjawab kepada anak bangsa. so, sambung raya selebihnya di tanjong malim la jawabnya. jemput datang na.

Oklah, lengoh dah dok menaip ni. stress pulak aku memikirkan apa yang nak diupdate kat sini. Orang berblog nak hilangkan tension, aku lagi tension nie. hahaha. Selamat hari raya aidiladha ya semua. Assalamualaikum. babai

2 comments:

Mek Onie said...

Mr. Secretary nak masak??????sedap keeee?kikikikiki

Muhammadnuraizuddin said...

masak campak-campak je. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...