Thursday, October 17, 2013

Abah buat lawak pagi-pagi raya

Assalamualaikum.

Apa habaq kawan-kawan. Amacam raya haji lepas, banyak ka hampa korbankan lembu-lembu? haa, kampung aku ada sekoq ja depa korban. jadilah, dapat jugak aku agihan daging tu. Masak kicap jadinya. Sedap jugak na. Hebat abah memasak.

Kadang-kadang hari raya di kampung aku memang ramai yang menyinggah ziarah. Tapi, pagi raya haji taun nie, kurang sikit orang datang. So, aku ngan abah aku sempat menyembang isu-isu di malaysia nie. Pung pang, pung pang.. Terbuka isu bangsa. 

Lat, nak dengaq cerita tak? (lat tu nama manja aku). Bila abah aku dok tanya lagu tu, memang excited aku menjawab ya. haaa, jarang tau abah aku nak bercerita nie. dengan menarik nafas dalam, Abah aku mula bercerita.....

Masa abah muda-muda dulu, abah kerja sebagai driver lori. Bawak lori barang. Kami bekerja 2 orang. Yang bestnya, sorang berbangsa melayu dan sorang berbangsa cina. Yelah, melayu tu sah-sah abah kan. yang lawaknya, Melayu Chinese look and Cina Malay look. Haa, dah terbalik kat situ. Cuba hg bayangkan lat.

Bila loading barang di kedai runcit cina di....... Abah x ingat la kat mana kedai tu. dah lama. Abah bawak masuk barang dulu ke dalam kedai. Tokey kedai tu bagi arahan suruh letakkan barang yang dia oder dengan bahasa cina. Nasib baik abah boleh cakap Hokien, and dia siap tunjuk-tunjuk tempat yang nak diletakkan, bahasa cina yang dia guna bukan hokien, susah nak paham sikit. Orang cina lama kan.. 

Bila kawan abah yang berbangsa cina tu masuk, dia cakap macam nie.. "Lu letak itu balang kat sini, letak pelan-pelan ma". ahahhaa. Yang melayu cakap cina, yang cina cakap melayu. Kompius tokey kedai tu. Bila tokey kedai tu tahu hal sebenar, dia gelak terbahak-bahak. macam orang kena rasuk..

Sampai sekarang, kalau abah masuk kedai nak beli barang, kalau abah x mulakan conversation, tokey kedai mesti akan speaking Cina. Melainkan kalau abah yang cakap dulu. Actually, senang la abah nak tawar menawar. ihihihhi

Aku yang dengar pun dah guling-guling gelak. Macam mana la kalau aku ada dalam kedai cina yang kompius tu kan. hahahah. masa kecik-kecik dulu, patut la abah aku dok cakap cina dengan mana-mana peniaga cina. Nak mintak kurang rupanya. Hahahha. tapi sayangnya abah aku x pernah nak ajar aku capa hokien tu. Kawan-kawan sekolah aku ja yang ajar. Tapi... Depa dok ajaq aku mencarut ja. Cait!!!!!! 

Yang penting, aku Malay look na.

hampa x payah nak bayangkan muka abah aku se apek mana. ni blog aku, aku tepek muka aku ja. Klu nak tengok muka abah aku, p la baca blog abah aku sendiri. hahaha.  kbai



7 comments:

taufiqhelios said...

gila hahahah

[k]o{q}i[n] said...

ang bukan malay look, ang tu nepal look... bhahaha

Oshin Kecik said...

nasiblah abah tak kena usha ngan amoi cina #eh hahaha gurau je :p

Muhammadnuraizuddin said...

TH - hg kata sapa gila. yg penting aku waras..

koqin - hoi, hg nak sabotaj aku kan..

oshin - hoi, jangan. nanti lagi sepek mata aku.. ahahha

Izz Latif said...

Macam Shamsul Yusof!

amanina nasuha said...

hahahahaha..gila kelakar...

Muhammadnuraizuddin said...

izz latif - itu klakar. ahhaha..

amanina - gila klakar. ahaha. jangan orangnya yg gila na

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...