Monday, September 16, 2013

Tiga Bulan Punya Cerita

Assalamualaikum.

Gulai Tempoyak Cuka Nira,
Nira Masam Ditepi Guthrie,
Hari Malaysia Disambut Gembira,
Power Berpantun pembuka Entri.

Amboi, Exsyen Habaq hang dok berpantun pantun. Power dak pantun aku? sah-sah power sebab peringkat sekolah dulu aku juara pantun dua kerat.. Mat Sumpit pergi seberang, hampa dah kena temberang. Kahkahkah. OK, Dah mengarut kuasa kuda dah nie. Sebelum jadi aku membebel seperti biasa, aku nak perbetulkan sikit sepekara. Haaa, Pada yang dah baca entry sebelum ni, or tak baca lagi *skroll je kebawah.. Ada aku cakap aku mau out dari Fb, Twitter n Instagram kan. Herm, nampaknya tidak boleh. Biasalah bila sesuatu benda dah jadi rutin kan. Tapi, Cek janji akan kurangkan penggunaan media sosial. Nak bersosial di alam reality secara berlebihan. Baru orang sekeliling sayang kan. tak gitu.

1st, i'm so sorry sebab tak meng'hupdate blog mengenai cerita hari raya aku n dah lama tak bercerita kat sini. Macam biasa, alasan blogger-blogger di lewatan usia, Buzy dengan komitmen yang ada.. Haaa.. aku pun nak bagi alasan yang sama. Baru Fair n Square Gitu. Oklah, walau hampa tak hadap nak tengok gambar beraya aku, aku nak jugak letak sekeping. Atleast, puas hati aku haaa... ada jugak post pasai hari raya lepas kan. Nie bukan main lagi, blog dah tumbuh 3 kilo sawang labah-labah. krik.krik..krik. *bunyi lelabah..


Songkok memang aku tak pakai. Kalau pakai, pening kepala NGAP...NGAP.. Biaqlah orang kata tak lengkap, janji otak aku sehat walafiat ye dak.. Lagi pun, Pan Asia memang macam nie. Whatever~ .Weh, hari raya lepas aku masak Spagetti weh. Rugi hampa x mai rumah beraya.. Aku masak sampai kena beli mee kuning pengganti spagetti sebab kuah dia dok melambak lagi. Haaaa, Serius aku masak uollss. Kau Hadoo. Actually, itu yang paling senang kan. X payah nak kisar bagai. Masukkan mengikut arahan yang ada dibotol. Semudah one, two THREEeeee.e....e....e....e.e....

Dah la tu bab hari raya.. Benda yang lepas jangan dikenang katanya.. Ok, aku ada cerita lagi menarik ni nak habaq kat hampa semua. tapi sebelum tu, Sempena dengan Hari Malaysia 16 September 2013, aku nak ucapkan selamat kepada semua Warganegara Malaysia dan juga tak ketinggalan foreign workers yang ada di sini. Tak kira dari pelusuk mana hampa mai. Depa terra cakap melayu even baru 6 bulan dok Malaysia. Kita ni dari tadika dok belajaq omputih, Tapi, haram terra bercakap. Termasuk la aku ni ha tau. Menyesai lari masa kelas Bahasa Inggeris dulu.. 

Tadi hampa ada baca News Paper Metro dak? haaa, Klu hampa ada baca, mesti ada perasan ada satu ruangan yang terpangpang muka aku.. Kononnya memberi pandangan mengenai Hari Malaysia. Kau mampuu? Hado..? x hadap kaannn? kahkahkahkha.. Tapi aku hadap.. Kalau yang tak sempat baca atau beli Metro hari nie, aku berbesar hati share gambarnya di sini.. *Blushing

Sebesar alam aku tempek kat sini kan. Yelah, Berbangga menjadi anak Malaysia. Yeyyy.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!! *Hoi, Hari Malaysia lah.. bukan merdeka~ Kalau hampa semua nak tau apa yang aku bebel di dalam Metro hari nie, P la kedai-kedai mamak mana yang tak bungkus lagi nasi briyani guna paper hari nie.

Penutup kata, Berbangga menjadi anak Malaysia. Tunjukkan yang kita sayang Malaysia dengan menyokong produk tempatan. Belilah kereta proton.. *bila la agaknya proton nak capai 30% diskaun kereta n keluarkan kereta Hibric kan.. Minyak dah kurang subsidi 2 kupang..

2 comments:

Ismi Amnah :) said...

krik..krik..krik tue bkn bunyi cengkerik ke?hehe:P

Hanim Mahali said...

hai blogger lewat usia. salam perkenalan... >_< eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...