Friday, August 2, 2013

Cerita Video Klip Suasana Hari Raya Mr. Secretary

Assalamualaikum.

Seperti yang aku janji janjikan dalam entry sebelum nie, aku akan update blog sebelum Hari Raya Aidifitri menjelma kelak. So, inilah entry sebelum aku berhari raya sakan nanti. Weh, hampa nak tau dak, aku cuti dari hari ni sampai ke 19 August. Lama aku bercuti kan. Biasalah, nak habiskan cuti tahun habaq hang.

Ok, berbalik pada tajuk entry nie, semalam aku dengan rela hati dan terbuka hatinya telah menjadi Director Video Klip Suasana Hari Raya. Siap dengan story board, props, and pelakon-pelakon aku sediakan. Semuanya hasil kerja sama office mate. Mereka semuanya sporting. Sporting habis la. Kebanyakannya 1st time dok merapu meraban macam nie. Tapi, dengan komitment yang depa bagi, Video yang telah dihasillkan sangat Baik. Lebih baik dari video-video raya yang ada kat youtube tu. Cewah, statement nak kena caruttttt! Ampun...


Hampa nampak tak betapa penatnya menjadi seorang director. Kuyu habis mata-mata. ahahah. Actually, masa yang kami ada untuk siapkan video nie hanya berbaki sejam lebih. Mana taknya, start shooting kul 5.45, then jam 7 dah kena berkumpul di tempat berbuka puasa. Majlis berbuka puasanya katanya. So, makan free la jawabnya ye tak.? laju je~

So, dengan masa yang ada, aku cuba menjadi director sebaik mungkin untuk mengejar masa. Tapi biasalah, tercicir jugak jawabnya. Aku la Director, Videographer, Actor pun jadi jugak. Nampak x kegilaan kuasa di situ. hahah. Sebenarnya, cadangan nie dibincang dengan seorang officemate aku yang suka belakon lakon nie jugak. so, itu idea yang bernas. Bertungkus lumus la kami sediakan props , dialog dan sebagainya. Terima kasih jugak kat officemate lain yang banyak membantu. Dari menebang buluh, mencuri daun kelapa di depan rumah orang, pinjam periuk katering orang, ambil bata di rumah orang sesuka hati, dan banyak lagi perkara yang pelik2 kami buat untuk dapatkan props. LOL.. Haish, dari tadi dok ucapkan terima kasih ja kan. ok, rasanya dah cukup...

Actually, cuaca pada mulanya macam tak mengizinkan. Ujan rintik-rintik, laut bergelora. Tapi, Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Besar, Pada jam yang telah dirancang, Cuaca kembali Cantik, Terang benderang.. Seperti mengizinkan kami untuk shooting Video Suasan Hari Raya nie. Alhamdulillah, dan semuanya berjalan lancar.

Tujuan utama adalah untuk kami menyertai pertandingan bergambar hari raya peringkat universiti oleh jabatan-jabatan yang ada, tapi, macam aku cerita di atas tadi lah, alang-alang, lajaklah untuk buat video klip. Sekurang-kurangnya, ada jugak kenangan manis kami bersama ye tak? penuh dengan makna katanya. Taun depan, depa nak buat lagi. ahahaha. Bukan untuk raya puasa ja, tapi untuk semua raya, termasuk perayaan Gawai, Fuh, jenuh lagu tu. Xpa, yang penting Hari Raya Aidilfitri mesti ada setiap tahun. Dah macam annual activity la pulak dah.

Cukup aku berloter lebih panjang, jom la kita tengok nawaitu utama hampa masuk dalam entry nie. Dengan rasa rendah dirinya, serta segan silu, penuh kesucian di hari lebaran yang bakal menjelma, Mr. Secretary sajikan video klip Suasana Hari Raya bagi membuatkan hari anda lebih ceria. Cewah.. Ok2, tekan ja button play. Selamat Menonton. Da.. tata.. titi..tutu..



Cerita dari video ini ialah sepasang suami isteri yang menanti kepulangan anaknya setelah sekian lama tidak balik beraya di kampung. Dah 10 tahun okey. Jadi, Orang-orang kampung datang untuk membantu Pasangan suami isteri ini menyiapkan persiapan hari raya mereka memandangkan pasangan ini telah berusia. Specialnya, pada tahun ini, anak mereka telah pulang membawa isteri dan dua orang cucu untuk beraya bersama. Moral Story is, Pulanglah ke pangkuan kedua orang tua anda. Mereka merindui anda. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...