Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadan. Mak n Abah aku dapat Tukang Masak

Assalamualaikum.

Apa khabaq kawan2.. harap semua sehat hendaknya. Alhamdulillah, hari nie dah 8 hari kita berpuasa. bermaksud, dah 8 hari kita berjaya menahan lapar dan dahaga di siang hari. Dan puasa ke lapan nie lah baru pintu hati aku terbuka untuk mengupdate blog. Kalau tidak, dok buzy kemain baca blog-blog orang lain sampaikan blog sendiri bersawang. 

Alhamdulillah, puasa kali nie aku rasa lebih ngam sikit. Sebab aku dah pandai masak. yeyyy. So, aku jadi chef la kat rumah sewa aku nie. yang paling baru, aku berjaya masak Spegetti yang bermutu tinggi lagi lazat. Wah, bunyi pun dan kebabom.. rasanya, boleh la. Jangan nak bandingkan spegetti aku dengan spegetti di Hotel 5 star ok. Sebab sah-sah spegetti aku 10 henggit ja bahan-bahanya. So, terhad la kan. Bak kata housemate aku, Boleh la. no Bad jugak..



Setiap kali aku balik kampung sekarang nie, aku akan beli bahan mentah sahaja. macam Ayam, Ikan, Gobis, Serbuk kari, cukup rasa, Beras n semualah yang dipanggil bahan mentah untuk dimasak. Bukan apa, aku kesian dekat abah yang bertungkus lumus dok masak sekarang nie. Sejak mak aku Excident, tugas-tugas memasak semua diserahkan kepada abah aku. Yelah, paham-paham la hampa semua, bila Jadi chef bidang terjun nie.. pelik-pelik pulak rupa masakan abah aku. Tapi abah aku kata, janji ada rasa. Resepi baru katanya. Campak menyampak ja dalam kuali. hahahah.

So, dari situ aku slow2 cuba belajar memasak. Dari goreng telor yang gebu, sampai ayam masak merah, gulai kari dan sebagainya. Walaupun rasanya agak kurang berasa, ok lah kan. Ada inesiatif untuk memasak. ihihhih. Sekarang nie, setiap kali aku balik, abah aku akan goyang kaki atas kerusi malas n tunggu je aku masak. Tapi, segala mak neka nak kena besiang macam ikan, ayam, udang semua, aku serahkan kat abah aku. Aku tak pandai lagi. ihihihih.

Bulan puasa ni, aku kena balik kampung setiap hujung minggu. Kesian kat abah berbuka puasa sorang-sorang. Cukuplah seminggu 5 kali berseorangan berbuka. Cuba hampa try bebuka sorang-sorang tengok, mesti sedihkan.? aku pun rasa macam duduk sorang-sorang ja kat dalam dunia nie kalau aku bebuka bersendirian. So, setiap sabtu n ahad, boleh la aku berbuka sama dengan abah walaupun aku di sini. Boleh jugak mak aku ratah ayam, ikan yang aku goreng kan. Febret mak aku tu.. ayam n ikan goreng. 

OKlah, dikesempatan nie jugak, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Moga kita semua diberkati dan segala amal kita akan diterima Allah. Insyallah. Assalamualaikum. Sebelum raya, aku janji akan update blog lagi. So, dalam entry nie, takyah nak ucapkan selamat hari raya lagi. hikhikhik. Kbai.





4 comments:

aDisH.sHidA said...

patut rajin je masak ye...bagus la kalau mcm tu masak utk makayah makan...berkat

Muhammadnuraizuddin said...

adish : tapi, memasak nie enjoy kan.

baby comel said...

lama-lama nanti expert la memasak tu. mesti boleh lagi hebat dr wanita2 di luar sana (aku pun tak reti masak dgn baik lagi) hehehehe. selamat berpuasa eh =)

Muhammadnuraizuddin said...

baby comel : lama2, jadi bukit. eh, .. insyallah. nanti, rasa mcm nak buat katering pulak. hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...