Monday, July 29, 2013

Contoh Surat Lawatan Kerja

Assalamualaikum kawan-kawan. Untuk entry kali nie, Mr. Secretary nak tunjukkan contoh surat Mengadakan Lawatan Kerja.  Harap ia dapat membantu kawan-kawan terutamanya yang minta contoh kepada saya tempoh hari. Saya bukannya pandai sangat buat surat, insyallah, saya tolong mana yang boleh. Nanti, mengedit bagi cantik la ye. :) Selamat berposa. Tak sabar nak beraya nie. hikhikhik

(letter head)

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.
Ketua Menteri Melaka
Pejabat Ketua Menteri
Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450, Melaka                                                                                             1 Ogos 2013

YAB Datuk,

LAWATAN KERJA KE PEJABAT MENTERI MELAKA

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Nuraizuddin.com akan mengadakan Lawatan Kerja Ke Pejabat Menteri Melaka seperti butiran berikut:

Tarikh              :          1 November 2013
            Masa                :          10.00 pagi 
            Tempat            :           Pejabat Menteri Melaka


3.         Untuk makluman YAB Datuk, Lawatan Kerja Nuraizuddin.com ke Pejabat Menteri Melaka adalah bertujuan untuk melihat sistem pentadbiran yang diguna pakai oleh Pejabat Menteri Melaka bersempena penganugerahan Sistem Pentadbiran Terbaik Malaysia.

4.         Pihak kami amat berbesar hati  YAB Datuk menerima dan menyambut Lawatan Kerja Nuraizuddin.com Ke Pejabat Menteri Melaka seperti butiran di atas. Atur cara majlis adalah seperti di lampiran.

5.         Sehubungan itu, YAB Datuk dengan hormatnya dijemput memberi sedikit taklimat mengenai Negeri Melaka, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Perhatian dan kerjasama YAB Datuk didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


”KOMITED MENULIS BLOG”

Saya yang menurut perintah,



 (MUHAMMAD NUR AIZUDDIN)
Pegawai, 

Nuraizuddin.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...