Tuesday, June 11, 2013

Cucur Awesome Mr Secretary yang master

Assalamualiakum. 

 Apa khabar kawan2. harap2 sehat hendaknya. Untuk entry kali nie, saya bukanla nak overshadow Micheal Master Chef yang baru terkeluar tadi tu. Cuma nak tunjukkan kehebatan membuat cucur lebih sikir je dari Tifin Biru. ahahhaha. Jangan ingat orang yang tiada latar belakang masak memasak nie tak pandai buat cucur yang awesome tau. Kalau hampa nak tau, aku ni dulu juara cucuran di kampung. ok.. *stop merapu..

Bebalik pada tajuk entry nie, aku nak share sikit pengalaman pertama aku memasak cucur. lacucuri.. Orang kata, cucur nie susah dimasak. Herm, bagi aku senang ja. Semudah ABC123.. 456..789 `infinity~ Bukan apa, tetiba petang sabtu lepas aku teringin nak makan cucuq. selalu beli ja. tapi, bila mata terpandang tepung gandum cap kapai api, aku pun.. "abah, adik buat cucuq na?" abah aku jawab. "ikut hg la, aku makan ja". hahahah. Yessss! lampu hijau. aku pun cuba jaya nak buat cucuq.. this is my 1st time untuk buat cucuq. Just hentam keromo ja. Dok tengok mak aku buat cucuq udang 3 taun lepas. Xpa, masih segar dalam ingatan cara-caranya. yeah...

Mula-mula, aku pun capai gunting n pergi ke halaman rumah. *biasalah, rumah kampung, bercucuk tanam ya dak. Then, aku pun petik la kucai yang tak berapa nak menjadi abah aku tanam. *kurus-kurus. Tak konfiden je aku nak gunting. tapi, step nak gunting tu, kena tanya abah aku. Takut nanti, habis tak tumbuh balik daun kucai tu. Biasalah, orang urban memang lagu tu. *dasar tak sedar diri aku nie.


 
Lepas petik Kucai yang sugar bugar tu, aku pas dekat mak aku untuk besiang kekucainya. Yelah, aku mana pandai kan. Kalau aku besiang, jadi taugeh kang. so, let my mum besiang. Dan..dan, haaa, aku la tukang guntingnya lepas besiang. Yelah, takmau kasi mak aku over shadow dalam resepi nie, Nanti, dah tak jadi Cucur Mr. Secretary kan. kena combine nama mak aku pulak dah kang. tapi, nak gunting pun 2,3 kali tanya mak aku. ukuran sesuai cucur aku tak pasti. wah, banyak pulak bertanya. *malu bertanya sesat jalan bro.


selesai gunting menggunting, aku bukak peti ais n capai ikan bilis yang ada. Haa, pastikan bawang potong kecil-kecil dulu na. *itu aku expert. Yelah, masakan melayu semuakan berasaskan tumisan. Ye tak? klu tidak, tidak melayu namanya. ha, Eh, tersilap..tersilap. itu nak goreng telur dada ye lah kena tumis dulu kan? eh. Entah. 

Kalau nak buat cucur, just campak dalam tepung yang dah dicapur air ja kalau tak silap. Jap-jap. tanya mak sat. Terlupa...




Ha.. betullah. kena gaul tepung dengan air dulu. kalau ala-ala dah comel ala-ala pipi kak ton, baru lah kita gaulkan sekali rempah ratus di atas nie bersama tepung yang gebu tu. ha.. baru betul caranya.. Tengok bawah nie, gebu tak. *kompom la kan gebu. tengok orang yang membuatnya. gebusss jugak. *sangat







Wah, hijau kucai aku selepas di adop photoshop kan. Kau hada? Nak propa mesti la nampak cantik-cantik belaka kan. Kalau tak, tak boleh cari makan la si akak kiah propa kita yang kuat gelak tu. Aku gelak bukan sebab dia buat lawak, tapi sebab dia gelak.. *anak jin.... haip! dah dah bergosip, lari tajuk dah nie. focus balik buat cucuq nie. Kita nak menggoreng pulak nie..



Wah, korang nampak tak 8 ketul cucur yang aku berjaya goreng tu. ni nak habaq mai, goreng mesti kena guna minyak baru na. Takmo goreng guna minyak lama. Satgi, sia-sia cucuq hampa bau hanyir ikan. ikut ok cakap Chef yang ada pengalaman memasak cucur macam saya nie ok. Baru lah resepi nie menjadi sedap dan rangup krup..krup.. macam dalam gambar di bawah nie..



Wahhh. dah siappp... yeyy. kuning keemasan ok. sangat power aku buat cucup. Ha, hampa nak rasa? kena la terai sendiri. Aku dah bagi klu sikit-sikit kat atas tu. Ini resepi turun termurun ok. Tak leh dedah direct kat orang. nanti kena ciplak. Pastikan hidangan ini bersama sos cili kimbal ok. sebab apa aku guna sos cili nie.? becoz sos cili nie ja yang ada kat dapur aku. lalalala~

Berjaya jugak aku mengoreng cucur Awesome nie. Elok dihidang panas-panas kan. Wah, selera aku tengok mak n abah makan. aku pun capai seketul....

KRUP..KRAP..KRUP..KRAP. Lengoh aku dok mengunyah. hampeh awat cucur nie LIAT!!!!!!!!!! 

hambar....


5 comments:

aDisH.sHidA said...

knp liat...nampak mcm cair je adunan tepung tu..mcm kami mak ajar bancuh dengan air panas..hehe

Muhammadnuraizuddin said...

adish - itulah. tapi, tak cukup cair kot..

oshinz said...

hahaha. explanation kemain gigih. sekali tu liat? takpe next time cuba lagi.

Muhammadnuraizuddin said...

tulah. x da bakat oshinz..

Anonymous said...

cantik tgn awk. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...