Monday, April 15, 2013

Kelebihan Kerja di Universiti - Best

Assalamualaikum. 

Apa khabar semua kawan-kawan. harap sehat hendaknya la ye. lama rasanya tak update blog nie. rindu nak typing-typing lelaju. ihiih. untuk entry kali nie, aku nak berkongsi pengalaman aku bekerja di universiti ni. Alhamdulillah, hingga hari nie, aku dah setahun 6 bulan berkhidmat untuk universiti tempat aku cari rezeki. Rasanya, baru je menjejak langkah ke sini. tup tap, tup tap, dah dekat dua tahun pun.

 Niat nak sambung pelajar di universiti terhenti disebabkan ada kekangan-kekangan tertentu. Jadi, aku bersyukur sebab niat aku tercapat walaupun tidak belajar di universiti, tetapi berpeluang mencurah keringat di universiti. Temanya lebih kurang kan. ihhih. Dan aku bersyukur kepada tuhan sebab sekarang aku dah berpeluang menyambung pelajaran di universiti walaupun sekadar Pjj. Jadi lah kan. Biar lambat, asalkan tercapai jugak untuk menggenggam segulung ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan insyallah ke peringkat lebih tinggi lagi.


 Semangat nak menyambung pelajaran berkobar-kobar bila kita berkawan dengan staf-staf universiti lain yang terdiri daripada Dr. Falsafah, pensyarah, kakitangan pentadbiran lain. dan tak kurang juga semangat timbul bila pagi-pagi melihat karenah pelajar-pelajar di sini walaupun umur dorang lebih kurang sebaya aku.

 berbalik kepada tajuk entry nie sebelum aku merapu lebih jauh, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh kita kalau berkhidmat di universiti. banyak aktiviti-aktiviti yang ada di sini. Sebagai contoh, apabila berlangsungnya hari kemerdekaan, hari malaysia, and etc, para staf universiti yang terdiri daripada lebih 2000 orang akan turut serta memeriahkan suasana. Dengan perarakan, pertandingan menghias dan lain-lain.

 Selain tu, apabila berlangsungnya hari sukan, sukan untuk kategori staf juga dipertandingkan. sebagai contoh, untuk hari sukan yang lepas, aku join sukan bola tampar, lari berganti-ganti, badminton, futsal, bola sepak and bowling. Wah, banyak sukan aku masuk. Yelah, dalam rumah sukan aku, ada beberapa kerat je orang muda, kompom sukan yang memerlukan tenaga yang banyak kami kena join. Catur, congkak and lain-lain, kasi kat abang dan kakak-kakak yang veteren. ihihih.

 Kadang-kadang, bila bekerja di universiti nie, ia menggamit kenangan kita waktu belajar di sekolah. Segala aktiviti yang ada di sekolah, di universiti nie pun ada. Bukan setakat sukan, sambutan hari kebangsaan, tetapi aktiviti riadah lain jugak banyak. konvoi motosikal n kereta, aktiviti lasak, treasure hunt, and banyak lagi lah.

Aktiviti Suku Tahun 2013


Choir  

Game sukaneka

Rafting

Water Confident


Perarakan Kontinjen Rumah Sukan



Balapan

Hari Sukan Staf UPSI


Pertandingan Karaoke

Pertandingan Bowling

Kursus

Dalam post ini, aku bukanlah nak membandingkan kerja di mana-mana. Cuma aku nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang aktiviti-aktiviti dan kelebihan-kelebihan apabila bekerja di universiti dari segi aspek positif yang aku nampak la kan. Actually, banyak lagi kelebihan-kelebihannya, tapi, kalau aku nak cerita semua, jenuh la nak menaip nie. ihihi. Apapun, SELAMAT MENGUNDI di PRU nanti.

2 comments:

Judiene said...

Gila aktif! Kerja kat Universiti walaupun bukan sebagai lecturer memang banyak kelebihan. Enjoy your time. :-)

Muhammadnuraizuddin said...

judiene - betoi2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...