Thursday, March 14, 2013

Hijrah ke Rumah Baru

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. harap sehat hendaknya di samping family na. macam biasa, bila aku dah start menaip di dalam blog nie, mesti ada perkara yang baru aku nak share ngan kawan-kawan semua. Yelah, xkan aku nak update blog semata-mata nak cerita hari nie aku breakfast apa kan. Silap-silap, melungguk hampa semua unfollow. tak gituew mak jemah.

Untuk permulaan Mac nie, memperihatkan aku telah berpindah rumah. Amboi~ Berpindah rumah tak bermaksud berpindah tempat kerja na. Masih di Area Tanjong Malim. dan juga tak bermaksud rumah lama aku tidak selesa. Bila di rumah baru nie, biasalah, masih banyak benda yang kena buat. Nak bersihkan sawang, nak basuh lantai, potong rumput and etc. Bila dah ada bilik sendiri nie, beria ja aku beli set bilik tidor. Kononnya nak feeling ala-ala tidor kat hotel hari-hari. tapi, herm, ruang tamu jugak jadi pilihan tempat tidor hari-hari. sebab boleh mengadap tv sampai lena. (=,=')


ini lah bilik tidor aku. Aku rasa, x lama lagi, bersawang la katil aku nie. Biasalah, orang bujang memang suka tidor kat ruang tamu. lain lah berbini kan. ihihihih . Sekarang nie Alhamdulillah, proses pemasangan astro n internet dah selesai. So, baru lah jadi macam rumah orang sikit. Tak lah boring. Aku ngadap muka housemate, dia ngadap muka aku. ihihih. dan Bila dah ada set bilik tidor nie, takde lah baju tergantung kat tingkap n pintu bilik. Tersusun sikit keadaannya kan. Baru la balik kerja terus lompat atas katil. :p



4 comments:

Norasiah Nasir said...

wah kerlass bilik tidor..kalah ai..:)

Muhammadnuraizuddin said...

norasiah - mula2 memang lawa. seminggu lepas ttu, hancoss

Rozuan Ismail said...

haha..kalau gitu cepat2lah kahwin..

Muhammadnuraizuddin said...

rozuan - muda lagi la bro. ihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...